Pages

Monday, October 22, 2012

Monday, October 15, 2012

PERJALANAN KE MELAKA

Sabtu 13hb 2012 bermula la perjalanan kami laki bini ke melaka. Plan nk stay 2 hari 1 malam je..
Tapi baru kluar dari nilai dah hujan..cubaan..

Perjalanan hampir sejam..kami sampai di pekan melaka pkol 11pagi terus check in kat HOTEL SERI COSTA. Dia punya hotel not bad la..harga pn agak murah dibandingkan range hotel camni kat melaka..saya bagi 7/10 utk hotel ini..:




 Lepas selesai simpan barang kami terus jalan2 cari makan..Target asam pedas melaka. Pusing jauh2 rupa2nya sebelah hotel je..

Lepas makan Terus g Menara Taming Sari

Seri Costa dari menara Tamin sari
Hotel Costa De Rio

Sudah selesai naik menara Taming Sari kami jalan2 ke A Famosa. Jalan2 tiba2 terserempak pihak astro tgh rakam rancangan Master Chef. Tiba2 kami dipanggil utk mengadili masakan utk group merah pada hari tu..Apa lagi langkah kanan la..duduk dan rasa..siap kena interview lagi...jadi jangan lupa saksikan Masterchef Malaysia di saluran astro anda.




Selesai makan2 kami jalan dgn perut yg kenyang sekitar bandaraya melaka..A famosa dan masuk muzium melaka.







Besar jgak muzium ni kami jalan. lpas muzium kami jalan2 kat tempat jual souvenir plak..xbeli apa2 pn..
Dh penat berjalan kami singgah makan cendol depan menara jam. Boleh tahan.

Lepas makan cendol jalan balik hotel smbil singgah tempat2 sejarah kat bandar hilir.
Jalan2 terus melawat Muzium Samudera (replica kapal Portugis)

Aktiviti diteruskan dgn menaiki River Cruise (menyusuri Sungai Melaka). kami decide utk menaiki boat tu pukul 6:30ptg..so bole tgok view siang dan malam dlm satu perjalanan.




Lepas naik cruise kami ke Ayer Keroh utk ke Zoo Malam.
Tak rekemen pn pegi malam..sbb xnampak sgt binatang. Naik train plak tu..dh la bwak laju. xsempat nk tgok binatang. Cuma kandang rimau je die berenti utk turun..time tu je puas tgok rimau.


Lpas balik dari zoo kami ke Portugis Settlement utk makan seafood. makanan dibawah bernilai RM45. Jenahak dan kailan je pon.


Ahad sudah menjelma. Bangun dan terus breakfast yg disediakan oleh Hotel Seri Costa

lepas breakfast sambung tido sampai pkol 12 check out.
Perjalanan pulang disambung ke kawasan2 sekitar bandar melaka dlu.


 
Jambatan Hang Tuah

  

Kampung Morten

Jambatan Hang Jebat

Bandar Hilir 
Makam Hang Tuah
(bermain diminda mengapa wujudnya makam hang tuah sedangkan ada cerita mengatakan hang tuah hilang ketika bersembunyi dihutan)

Dlam perjalanan singgah Coconut Shake yg femes di Pantai Klebang. Memang penuh orang. Klu nk makan kena makan kat dalam. Nak bungkus kena beratur kat tepi jalan luar kedai.

Kami decide untuk pulang melalui jalan dalam - Bandar Melaka - Klebang - Sungai Udang - Masjid Tanah - Lubuk China - Pedas - Seremban - Pajam.











Penat Ride kami berenti utk minum di satu tempat yang tidak pasti. Asyik leka minum kami tgok kat belakang ada satu rumah kosong..dan..
Kepada yang baca post ini..tolong kami..kami masih disini..
-TAMMAT-