Pages

Showing posts with label Aku dan Agama. Show all posts
Showing posts with label Aku dan Agama. Show all posts

Wednesday, October 3, 2012

Bersihkan Nama Rumah Anak Yatim At-Taqwa

Pada 6/10/2012 ini Kelab Kereta Lama (KKL) akan mengdakan satu acara konvoi ke Rumah Anak Yatim At-Taqwa Hulu Langat.
Saya sebagai pengendali konvoi ini banyak mendapat teguran dan persoalan dari sahabat2 yg terdekat mengenai isu Juruzon di madrasah at-taqwa ini.
Saya harap dgan bangkitnya suara dari Pengurusan rumah anak yatim ini dapat memberi sinar kembali kepada rumah anak yatim itu sekaligus menepis segala tomahan yg diberikan tanpa.



Bagi saya sendiri yg pernah pergi ke rumah anak yatim itu dan berjumpa dgn mereka berharap pihak Jais berhati2 sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan. Dakwaan sebelum menjalankan pemeriksaan adalah agak zalim.



Monday, September 24, 2012

Hasil Jualan Amal OMG4 - KKL Bertemu Anak Yatim At Taqwa Hulu Langat


Assalamualaikum.
Dalam usaha Kelab Kereta Lama(KKL) utk menghargai anak2 yatim. KKL telah melaksanakan satu program Jualan Amal di Olskool Mega Gathering(OMG) 4 di TBS 16 Sept 2012 yang lalu.

>>Link Detail Tentang Program<<



Duit yang terkumpul dari jualan amal berkenaan, jualan Baju dan kutipan tabung di booth KKL dan kutipan tabung di kedai Mars Phyzel untuk program Jualan Amal KKL di OMG4 adalah RM1250..
Disertakan dgn 2 Hamper dari Konichiwa Auto Parts Garage.


Dengan ini KKL ingin menjemput semua peminat kereta lama utk bersama2 kami ke Majlis serahan yang akan diadakan pada:

Hari: Sabtu
Tarikh: 06/10/2012
Berkumpul di Petronas Nanding
Jam: 2 Petang
Pakaian : Sopan/Menutup Aurat.

Contact Person:
Ijad 0124641821
Syafiq 0177773754
Ril 0123844564


* KKL Masih Menerima Sumbangan Dari Mana2 Pihak Sebelum Tarikh Penyerahan. Sila Contact Nama2 diatas.

Friday, September 21, 2012

Mat JKK di Kuliah Ustaz Azhar

Peminat Ustaz Azhar Idrus yg mendengar kuliah2 Ustaz di Sekitar Terengganu pasti slalu mendengar gelak nyaring seorg pendengar setia ustaz setiap kali ustaz cakap 'JKK'.



Tuhan punya kuasa. Saudara berkenaan bukan sengaja gelak mcm tu..tapi macam melatah atau perkataan JKK sahaja dapat trigger gelu hati beliau..
Saksikan kompilasi video JKK dibawah:




Atas popularity beliau kini menyebar ke seluruh negara, untuk penghargaan ustaz panggil beliau utk naik atas pentas bersama ustaz.
Mari kita saksikan video berkenaan:

Friday, February 10, 2012

Tagline of Prince Naseem

Pengangan yg sangat kuat..Tak gentar dan sesiapa kecuali Allah..Di mana berada tetap melaungkan kalimah Allah..






Friday, December 16, 2011

Hukum Allah vs Hukum Manusia

Dimanalah tahap pemikiran kita jika nak dibandingkan dgn Tuhan Kita sendiri.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui tentang apa yg telah ditetapkan kepada Manusia.


Saksikan dibwah perbezaan antara Melayu Jahil vs Melayu celik Ilmu..


Dari Melayu Jahil

Dari Melayu Berilmu.

Thursday, June 16, 2011

Majlis Serahan Wang Anak2 Yatim Hulu Langat






Alhamdulillah.
Jumaat, 10 June 2011. Kelab Kereta Lama bersama gabungan Pemilik Nissan Grand Livina telah bersama2 konvoi utk menyerahkan sumbangan kepada Rumah Anak Yatim Hidayah, Madrasah Al-Takwa. Mereka kini ditempatkan sementara dipenempatan YADIM.

Jumlah kutipan dari KKL adalah dianggarkan RM1200.
Berserta Barang2 Belakalan seperti Beras,Gula,Bihun,Tepung.

KKL membatalkan hasrat memberi baju2/pakaian utk anak2 yatim.
Apa yg patut kita belajar.
Hukum menjaga anak2 yatim adalah diwajibkan dlm kaum muslim.
Malah kita mesti mengutamakan kebajikan anak2 yatim ini. Mereka seperti anak2 seluruh kaum islam disekitar mereka. Justeru itu. Kelebihan utk anak2 yatim ini harus diberi.

Misalnya Jika kita tidur tilam 1 inchi. Anak yatim ini harus diberi tidur tilam 2inchi.
dan begitula kita lihat kalau nk memberi bantuan dari segi pakaian, ramai yg nk memberi pakaian terpakai dan tidak mahu digunakan lg.
Selalu pakaian xnak pakai ni org buat kain buruk, xkan kita nk beri kain2 setaraf kain buruk ini kpda anak2 yatim.
Kalau anak kita pn kita beri dgn pakaian baru dan cantik. Begitulah diharuskan utk anak2 yatim.
Semoga ini menjadi pengajaran buat semua.

Tuesday, June 7, 2011

TABUNG Anak Yatim KKL Dilanjutkan


PERHATIAN KEPADA SEMUA KKLians..
KKL akan adakan satu KONVOI ke RUMAH ANAK YATIM ULU LANGAT
Mangsa Tragedi Tanah Runtuh Baru2 ini..

TEMPAT BERKUMPUL: PETRONAS NANDING
HARI: JUMAAT 10 June 2011
JAM : 9 Mlm
Pakaian : Sopan/Berbaju Melayu/Menutup Aurat.

kita akan konvoi bersama Komuniti Pemilik Nissan Grand Livina kerana mereka pun membuat tabung kutipan.
Kita akan serahkan bersama2 dan setelah selesai aktivity penyerahan kita akan terus berTT di area sana bersama.

BAGI SESIAPA YG MAHU MEMBUAT SUMBANGAN. TABUNG MASIH LAGI DIBUKA> http://shuhaizad.blogspot.com/2011/05/sumbangan-ke-tabung-derma-kkl-utk-rumah.html

Sunday, May 22, 2011

Sumbangan ke Tabung Derma KKL utk Rumah Anak Yatim di Hulu Langat









KKL(Kelab Kereta Lama) sedang melancarkan satu tabung derma kilat utk Rumah Anak Yatim Hidayah, Madrasah Al-Takwa, Jalan Felcra Semungkus, Batu 14, Hulu Langat.

Pada mereka yg bukan dari ahli juga digalakkan utk menyumbang menerusi Tabung ini..
KKL berbangga menjadi medium anda utk menderma ke mangsa anak2 yatim ini..

Sumbangan anda amatlah diperlukan walaupun xseberapa..sikit2 bila dikumpulkan akan menjadi suatu yg amat bernilai buat mereka yg sgt memerlukan..

Sesungguhnya pahala menolong anak yatim amat lah besar..
Hadith Nabi SAW : “Hendaklah setiap orang Islam itu bersedekah, jika ia tidak mampu, hendaklah ia berusaha melakukan sesutu yang dapat memberi faedah kepada dirinya sendiri dan dengan demikian ia dapat bersedekah. Jika tidak mampu, maka hendaklah ia menolong orang susah yang memerlukan bantuan. Jika tidak mampu, maka hendaklah ia menyuruh orang lain melakukan kebaikan. Jika tidak mampu, maka hendaklah ia menahan dirinya daripada melakukan kejahatan, kerana yang demikian itu adalah dianggap suatu sedekah”. (riwayat Ahmad)


Bagi mereka yg ingin menderma.
Sumbangan boleh dibuat dari rupa
1. wang ringgit
2. barang2 makanan/baju/selimut dan lain2..

Sumbangan akan diberikan pada Ahad 5 June 2011. Kita akan adakan konvoi kesana insyaAllah



Sumbangan boleh dibuat ke account Bendahari Tabung..Mr.Panjang
Acc : Maybank
Acc No: 102036694123
Atas Nama : Mohamad Fesall Bin Mansor
Selepas Bank in sila SMS ke 0174769575 beserta detail dibawah.
a) Nama penderma
b) Jumlah bank in (derma)
c) No telefon
d) Tarikh bank in
e) Masa bank in


Bagi yg ingin memberi sumbangan Barang2 sila Hubungi Mohd Shuhaizad(Ijad) 0124641821

“Orang Islam itu bersaudara, tidak boleh menzalimi dan mengkhianatinya. Sesiapa yang menolong saudaranya, nescaya Allah akan menolongnya. Sesiapa yang menghilangkan kesusahan orang Islam nescaya Allah akan menghilangkan daripadanya kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menutup keaiban orang Islam nescaya Allah akan menutup keaibannya pada hari kiamat.”
(riwayat Ahmad)


Gambar diatas ini di ambil beberapa ketika sebelum kejadian tanah runtuh membabitkan anak-anak yatim & pelajar Madrasah At-Taqwa, Hulu Langat.



PERHATIAN KEPADA SEMUA KKLians..
KKL akan adakan satu KONVOI ke RUMAH ANAK YATIM ULU LANGAT
Mangsa Tragedi Tanah Runtuh Baru2 ini..

TEMPAT BERKUMPUL: PETRONAS NANDING
HARI: JUMAAT
JAM : 9 Mlm
Pakaian : Sopan/Berbaju Melayu/Menutup Aurat.

kita akan konvoi bersama Komuniti Pemilik Nissan Grand Livina kerana mereka pun membuat tabung kutipan.
Kita akan serahkan bersama2 dan setelah selesai aktivity penyerahan kita akan terus berTT di area sana bersama.

BAGI SESIAPA YG MAHU MEMBUAT SUMBANGAN. TABUNG MASIH LAGI DIBUKA

Wednesday, May 18, 2011

Aksi Penyokong Kelantan

Walaupun aku bukan dari penyokong kelantan mahupon org kelantan..
dan aku seorang yg agak bias dan tidak gemar dgn segelintir sikap penyokong kelantan ini apabila menonton bola sepak..

Namun aku tersentuh dan teruja dgn mereka apabila mereka mampu melalukan seperti ini yg tidak pernah dilakukan dimana2 stadium bola di Malaysia..







Friday, April 29, 2011

Sumpah Laknat Datuk Trio

Aku menulis bukan mewakili mana2 parti politik..
Berhujah atas dasar kebenaran bukan mencari kemenangan..
Atas dasar sorang islam sesama islam..

Hari ini negara dikejutkan dgn sumpah laknat yg dilaksanakan oleh Datuk Trio..
Berkenaan video DSAI..
Beberapa kejahilan yang kita dapat saksikan :
  1. Cara duduk tahiyat akhir ketika solat
  2. Jahil tentang Surah An-Nur
  3. Pegang Quran terbalik
  4. Lepas angkat sumpah letak Quran sama paras dgn kaki
  5. Jahil ttg kegunaan Quran..Allah turunkan Quran utk kita baca dan jadikan panduan..bukan menjadi alat sumpah.
  6. Sumpah atau baca text? Nak mengucap pn baca text..

Walaupun ustaz sudah meyampaikan apa yg dilakukan itu adalah tidak mengikut syariat Islam..
Tapi masih mahu lakukan..atas dasar agama apa itu?
Sebutlah nama Allah dalam hari2 mu ketika solat..dan bukan didalam sumpah laknat rekaan mu itu yg tiada pun diajar dlm agama kita..
Sepatutnya kamu2 bertaubat daripada bersumpah..Tak malu ke bersumpah yang kamu berada dlm video berkenaan seolah2 membenarkan maksiat..

Ya Allah lindungilah ustaz/guru agama berkenaan..sesungguhnya kebenaran itu sukar ditegakkan didlam golongan org2 yang JAHIL..







Friday, March 25, 2011

Hukum Bunuh Diri

Semalam 25hb March 2011 kita dikejutkan dgn berita seorang remaja 20an yg cuba membunuh diri..
Hari ini berita mengenainya banyak dimuatkan dlam akbar2 dan juga FB..


Bomba pujuk2

Aksi bomba grab pisau dari gadis tu

Berlaku pergelutan dan gadis tu merebahkan dirinya kebwah

Jatuh..nasib ada tilam

Tercipta peluang kedua..bertaubatlah


Image gadis berkenaan dgn lebih dekat

Apa dah jadi dgn anak muda zaman skarang ni..Agama kurang akal pendek..xpikir panjang dan menyusahkan org..
Ini la generasi yg tak belajar agama dan tak mengenal hukum.
Ingin aku memetik Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Abu Hurairah R.A. meriwayakan dari Nabi S.A.W
Maksudnya: “Sesiapa yang terjun dari bukit membunuh dirinya, dia akan terjun ke dalam neraka jahanam kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun membunuh diiri, racun itu akan berada di dalam gengamannya, dia akan menghirup racun itu di dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama-lamanya. Siapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka besi itu akan berada dalam gengamannya, dia akan menikamkannya di perutnya di dalam neraka jahannam, kekal di dalamnya selama-lamanya.”

Daripada Jundub bin Abdillah R.A
Maksudnya: “Dahulu dikalangan umat sebelum kamu ada seorang lelaki yang ada kecederaan (kemudian menjadi ulser), lalu dia tidak bersabar menanggung kesakitannya, lalu dia mengambil pisau dan memotong tangannya sehingga darah tidak berhenti sehinggalah dia mati. Firman Allah S.W.T.: “Tergesa-gesa hambaku kepadaKu (dengan membunuh diri), aku haramkan untuknya syurga.”


Membunuh diri adalah termasuk di dalam kesalahan dosa-dosa besar, Tapi Tidak termasuk di dalam perkara yang menyebabkan seseorang terkeluar daripada Islam (Murtad)
Nabi S.A.W. tidak melarang para sahabat dari menyembahyangkan jenazah orang yang membunuh diri. Namun baginda sendiri tidak menyembahyangkan jenazah orang yg mati sbb bunuh diri..
So, menjadi sunnah kepada para ulama dan orang yang dipandang mulia, tidak menyembahyangkan jenazah orang yang mati sbb bunuh diri sebagai mengikut perbuatan Nabi S.A.W. (sunnah nabi)
Walaubagaimanapun hukum semayang jenazah tetap menjadi fardu kifayah terhadap org yg bertanggungjwab keatas simati..

Moral kes awek nk bunuh diri ni kita perlu ambil perhatian yg secukupnya..Didik anak2/rakan2/kenalan ttg hukum dan akibat bunuh diri..Kekal didalam neraka dan Haram baginya syurga..tidakkah itu sama seperti org2 kafir.
Renung2kan..dan amal jgn xamal..


Wednesday, August 18, 2010

Solat Sunat Terawih


Maksud
Tarawih bermaksud duduk untuk istirahat setelah mengerjakan sembahyang empat rakaat.
Setiap empat rakaat dinamakan tarawih adalah sebagai majaz.
Erti Tarawih ialah duduk bersenang-senang atau beristirahat.
Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya'.
Biasanya jemaah duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat Tarawih dan membaca zikir ataupun doa sebelum disambung semula dengan empat rakaat lagi, sehingga cukup 8 ataupun dua puluh rakaat.
Tarawih itu disebut juga dengan Qiyamu Ramadan.
Sembahyang Tarawih dikerjakan setelah mengerjakan sembahyang Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam.


Dalil
Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang Tarawih.
Abu Hurairah berkata; “Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang tarawih sekali pun beliau tidak mewajibkannya.”
Beliau bersabda: “Sesiapa yang mengerjakan Qiyamu Ramadan semata-mata kerana iman dan mengharap ganjaran dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang lampau.”
Qiyamu Ramadan ialah menghidupkan malamnya dengan mengerjakan sembahyang.

Sejarah solat sunat Tarawih ini dimulai oleh Rasulullah s.a.w. di Masjid Nabawi.
Menurut baginda Rasulullah s.a.w. mengerjakan solat Tarawih ini di masjid, lalu para sahabat mengikutnya.
Pada malam berikutnya baginda mengerjakan lagi solat Tarawih di masjid, dan para sahabat semakin ramai datang dan mengikutnya.

Pada malam yang ketiganya lebih ramai lagi para sahabat telah sedia menunggu ketibaan Rasulullah s.a.w. di masjid.
Tetapi baginda tidak hadir. (Baginda mengerjakan solat Tarawih itu di rumah).
Esoknya Rasulullah s.a.w. bersabda kepada mereka: “Sesungguhnya aku melihat sambutan daripada kamu. Aku tidak hadir pada malam itu hanya kerana takut solat itu diwajibkan ke atas kamu.”
Jika solat Tarawih itu difardhukan, tentulah sangat memberati umat Islam.
Dan peristiwa itu terjadi pada bulan Ramadan.


Hukum
Hukum mengerjakan sembahyang tarawih adalah sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) secara berseorangan atau berjemaah.
Sembahyang tarawikh lebih afdal dikerjakan secara berjemaah di masjid, sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.

Mereka yang mengerjakan ibadat puasa tetapi tidak mengerjakan solat sunat Tarawih pada malamnya, seolah-olah menjadi tawar dan hambar; berjaya tetapi tidak cemerlang. Sesungguhnya sangatlah ruginya mereka yang berpuasa Ramadhan tetapi tidak melengkapkannya dengan solat sunat Tarawih.


Panduan Solat Terawih

Friday, August 13, 2010

Bisikan Syaitan untuk Membunuh

Assalamualaikum.
Seperti yg kita maklum. Syaitan adalah musuh manusia yang nyata.
Syaitan mempunyai objektif mereka yang utama : Menyesatkan manusia, Mengkafirkan manusia, Memusyrikkan manusia, Menjadikan manusia penghuni neraka.
Syaitan tidak mampu melalukan sesuatu di bumi dan keatas manusia secara fizikal atau nyata seperti membunuh tetapi syaitan mampu melalukan itu semua atas pertolongan manusia dgn bisikannya terhadap manusia.
contohnya kes bunuh diri, pergaduhan, peperangan dsb.

Seperti kes yang aku baru baca pagi tadi tentang bisikan syaitan kepada seorang hamba Allah ini utk membunuh Bapa, Datuk, Nenek dan adiknya sendiri.
Mungkin manusia ini tidak waras ataupn waras tetapi tidak kuat imannya. wallahualam.




'Tulisan arah sembelih ahli keluarga'


Ibu Rasidi Ismail, Zaharah Atan (kiri) ditenangkan oleh salah seorang keluarganya di Mahkamah Tinggi, Seremban, semalam. - BERNAMA


SEREMBAN 12 Ogos - Rasidi Ismail yang menghadapi tuduhan membunuh empat ahli keluarganya mendakwa, dia kerap mendapat visual tulisan di dinding yang menjadi medium perhubungannya antara alam hidup dan alam mati.

Rasidi, 32, juga menyatakan, visual tulisan tersebut yang mengarahkan dia membunuh bapanya, Ismail Awang, 76; datuk, Atan Daud, 87; nenek, Sufiah Katas, 80; dan adik, Siti Khadijah, 22, pada awal Januari lalu.

Pengakuan itu dibuat olehnya ketika membela diri di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas tuduhan membunuh bapa, datuk dan neneknya di rumah tidak bernombor di Kampung Batang Rokan, Gemencheh antara pukul 7 pagi dan 11 pagi, 5 Januari lalu.

Tertuduh yang merupakan penganggur juga dituduh membunuh adiknya, Siti Khadijah, 22, di rumah bernombor 119, Kampung Batang Rokan pada masa dan tarikh yang sama.

Keempat-empat tuduhan itu dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Rasidi yang berbaju kemeja putih dan seluar hijau muda memberi keterangan membela diri dari kandang tertuduh dengan membacakan kenyataan yang ditaip di atas dua helai kertas.

Dalam keterangan tanpa bersumpah itu, Rasidi yang kelihatan tenang menyatakan, dia telah dimaklumkan terlebih dahulu tentang kematian bapa, ibu, abang dan adiknya.

"Visual tersebut memaparkan ayah saya telah diangkat ke langit dan ibu saya terperanjat lalu meninggal dunia manakala abang kedua saya menjadi batu dan adik saya meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya," katanya.

Ujarnya, walaupun ahli keluarganya telah meninggal dunia tetapi dia masih boleh berhubung dengan mereka melalui perbualan dari hati ke hati.

Menceritakan kejadian itu, Rasidi berkata, dia pulang ke kampung pada 4 Januari lalu tetapi pada sebelah malamnya, dia tidak dapat tidur kerana tulisan di dinding memberitahu syaitan dan dajal telah keluar di negara ini.

"Setelah hari siang, saya mendapat arahan daripada tulisan di dinding menyuruh saya membunuh dajal yang telah memasuki badan nenek saya dan membunuh syaitan yang memasuki badan datuk saya.

"Saya telah pergi ke rumah datuk dan mendapat arahan agar menikam nenek saya menggunakan pisau yang berada di lantai sebelum menikam datuk saya," ujarnya.

Selepas membunuh kedua-dua mangsa, kata Rasidi, dia pulang ke rumah untuk membasuh tangan dan pisau tersebut.

"Tiba-tiba ayah saya keluar dan tulisan di dinding itu mengarahkan saya menyembelih ayah dan mengambil kepalanya untuk dibawa ke Thailand.

"Selepas itu saya terus masuk ke dalam rumah dan berjumpa adik saya. Tulisan di dinding itu kemudian mengarahkan saya menikam adik saya untuk menyelamatkannya daripada dirasuk dajal dan syaitan," jelasnya.

Kata pemuda itu, dia membawa kepala bapanya dengan menaiki motosikal ke pekan Tampin dan dari situ dia menaiki teksi ke Seremban sebelum ke ibu negara dengan menaiki bas.

"Di Kuala Lumpur saya menyewa bilik di sebuah hotel bajet di Jalan Petaling dan pada malam itu saya telah diadili oleh Tuhan atas pembunuhan yang saya lakukan serta dijatuhi hukuman pancung.

"Pada waktu pagi saya pergi ke Penjara Pudu untuk menjalani hukuman gantung tetapi saya dapati ia sudah ditutup. Saya kemudian pergi ke mahkamah berdekatan Dataran Merdeka tetapi mahkamah itu sudah berpindah," katanya.

Rasidi memberitahu, dia kemudian pergi ke Masjid Jamek dan mendengar banyak suara menyuruhnya menyerang anggota polis agar mereka menembaknya sekali gus melaksanakan hukuman pancung yang dijatuhkan terhadapnya.

"Saya kemudian mengambil sebilah pisau dari sebuah kedai makan berdekatan Masjid Jamek lalu berjalan mencari balai polis berhampiran.

"Tiba-tiba saya terjumpa dua anggota polis bantuan yang sedang meronda di stesen LRT Masjid Jamek dan saya telah mengacukan pisau tadi kepada mereka dengan harapan mereka akan menembak saya," ujarnya.

Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam Hanif Hassan berkata, anggota polis berkenaan tidak melepaskan tembakan sebaliknya mereka mengejar dan memberkasnya.

Bekas tunang tertuduh, Mysharah Mohammad Ali, 29, yang turut dipanggil sebagai saksi pembelaan memberitahu, dia dihubungi oleh tertuduh pada 3 Januari lalu dan dimaklumkan mengenai ibu, bapa, abang dan adik lelaki tertuduh telah meninggal dunia.

"Saya tanya tertuduh... betul ke, takkan semua mati serentak. Kemudian tertuduh kata betul sebab dia (Rasidi) adalah Rasulullah," katanya.

Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Nasfy Yasin bersambung 30 Ogos ini.



Tuesday, August 10, 2010

Fadilat Solat Terawih Pada Malam Bulan Ramadhan


Dimulakan dgn Bismillah..Segala Puji bagi Allah..
kita semua sama..Ilmu hanya dari Al-Quran dan Hadith..
Didunia kita berkongsi pada telunjuk yg satu..

Selamat berpuasa pembaca2 dan disini aku ingin berkongsi satu info tentang Hadith fadzilat terawih pada malam2 ramadhan.
Jangan salah paham dan tertipu dgn hadith ini kerana sehingga kini masih belom dapat disahkan lagi sumber hadith ini..dari mana dtg hadith ini..
Kalau tuanpuan pernah terbaca Hadith ini yg tertulis seperti dibawah:

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :

Malam 1 : keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2 : diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3 : berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 : memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5 : Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

DiJelaskan hingga la malam ke-30

Kalau dulu setiap hari bulan ramadhan akan disiarkan fadilat ini di kaca TV..sekarang tidak lg..mungkin ada yg menegurnya..

Setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanahair tentang kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil?, semuanya tidak dapat diberi penjelasan.

Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah (Hadith2 Sahih) dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui.
Kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini.

Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini.

Oleh itu, hendaklah kita jauhkan dari mempercayai Hadith ini dan berhenti menyebarnya..
Cukuplah bagi kita dengan hadis yang SAHIH dari Rasulullah saw berkenaan menghidupkan malam Ramadhan yang bermaksud : “Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah, maka diampunkan dosa-dosanya yang lalu”. (Al-Bukhari)

Kepada media, Jika hendak mengalakkan umat islam beribadat. Pastikan diambil dari Hadith yg muktabar.

Fadhilat sembahyang Tarawih yang ada disebut dalam hadis-hadis yang terkandung dalam kitab-kitab sunan yang muktabar hanyalah secara umum sahaja tanpa menyebut fadhilat 30 malam Ramadhan itu.

Antaranya ialah hadis yang diriwayatkan daripada abu Hurairah Radhiallahu a’nhu, sabda Rasullullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya: “Sesiapa yang mendirikan sembahyang di bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan (pahala daripada Allah), diampunkan baginya dosa-dosanya yang terdahulu.”
Hadis seumpama ini turut diriwayatkan oleh Muslim, Tirmidzi, abu daud, Imam Ahmad dan lainnya…

Rujukan: Soal Jakim

Jadi, beribadatlah dibulan Ramadhan walaupn ganjaran seperti dlm fadzilat itu tidak benar. Pasti Allah menyediakan ganjaran yg lumayan bagi mereka yang beribadat.
Sekian, Yang Baik dan Buruk utk kita ditentukan oleh Allah.




Wednesday, July 28, 2010

SMS dari Mak

Mak: Ada rumah dah ka? Mak pening sgt. Makan panadol. la dok boh ayaq asam lega skit dari semalam. Doa anak2 mak aminkan..solat jad.

Me: Ya Mak, jad dah kat rumah ni..jad sentiasa doa mak dlm setiap solat..jad tension la..keja banyak..laptop plak tiba2 rosak. Macam2! xtahan la.. mcamana nk buat keja.!

Mak : Xpa, pasang surut hidup. ucap Alhamdulillah. ada org lg susah. Allah sayang la Dia uji. macam mak ni asyik sakit perut bila muntah mak ucap Alhamdulillah..sakit pening mak ucap Alhamdulillah..mak redha..tidoq awai..mak sayang jad mak doa tiap2 solat kat anak2.


Biar la org nk ckp aku anak mak..
tp aku ada dia saja kat dunia ni..
aku ada satu mak dan bg aku tidak ada seorg ibu pn sehebat beliau..
Alhamdulillah utk ujian Allah..
Alhamdulillah Dia kurniakan ibu yang hebat utk aku...

Saturday, July 17, 2010

Kenapa Tak Rogol Saya?




Kisah benar ini berlaku di US.


Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang
bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam
perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan
yang diambil pula agak tersorok dan
tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat,
berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa
takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan
bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong
itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak
sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca
ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar
Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu
bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib
baik lelaki itu buat tidak endah dan
perempuan ini selamat sampai ke
rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki
yang tidak dikenali dekat lorong yang
dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih
yang dia lihat semalam adalah perogol
itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek
melalui kawad cam dan selepas siasatan
dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut
walhal dia keseorangan di masa tu,
tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak
tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta
kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol
tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke
tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that
night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya
malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa
tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw
two young man walking with you. One on your right side and the other one
was by your left side. If you were alone
of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu
saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan
awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak.
Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah
pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar
penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat
Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi
yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut
segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan
memelihara kita. Wanita tadi
pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga
batas-batas yang ditetapkan Islam.
Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga
hambaNya yang sentiasa ingat akan
diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat
memeliharanya hingga subuh. Barang siapa
yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."

[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….

semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari
kejahatan syaitan yang di rejam…….

Thursday, June 24, 2010

Adab vs Pengetahuan


Perhatikan lelaki berbaju hitam tu.
Nampak sempurna solatnya.
Tetapi yang kurang sempurna adalah adab atau ilmu?
Jika mamat ni tidak faham maksud di bajunya mmg besar kejahilan ilmu dia.
dan jika beliau faham maksudnya begitu besarnya kurang adab mengadap Allah.

Firman Allah bermaksud: “Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) masjid.” (Surah Al A’raf: Ayat 31).

Sedangkan kita juga ditegah atau dinasihatkan memakai pakaian
yang mempunyai tulisan dibelakang
bagi mengelakkan jemaah di saf blakang terbaca dan menganggu solat nya.
Ini dah la ada tulisan..tulisan xsenonoh pulak
contoh dlm gamba diatas
"Born to..
Rock
Drink
and
Fuck"
Di lahirkan utk rock, minum arak dan berzina

maybe die semayang ni lepas buat semua tu kot..nk taubat

Dalam masjid bukan saja ada org yg melihat
malah jin islam dan malaikan juga bersolat bersama
jagalah adab ketika mengadap Allah dan
dalamkan la ilmu pengetahuan supaya kita tak jahil seperti gamba diatas.



Tuesday, May 25, 2010

Kalimah Allah Pada Lambang Kasut Croc


Korang ade kasut croc x? Aku sendiri ada sepasang..Tetapi kita sedar ke tak sedar lambang croc ni klu kita pusing akan nampak seakan2 kalimah Allah..terkejut jgak aku..
Tak baik juga klu kita nk pandai2 pusing dan dengan sengaja kaitkan lambang tu dgn kalimah Allah tetapi org kafir juga pandai nk pusing dan gunakan tipu helah utk pesongkan akidah kita..

Monday, May 10, 2010

Oh Siti Khadijah

Siti Khadijah berasal daripada keturunan terhormat serta terkenal sebagai wanita tegas dan cerdas.Beliau adalah wanita kaya dan terkenal serta mampu hidup mewah dengan hartanya sendiri.

Rasulullah s.a.w memperisterikan saidatina Khadijah bukan kerana status sosialnya yang yang tinggi yang terkenal sebagai seorang yang hartawan lagi dermawan tetapi adalah kerana sifat saidatina Khadijah itu sendiri yang mempunyai peribadi dan akhlak yang mulia.

Saidatina Khadijah adalah seorang yang berfikiran tajam, sabar dan berpandangan jauh. Lebih daripada itu, Khadijah adalah seorang isteri yang benar-benar memahami keadaan suaminya. Ini terbukti ketika mana pertama kali baginda menerima wahyu dilantik menjadi utusan Allah, Khadijahlah yang menenangkan hati baginda dan kemudian mempertemukan baginda dengan sepupunya Waraqah bin Naufal yang mengatakan bahawa baginda adalah seorang Nabi.

Khadijah sebenarnya adalah seorang isteri yang mampu menyuntik semangat seorang suami dalam menyempurnakan amanah kepada Allah bahkan beliaulah orang yang mula-mula memeluk Islam sebelum nabi berdakwah di kalangan para sahabat baginda yang lain. Dalam diri Khadijah ditemui teladan wanita terbaik; wanita yang subur dengan kasih-sayang yang juga telah melahirkan anak-anak baginda iaitu: al-Qasim, Abdullah, Zainab, Ruqayya, Umm Kulthum dan Fatimah.

Dalam perjuangan baginda menegakkan agama Islam, Khadijahlah orang yang paling banyak berkorban, harta dan tenaga dalam mempertahankan baginda dari disakiti oleh kaum Quraisy. Begitu banyak peranan yang telah dimainkan oleh khadijah bahkan boleh dikatakan bahawa beliau telah menjadi tulang belakang dalam kegiatan dakwah Rasulullah. Dan berpadanan dengan jasa dan pengorbanannya itu Allah S.W.T telah mengurniakannya sebuah rumah di dalam tempat yang paling mulia iaitu syurga.

Sepanjang hidupnya bersama Rasulullah SAW, Khadijah begitu setia menyertai baginda dalam setiap peristiwa suka dan duka. Setiap kali suaminya ke Gua Hira, beliau pasti menyiapkan semua bekalan dan keperluannya. Seandainya Rasulullah SAW agak lama tidak pulang, beliau akan meninjau untuk memastikan keselamatan baginda. Sekiranya baginda khusyu bermunajat, beliau tinggal di rumah dengan sabar sehingga baginda pulang. Apabila suaminya mengadu kesusahan serta berada dalam keadaan gelisah, beliau cuba sedaya mungkin mententeram dan menghiburkannya sehingga suaminya benar-benar merasai ketenangan. Setiap ancaman dan penganiayaan dihadapi bersama. Malah dalam banyak kegiatan peribadatan Rasulullah SAW, Khadijah pasti bersama dan membantu baginda seperti menyediakan air untuk mengambil wuduk.

Kecintaan Khadijah bukanlah sekadar kecintaan kepada suami, sebaliknya yang jelas adalah berlandaskan keyakinan yang kuat tentang keesaan Allah SWT. Segala pengorbanan untuk suaminya adalah ikhlas untuk mencari keredaan Allah SWT. Allah Maha Adil dalam memberi rahmat-Nya. Setiap amalan yang dilaksanakan dengan penuh keikhlasan pasti mendapat ganjaran yang berkekalan.



Firman Allah yang bermaksud:
Barang siapa yang mengerjakan amalan saleh, baik lelaki mahupun wanita dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami berikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan. (An-Nahl: 97)

Rasulullah ketika menceritakan keperibadian Khadijah bersabda, maksudnya:
“ Demi Allah, tidak ada ganti yang lebih baik daripada dia, yang beriman kepadaku saat semua orang ingkar, yang percaya kepadaku ketika semua mendustakan, yang mengorbankan semua hartanya saat semua berusaha mempertahankannya dan… daripadanyalah aku mendapatkan keturunan.”

Dari ‘Aisyah r.a katanya:
”Saya tidak cemburu kepada seorang perempuan seperti cemburunya saya kepada Khadijah. Sesungguhnya Tuhan telah menyuruh Nabi untuk menyampaikan berita gembira kepada Khadijah akan memperoleh rumah di dalam syurga.”


Aku yakin setiap lelaki mengharapkan isteri seperti khadijah kecuali lelaki yang tak memahami erti kita disini.

Dimanakah Siti Khadijah ku..
Ya Tuhan..
Sampaikan pada mimpi..
Jelmakan dalam realiti..

Monday, April 26, 2010

Fatwa Dr Yusuf Qardhawi Berkenaan Surat berantai


Assalamualaikum wbt.
Sudah tiba masanya untuk menghentikan penyebaran surat berantai ini akibat kejahilan umat Islam.
Sila forwardkan kepada mereka2 yang telah forwardkan surat berantai ini kepada anda. Saya pon baru terima melalui FB dan menarik minat untuk mengupas perkara ini..
Kepercayaan kepada surat berantai ini boleh menjejaskan aqidah anda!!
Berikut terjemahan fatwa syeikh yusuf al qaradhawi tentangnya.
wallahua'lam,

Fatwa Dr Yusuf Qardhawi Berkenanaan Surat berantai :
Surat berantai (wasiat Syeikh Ahmad adalah palsu) Penterjemah: zain y.s
[note: Berikut ini adalah terjemahan fatwa Dr. Yusof al-Qardhawi mengenai masalah surat berantai yg mengandungi wasiat Syeikh Ahmad. Sumber asal terjemahan ini akan disebutkan pada akhir fatwa ini. Diharap fatwa ini disebarkan kepada seluruh umat Islam terutama di senarai mail, atau diterbitkan di laman-laman web.]

Soalan: Suatu ketika saya menerima sepucuk surat yang isinya membingungkan saya. Saya memohon jasa baik ustaz untuk memberi penjelasan tentang isikandungan surat berkenaan apakan benar ataupun dusta.
Di dalamnya terkandung wasiat Syeikh Ahmad pemegang kunci makam Rasulullah s.a.w. yg ditujukan kepd seluruh kaum muslimin timur dan barat.
Wasiat berkenaan mengandungi beberapa nasihat. Dan pada akhir surat berkenaan ada disebut: "Di Bombay terdapat seorang yang membuat salinan wasiat ini dan dibahagikan/dikirimkan kepada 30 orang. Dan kemudian Allah mengurniakannya sejumlah wang 25,000.00 Rp. Terdapat juga orang yang berbuat hal yg sama, dan Allah mengurniakannya sebanyak 6000.00 rp.
Sebaliknya, ada orang yg tidak percaya akan wasiat ini, lalu dia kehilangan (kematian) anaknya pada hari itu juga. Surat berkenaan mengatakan juga, sesiapa yang menerima surat ini dan membacanya, kemudian tidak menyebarkannya kepada orang lain, dia akan ditimpa musibah besar. Apakah pandangan ustaz mengenai masalah ini... Apakah ia benar atau dusta?

Jawab: Memang ramai yang bertanya kepada saya mengenai wasiat berkenaan. Pada hakikatnya, surat wasiat berkenaan bukanlah wujud sehari dua ini, malah saya telahpun melihatnya sejak puluhan tahun yang lalu. Surat berkenaan dinisbahkan kepada seorang lelaki terkenal yang digelar Syeikh Ahmad, pemegang kunci makam Rasulullah s.a.w. Untuk memastikan kebenaran hal ini, saya pernah bertanya kepada orang- orang di Madinah dan Hijaz. Saya mencari maklumat tentang orang yang disebut sbg Syeikh Ahmad ini, serta kegiatan apakah yg dilakukannya. Namun, dari maklumat yang saya terima, tidak seorangpun dari mereka yang pernah melihat atau mendengar tentang Syeikh Ahmad. Dan, amat disayangkan sekali kerana surat wasiat berkenaan telah tersebar ke serata negara2 umat Islam.
Wasiat berkenaan dan apa sahaja yg terkandung di dalamnya samasekali tidak mempunyai nilai dan ertinya di dalam agama. Di antara kandungan wasiat berkenaan ialah fakta yg diperolehi olehSyeikh Ahmad melalui mimpi. Fakta berkenaan bila dilihat, memang tak perlu kepada mimpi untuk mengetahui kebenarannya. Syeikh Ahmad mendakwa telah bermimpi bertemu dgn Rasulullah s.a.w. Antara perkara yg diperolehi melalui mimpi berkenaan ialah hari kiamat sudah hampir. Malah lebih hampir dari dua hujung busur panah. Fakta ini tidak perlu kepada mimpi, samada mimpi Syeikh Ahmad atau Syeikh Umar.
Kerana al-Quran telah menjelaskannya: "..Barangkali hari kebangkitan itu sudah hampir waktunya" (al-Ahzab:63) Terdapat juga di dalam hadis Rasulullah s.a.w.: "Aku dan hari kiamat diutus seperti ini.." (sambil memberi isyarat dengan jari telunjuk dan jari tengah - menunjukkan kiamat sudah hampir) Muttafaq alaih, dari Anas dan Sahl bin Sa'ad. Antara isikandungan wasiat berkenaan ialah, bahawa kaum wanita sekarang sudah ramai yang keluar dari rumah serta ramai yg tidak berpegang kepada agama. Hal ini juga sebenarnya tidak perlu kepada sumber mimpi, kerana kita sudah mempunyai kitabullah dan sunah Rasulullah s.a.w. Ia sudah memadai utk dijadikan pedoman.
Firman Allah: "Pada hari ini Kusempurnakan utkmu agamamu, dan Ku cukupkan nikmatKu ke atasmu, dan telah Ku redhai islam itu sebagai agamamu.." (al-Maidah:3) Mereka yg telah menganggap bahawa agama Islam itu telah disempurnakan Allah, namun masih memerlukan penjelasan/hujah/keterangan dari wasiat orang yg tidak dikenali ini, bermakna dia telah meragui akan kesempurnaan Islam.
Islam telahpun lengkap dan sempurna, ia tidak memerlukan kepada satu wasiat apa. Beberapa kandungannya jelas memperlihatkan kebohongan dan kepalsuan wasiat berkenaan. Kerana penulisnya mengancam umat Islam dan menakut- nakutkan mereka, seandainya ia tidak disebarkan maka musibah akan datang menimpa mereka, anak mereka akan mati dan harta mereka akan habis. Hal-hal semacam ini tidak pernah dikatakan oleh manusia yg betul otaknya terhadap kitab Allah dan sunah rasulNya. Tidak terdapat perintah bahawa orang yang membaca al-Quran hendaklah menulisnya (menyalinnya kembali) kemudian mestilah disebarkan.
Dan lagi, tidak ada juga perintah bahawa sesiapa yg membaca kitab sahih al-Bukhari hendaklah menulisnya semula dan kemudian wajib disebarkan..Jika tidak musibah akan menimpanya.. Sedangkan terhadap al-Quran tidak ada perintah begitu, apatah lagi wasiat palsu ini. Seorang muslim yg baik kefahaman Islamnya sudah tentu tidak akan mempercayai isikandungan wasiat berkenaan.
Terdapat juga di dalam wasiat palsu berkenaan bahawa si fulan dari sebuah negara tertentu telah menyebarkan wasiat ini dan kemudian telah dikurniakan rezeki sebanyak berpuluh-puluh ribu rp. Semua ini sesat dan khurafat yang dapat membawa orang Islam ke jalan yang tidak benar. Ia juga membawa manusia lari dari mengikut sunnah dan peraturan alam ini. Untuk mendapatkan rezeki, ada sebab musabab dan jalannya. Manakala pegangan bahawa rezeki itu diperolehi bersandarkan kepada perkara2 khayalan dan khurafat seperti ini adalah satu usaha utk menyesatkan dan menyelewengkan akan fikiran umat Islam.
Kita hendaklah menjaga orang Islam lain agar tidak mempercayai kepada khurafat seperti ini. Agar mereka tidak beranggapan bahawa menyebarluaskan wasiat ini akan mendapat syafaat dari nabi s.a.w. spt yg didakwa oleh pembuat wasiat ini.
Memang syafaat nabi s.a.w. ada terhadap umatnya yg pernah melakukan dosa besar. Ia ada disebutkan di dalam hadis sahih: "Orang yg paling bahagia yg akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat ialah orang yg telah mengikrarkan La ilaha illallah dengan penuh ketulusan dari lubuk hatinya. Kami memohon kepada Allah taala agar memberi kefahaman kepada umat Islam tentang agamanya. Semoga mereka diberi petunjuk dan bimbingan agar tidak mempercayai perkara2 khurafat dan kebatilan. Terjemahan oleh zain y.s dari buku fatawa-moasera, Yusof al-Qardhawi.

Sama2 kita ambil pedoman dan sebarkan..insyaAllah
Bagi Aku:
Islam Telah Lengkap, Al-Quran dan Hadis adalah panduan yang lengkap. Tidak perlu wasiat dari mimpi dan tidak pula Al-Quran menyatakan akan ada petunjuk mimpi atau kita perlu berpegang pada petunjuk mimpi.