Pages

Friday, April 30, 2010

Bila nk Settle?

Norizan bt Salleh (30 tahun) merupakan wanita Malaysia yang mendakwa ditembak oleh polis pada 30 Oktober 2009 . Dia adalah ibu tunggal yang masih menganggur, dan mempunyai seorang anak berumur 10 tahun. Polis masih menyiasat kes ini.

Sekitar jam 3.00 pagi, beliau duduk di kerusi belakang kereta Proton Waja bersama seorang wanita lain. Sementara dua lelaki duduk di hadapan sebagai pemandu dan pemumpang. Ada 4 orang dalam kereta Waja itu. Beliau dari rumah kawan pulang ke rumahnya di Segambut, Kuala Lumpur. Mereka melalui lebuh raya MRR2. Di pertengahan jalan, sebuah kereta MPV memintas dari sebelah kiri dan melepaskan tembakan dengan pistol ke arah keretanya.

Peluru menembusi kereta mereka, malah lima tembakan dilakukan ke arah dirinya, dengan salah satu terkena pada dada, sehingga darah mengalir tanpa berhenti. Mereka panik dan tidak apa-apa. Mata Norizan mula kabur, dan tidak sedar di mana keretanya berhenti. Tiba-tiba, pintu kereta dibuka, dan polis menghalakan pistol ke arahnya. Kaki pemandu kereta juga tercedera kerana tembakan pistol.

Dia meminta tolong tetapi dibalas pula dengan tendangan polis. Beliau merangkak keluar dan ditendang oleh polis yang sama, sebelum dipijak belakangnya, yang berakhir dengan retaknya dua tulang rusuknya. Lebih 10 anggota polis mengepung mereka.Dia dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dirawat. Empat hari kemudian (4 November 2009), beliau dihantar ke Institut Jantung Negara. Sejumlah 11 hari beliau tinggal di hospital di bawah pemantauan polis. Setelah keluar, dia dikehendaki membayar RM20,000 sebagai kos rawatan, ditanggung sendiri, dan bukan polis yang mencederakannya kerana polis memberitahu hospital bahawa Norizan ditimpa kemalangan jalan raya.

Berita Sun - http://www.thesundaily.com/article.cfm?id=43172








Sampai Bila Issue ni nk settle?
Saya tak mahu komen kalau Norizan ini bersalah atau tidak..
Kalau betul polis mempunyai sebab dan alasan bertindak sedemikian terhadap Norizan. Sila lah kehadapan dan perjelaskan logik tindakan tersebut.
Disini rakyat dimahu menyalahkan pihak polis tetapi meminta sedikit keadilan.
Mengapa dan Kenapa ini terjadi.
Kalau betul tindakan ini perlu terhadap norizan dan betul beliau patut dikenakan sebegitu. Tampil dan jelaskan.

Wahai Kerajaan dan Pihak2 berkuasa:
Hampir setengah tahun pekara ini tidak diambil peduli oleh kamu2 semua.
Pikirkanlah kalau pekara ini terjadi kepada isteri2 anda..anak2 perempuan anda..janda2 anda..ibu2 anda..
Apa yg mereka akan lakukan adalah seperti norizan ini juga.
Lihat saja beliau seperti tiada lagi tempat untuk membela dirinya.
Ya..ini lah satu Malaysia..Taniah.

Thursday, April 29, 2010

Biar Waktu Memilih,Takdir Memilih atau Hati Yang Memilih

Wahai Waktu, Wahai Takdir, Wahai Hati.
Di Mana Jawapan..
Mengapa Hati rasa begini?
Apakah Takdir diri ini?
Bilakah Waktunya untuk akhiri semua ini?

Diri dia dan dia ada diHati
Diri dia atau dia Takdir aku
Bila dan bila Waktu mengakhiri.

Didalam aku adalah hati yg terluka
Hati yang sekian lama penat menahan
Bila dua hati tak bisa lagi menyatu
Takdir membawa aku kepada dia

Aku miliki satu hati yg ada dia dan dia..
Kalau saja waktu itu aku tak jumpa dia
Kalau saja waktu itu hati aku dijaga
Mungkin semua ini takkan berlaku

Maafkan aku manusia
Tiada yg salah hanya aku manusia bodoh
Yang biarkan semua ini permainkn ku berulang kali
Cuba pertahan kan sekuat Hati

Ternyata ada dia dan dia pn tak bisa mejaga Hati
Apa yang Hati mahu adalah hanya dia..
Satu keputusan yg perlu dijawab Hati
ditentukan oleh Takdir, Dilaksanakan oleh Waktu

Waktu tolong jawab
Takdir berikan aku yg terbaik
Hati tunjukkan aku dia yang sebenar..
Maafkan aku..Aku dlm kehancuran Hati..

Monday, April 26, 2010

Fatwa Dr Yusuf Qardhawi Berkenaan Surat berantai


Assalamualaikum wbt.
Sudah tiba masanya untuk menghentikan penyebaran surat berantai ini akibat kejahilan umat Islam.
Sila forwardkan kepada mereka2 yang telah forwardkan surat berantai ini kepada anda. Saya pon baru terima melalui FB dan menarik minat untuk mengupas perkara ini..
Kepercayaan kepada surat berantai ini boleh menjejaskan aqidah anda!!
Berikut terjemahan fatwa syeikh yusuf al qaradhawi tentangnya.
wallahua'lam,

Fatwa Dr Yusuf Qardhawi Berkenanaan Surat berantai :
Surat berantai (wasiat Syeikh Ahmad adalah palsu) Penterjemah: zain y.s
[note: Berikut ini adalah terjemahan fatwa Dr. Yusof al-Qardhawi mengenai masalah surat berantai yg mengandungi wasiat Syeikh Ahmad. Sumber asal terjemahan ini akan disebutkan pada akhir fatwa ini. Diharap fatwa ini disebarkan kepada seluruh umat Islam terutama di senarai mail, atau diterbitkan di laman-laman web.]

Soalan: Suatu ketika saya menerima sepucuk surat yang isinya membingungkan saya. Saya memohon jasa baik ustaz untuk memberi penjelasan tentang isikandungan surat berkenaan apakan benar ataupun dusta.
Di dalamnya terkandung wasiat Syeikh Ahmad pemegang kunci makam Rasulullah s.a.w. yg ditujukan kepd seluruh kaum muslimin timur dan barat.
Wasiat berkenaan mengandungi beberapa nasihat. Dan pada akhir surat berkenaan ada disebut: "Di Bombay terdapat seorang yang membuat salinan wasiat ini dan dibahagikan/dikirimkan kepada 30 orang. Dan kemudian Allah mengurniakannya sejumlah wang 25,000.00 Rp. Terdapat juga orang yang berbuat hal yg sama, dan Allah mengurniakannya sebanyak 6000.00 rp.
Sebaliknya, ada orang yg tidak percaya akan wasiat ini, lalu dia kehilangan (kematian) anaknya pada hari itu juga. Surat berkenaan mengatakan juga, sesiapa yang menerima surat ini dan membacanya, kemudian tidak menyebarkannya kepada orang lain, dia akan ditimpa musibah besar. Apakah pandangan ustaz mengenai masalah ini... Apakah ia benar atau dusta?

Jawab: Memang ramai yang bertanya kepada saya mengenai wasiat berkenaan. Pada hakikatnya, surat wasiat berkenaan bukanlah wujud sehari dua ini, malah saya telahpun melihatnya sejak puluhan tahun yang lalu. Surat berkenaan dinisbahkan kepada seorang lelaki terkenal yang digelar Syeikh Ahmad, pemegang kunci makam Rasulullah s.a.w. Untuk memastikan kebenaran hal ini, saya pernah bertanya kepada orang- orang di Madinah dan Hijaz. Saya mencari maklumat tentang orang yang disebut sbg Syeikh Ahmad ini, serta kegiatan apakah yg dilakukannya. Namun, dari maklumat yang saya terima, tidak seorangpun dari mereka yang pernah melihat atau mendengar tentang Syeikh Ahmad. Dan, amat disayangkan sekali kerana surat wasiat berkenaan telah tersebar ke serata negara2 umat Islam.
Wasiat berkenaan dan apa sahaja yg terkandung di dalamnya samasekali tidak mempunyai nilai dan ertinya di dalam agama. Di antara kandungan wasiat berkenaan ialah fakta yg diperolehi olehSyeikh Ahmad melalui mimpi. Fakta berkenaan bila dilihat, memang tak perlu kepada mimpi untuk mengetahui kebenarannya. Syeikh Ahmad mendakwa telah bermimpi bertemu dgn Rasulullah s.a.w. Antara perkara yg diperolehi melalui mimpi berkenaan ialah hari kiamat sudah hampir. Malah lebih hampir dari dua hujung busur panah. Fakta ini tidak perlu kepada mimpi, samada mimpi Syeikh Ahmad atau Syeikh Umar.
Kerana al-Quran telah menjelaskannya: "..Barangkali hari kebangkitan itu sudah hampir waktunya" (al-Ahzab:63) Terdapat juga di dalam hadis Rasulullah s.a.w.: "Aku dan hari kiamat diutus seperti ini.." (sambil memberi isyarat dengan jari telunjuk dan jari tengah - menunjukkan kiamat sudah hampir) Muttafaq alaih, dari Anas dan Sahl bin Sa'ad. Antara isikandungan wasiat berkenaan ialah, bahawa kaum wanita sekarang sudah ramai yang keluar dari rumah serta ramai yg tidak berpegang kepada agama. Hal ini juga sebenarnya tidak perlu kepada sumber mimpi, kerana kita sudah mempunyai kitabullah dan sunah Rasulullah s.a.w. Ia sudah memadai utk dijadikan pedoman.
Firman Allah: "Pada hari ini Kusempurnakan utkmu agamamu, dan Ku cukupkan nikmatKu ke atasmu, dan telah Ku redhai islam itu sebagai agamamu.." (al-Maidah:3) Mereka yg telah menganggap bahawa agama Islam itu telah disempurnakan Allah, namun masih memerlukan penjelasan/hujah/keterangan dari wasiat orang yg tidak dikenali ini, bermakna dia telah meragui akan kesempurnaan Islam.
Islam telahpun lengkap dan sempurna, ia tidak memerlukan kepada satu wasiat apa. Beberapa kandungannya jelas memperlihatkan kebohongan dan kepalsuan wasiat berkenaan. Kerana penulisnya mengancam umat Islam dan menakut- nakutkan mereka, seandainya ia tidak disebarkan maka musibah akan datang menimpa mereka, anak mereka akan mati dan harta mereka akan habis. Hal-hal semacam ini tidak pernah dikatakan oleh manusia yg betul otaknya terhadap kitab Allah dan sunah rasulNya. Tidak terdapat perintah bahawa orang yang membaca al-Quran hendaklah menulisnya (menyalinnya kembali) kemudian mestilah disebarkan.
Dan lagi, tidak ada juga perintah bahawa sesiapa yg membaca kitab sahih al-Bukhari hendaklah menulisnya semula dan kemudian wajib disebarkan..Jika tidak musibah akan menimpanya.. Sedangkan terhadap al-Quran tidak ada perintah begitu, apatah lagi wasiat palsu ini. Seorang muslim yg baik kefahaman Islamnya sudah tentu tidak akan mempercayai isikandungan wasiat berkenaan.
Terdapat juga di dalam wasiat palsu berkenaan bahawa si fulan dari sebuah negara tertentu telah menyebarkan wasiat ini dan kemudian telah dikurniakan rezeki sebanyak berpuluh-puluh ribu rp. Semua ini sesat dan khurafat yang dapat membawa orang Islam ke jalan yang tidak benar. Ia juga membawa manusia lari dari mengikut sunnah dan peraturan alam ini. Untuk mendapatkan rezeki, ada sebab musabab dan jalannya. Manakala pegangan bahawa rezeki itu diperolehi bersandarkan kepada perkara2 khayalan dan khurafat seperti ini adalah satu usaha utk menyesatkan dan menyelewengkan akan fikiran umat Islam.
Kita hendaklah menjaga orang Islam lain agar tidak mempercayai kepada khurafat seperti ini. Agar mereka tidak beranggapan bahawa menyebarluaskan wasiat ini akan mendapat syafaat dari nabi s.a.w. spt yg didakwa oleh pembuat wasiat ini.
Memang syafaat nabi s.a.w. ada terhadap umatnya yg pernah melakukan dosa besar. Ia ada disebutkan di dalam hadis sahih: "Orang yg paling bahagia yg akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat ialah orang yg telah mengikrarkan La ilaha illallah dengan penuh ketulusan dari lubuk hatinya. Kami memohon kepada Allah taala agar memberi kefahaman kepada umat Islam tentang agamanya. Semoga mereka diberi petunjuk dan bimbingan agar tidak mempercayai perkara2 khurafat dan kebatilan. Terjemahan oleh zain y.s dari buku fatawa-moasera, Yusof al-Qardhawi.

Sama2 kita ambil pedoman dan sebarkan..insyaAllah
Bagi Aku:
Islam Telah Lengkap, Al-Quran dan Hadis adalah panduan yang lengkap. Tidak perlu wasiat dari mimpi dan tidak pula Al-Quran menyatakan akan ada petunjuk mimpi atau kita perlu berpegang pada petunjuk mimpi.

Friday, April 23, 2010

Apa itu Sujud Sahwi?

Sahwi bermaksud lupa sesuatu. Pengertian dari segi syarak adalah terlupa sesuatu di dalam solat. Sujud sahwiadalah sujud yang dilakukan sebanyak dua kali setelah selesai bacaan Tahiyat akhir dan sebelum salam; ia dikerjakan untuk menutup kecacatan dalam pelaksanaan solat kerana terlupa, dan hukumnya adalah sunat.

Doa sujud sahwi adalah seperti berikut:


Ertinya: "Maha Suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa."

Sebab-sebab sujud sahwi ada tiga: kerana kelebihan, kerana kekurangan, dan kerana ragu-ragu.

  1. Sujud Sahwi Kerana Kelebihan
    1. Barangsiapa terlupa di dalam solatnya lalu tertambah rukuk, atau sujud, dan sebagainya, maka dia perlu sujud sahwi.
  2. Sujud Sahwi Kerana Kekurangan
    1. Barangsiapa, justeru terlupa, lalu meninggalkan salah satu sunat ab'adh, maka ia harus sujud sahwi sebelum salam. Misalnya, makmum terlupa tahiyyat awal dan hanya teringat setelah sempurna qiam (berdiri tegak), maka dia tidaklah perlu duduk kembali dan cukup baginya sujud sahwi. Namun, sekiranya dia teringat sebelum separuh bangkit untuk qiam, maka bolehlah dia kembali duduk dan menyempurnakan tahiyyat awal dan tidak perlu sujud sahwi.
  3. Sujud Sahwi Kerana Ragu-ragu
    1. Keragu-raguan di dalam solat adalah kerana tidak meyakini sama ada terlebih atau terkurang, umpamanya seseorang ragu sama ada dia di dalam rakaat ketiga atau keempat. Keraguan ada dua jenis:
      1. Sekiranya seseorang lebih cenderung kepada satu hal (waham, atau lebih 50% pasti), umpamanya dia lebih meyakini dia kini di dalam rakaat ketiga dan bukan rakaat keempat, maka dia harus menurutkan mengambil sikap kepada yang lebih ia yakini, kemudian dia melakukan sujud sahwi setelah salam.
      2. Sekiranya seseorang itu ragu-ragu antara dua hal, dan tidak condong pada salah satunya (dzan, atau hanya 50-50 pasti), maka dia harus mengambil sikap kepada hal yang sudah pasti akan kebenarannya, iaitu jumlah rakaat yang sedikit. Kemudian menutupi kekurangan tersebut, lalu sujud sahwi sebelum salam.

Hal-hal Penting Berkenaan Dengan Sujud Sahwi

  1. Apabila seseorang meninggalkan salah satu rukun solat secara tidak sengaja, dan ia belum sampai pada rukun yang sama di rakaat berikutnya, maka ia wajib kembali kepada rukun yang tertinggal itu, dan kembali meneruskan solat dari situ. Sekiranya dia sudah berada pada rukun yang tertinggal itu pada rakaat berikutnya, maka rukun yang tertinggal itu dianggap terganti dengan rukun pada rakaat berikutnya itu. Pada kedua-dua hal ini, hendaklah dia melakukan sujud sahwi setelah salam atau sebelumnya. (yang ini gantikan rukun tertinggal pada rakaan seterusnya)
  2. Apabila sujud sahwi dilakukan setelah salam, maka harus pula melakukan salam sekali lagi.
  3. Apabila seseorang yang melakukan solat meninggalkan sunat ab'adh secara sengaja, maka batallah solatnya.
    1. Jika ketinggalan kerana lupa, kemudian dia ingat sebelum beranjak dari sunat ab'adh tersebut, maka hendaklah dia melaksanakannya dan tidak perlu sujud sahwi.
    2. Jika ia teringat setelah melewatinya tapi belum sampai kepada rukun berikutnya, maka hendaklah dia kembali melaksanakan rukun tersebut, lalu sujud sahwi selepas salam.
    3. Jika ia teringat setelah sampai kepada rukun yang berikutnya, maka sunat ab'adh itu gugur, dan dia tidak perlu kembali kepadanya untuk melakukannya, akan tetapi perlu sujud sahwi sebelum salam.
  4. Sekiranya seseorang itu terlupa sujud sahwi dan teringat hanya selepas memberi salam maka bolehlah ia sujud sahwi, dengan syarat ingatan itu timbul dalam masa yang tidak begitu lama.
  5. Sekiranya imam terlupa sujud sahwi, makmum bolehlah sujud sahwi setelah imam memberi salam.



Dari Abdullah Bin Buhainah r.a., bahawa pada suatu hari Nabi Muhammad s.a.w. menjadi imam mereka mengerjakan sembahyang, lalu baginda bangun sesudah rakaat yang kedua dan tidak duduk (untuk membaca tahiyyat awal); orang ramai pun bangun bersama-sama dengannya (meneruskan sembahyang) sehingga apabila baginda selesai sembahyang dan mereka menunggu salamnya, ia bertakbir semasa duduk, dan ia sujud dua kali (sujud sahwi) sebelum memberi salam, kemudian ia memberi salam.



Dari Ibnu Mas’ud, r.a., bahawa Nabi Muhammad s.a.w. sembahyang Zohor lima (5) rakaat, lalu baginda ditanya oleh para jemaah: “(Ya Rasulullah) Adakah bilangan rakaat sembahyang telah ditambah?”

Baginda pula bertanya: “Mengapa (kamu berkata) demikian?”

Mereka menyatakan : Tuan telah mengerjakan sembahyang lima rakaat”

(Mendengarkan itu) Baginda pun sujud (sujud sahwi) dua kali selepas salam.

Hadis Shohih- Riwayat Bukhari dan lain-lainnya)



Sahabat2 sesungguhnya khusuk itu mengelakkan dari lupa. Tetapi kerana keindahan Islam yg memudahkan dan mengerti fitrah manusia yang mudah lupa. Islam menyediakan ruang utk kita bersujud sahwi seolah taubat kecil atau istifar.

Bukan nk belagak pandai tetapi hanya hendak menyampai..

Abang2 Gagah



DAPATKAN DIPASARAN!

Thursday, April 22, 2010

Farewell at TGI

Officemate aku bernama Markwinston akan meninggalkan freescale. Besok Jumaat 23April10 hari last die..
Begitu jugak aku..hari last Selasa 27April2010.. Tp farewell aku akan diadakan pada hari Isnin..nanti aku post farewell aku plak..
Kali ni aku nk share gamba2 makanan semasa farewell mark dlu.
Sedap...





















Macam2 - Terima Dokumen dari Rasulullah

Berita ini menarik perhatian aku pada hari ini..



Dokumen dari Rasulullah

Oleh Syarifah Dayana Syed Bakri
dayana@hmetro.com.my
2010/04/22
PUTRAJAYA: Gara-gara mengaku mendapat pembantu seramai 550 trilion daripada Rasulullah (s.a.w) selain mendakwa tanah perkuburan Islam di Presint 20, Putrajaya dijaga roh arwah penyanyi kumpulan Rabbani, Asri, seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, semalam.


Abdul Rajab Ahmad, 50, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan mengikut Seksyen 4(1) dan Seksyen 6(B) serta tiga pertuduhan tambahan mengikut Seksyen 6(B) dan Seksyen 11(1), Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997. Hakim Nassir Abdul Aziz menetapkan 10 Jun ini sebagai tarikh perbicaraan untuk kesalahan mengikut Seksyen 4(1) serta 30 Jun 2010 untuk kesalahan mengikut Seksyen 11 (1) dan 6 Julai 2010 bagi kesalahan mengikut Seksyen 6(A) dan 6(B).





Tertuduh yang berbaju kemeja hijau hadir di mahkamah semalam, ditahan di sebuah apartmen di Presint 17, jam 1.30 pagi, 10 Februari lalu, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.


Jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 4 (1) akta berkenaan, tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau tidak melebihi enam kali sebatan atau mana-mana kombinasi hukuman itu, manakala Seksyen 6(B) pula boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali Mengikut Seksyen 11(1), jika sabit kesalahan Abdul Rajab boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.


Mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin warga Malaysia bagi setiap pertuduhan mengikut Seksyen 6(A), Seksyen 6(B) dan Seksyen 11(1) akta terbabit.


Pendakwaan dijalankan Pendakwa Syarie, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Putrajaya, Mohd Hafiz Idris.


Dalam pertuduhan dibacakan, Abdul Rajab mendakwa Allah menurunkan kepadanya 20 bilion pembantu dan Nabi Muhammad memberikannya 550 trilion pembantu, namun hanya mengambil 20 trilion saja.


Dia juga mendakwa Nabi Muhammad memberi tempoh kepadanya menyiapkan dokumen ajaran yang dikurniakan baginda untuk dihantar ke Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong.



Astagfirullah..sebenarnya gejala ajaran sesat ni bermula dari zaman Rasullullah lg..selepas Rasullullah berjaya menyebarkan Islam..sebelom tu mmg la banyak..
Ingin aku memetik satu kisah oleh Musaylamah al-Kazzab dari Bani Hanifah yang juga mendakwa dirinya menjadi nabi.
Musaylamah telah menulis surat kepada Rasulullah s.a.w. menyatakan bumi ini dibahagi dua. Separuh darinya adalah miliknya dan separuh yang lain adalah milik Rasulullah s.a.w.. Baginda Rasulullah s.a.w. menjawab surat tersebut dan memberitahu kepadanya bahawa bumi ini sebenarnya adalah milik Allah s.w.t. yang diamanahkan kepada sesiapa sahaja yang Allah s.w.t. kehendaki dari kalangan hamba-hamba-Nya dan kesudahan yang baik itu adalah untuk orang-orang yang bertakwa.

Kesimpulannya, setiap Muslim sewajibnya kembali kepada ajaran al-Quran dan Sunnah Rasulullah yang merupakan khazanah yang tiada ternilai yang berupaya memimpin umat Islam ke arah kebenaran dan seterusnya menyelamatkan mereka dari lembah kesesatan.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara jika kamu berpegang teguh kepada kedua-duanya, kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya; iaitu Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya. (Hadis riwayat Imam Malik)

Dalam riwayatnya menyatakan dia meninggalkan dan tidak menyebut akan kembali menyampaikan dlm apa2 bentuk lagi kerana jelas al-Quran dan hadis sangat cukup dan complete sebagai panduan manusia sampai hari akhirat. Tidak ada keraguan baginya lagi.
Maka benda yg jelas dan nyata ini pun tidak dapat dilihat dari pemikiran penganut ajaran sesat. Apa lagi istilah yg perlu kita gelar mereka selain berdoa supaya mereka ini bertaubat.
Jgan mudah terpengaruh dgn hasutan syaitan macam kisah Barbisa (akan aku kupaskan nanti2).
Syaitan akan berusaha mengubah2 sesuatu sehingga kita kufur kepada Allah. Si laknat ini boleh merupai siapa2 sahaja.

Justeru, setiap Muslim diwajibkan oleh Islam supaya menimba ilmu Islam dari sumbernya yang tulen iaitu al-Quran dan Hadis Rasulullah.

Wednesday, April 21, 2010

Senaman Utk Kaki



Senaman
STAGE 1
Langkah 1: Kepitan Bantal Semasa Duduk (untuk bahagian dalam peha)


senaman peha 1


Seperti yang dapat dilihat dalam gambar di atas, duduk di atas kerusi(tanpa roda) kemudian bengkokkan kaki ke sudut 90 darjah. Kemudian letak bantal diantara dua peha, hembus nafas semasa anda menekan bantal itu menggunakan kedua belah peha. Tahan untuk 1 minit dengan bernafas seperti biasa. Kemudian lepaskan dan lakukan langkah yang ke 2
Langkah 2: Tekan tangan sambil duduk (untuk peha luar dan pinggul)


senaman peha 2

Duduk di atas kerusi tanpa roda. Kaki bengkokkan pada sudut 90 darjah seperti dalam gambar. Letakkan tapak tangan di sebelah luar lutut. Sambil mengekalkan kedudukan tangan dan tapak tangan, tolak lutut ke luar melawan tapak tangan, seperti anda ingin menolak tapak tangan itu ke luar. Dalam masa yang sama, tekan tangan ke dalam untuk mengelakkan daripada peha itu tertolak ke luar. Tahan kedudukan ini untuk 1 minit sambil bernafas seperti biasa dan kemudian teruskan dengan Langkah 3
Langkah 3: Angkat kaki sambil duduk (untuk bahagian depan peha)

senaman peha 3

Duduk di atas kerusi(tanpa roda). Rehatkan kaki anda di atas lantai dengan bengkokkan pada sudut 90 darjah. Letakkan tangan di bahagian sisi kerusi. Hembus nafas semasa anda mengangkat dan melunjurkan kaki kanan. Tahan kedudukan ini untuk 30 saat dengan bernafas seperti biasa. Kemudian tarik nafas semasa anda menurunkan kaki kanan tersebut. Kemudian tarikh nafas untuk kaki kiri pula. Tahan 30 saat sambil bernafas seperti biasa. Kemudian Hembus nafas untuk turunkan kaki kiri. Kemudian teruskan ke Langkah 4.
Langkah 4: Jambatan duduk (untuk bahagian belakang dan tepi peha)


senaman peha 4

Duduk pada bucu sebuah kerusi(tanpa roda). Letakkan kaki di atas lantai dengan lutu dibengkokkan pada sudut 90 darjah. Letakkan tapak tangan di atas kerusi dan di sisi anda. Hembus nafas semasa anda mengangkat pinggal dan benarkan tapak tangan dan kaki untuk menampung berat anda. Tahan untuk 20 hingga 60 saat sambil bernafas seperti biasa. Kemudian lepaskan. Kembali ke Langkah 1.
Ulang langkah 1 hingga langkah 4 sekali lagi, dan akan telah selesai untuk senaman hari ini.


STAGE 2
Kalau tidak mempunyai dumbell ataupn barbell boleh gunakan barang2 berat yang lain janji selesa dan sesuai

Monday, April 19, 2010

Freescale Amazing Hunt 2010

We Play To Win..itu nama team kami..
seperti nama team..kami bermain utk menang..xsemestinya menang..
kami berpuas hati dgn keseronokan dan pengalaman yg dikongsi bersama..
tp yg menjadi kejelezsan hati..Department IT hantar 2 team
  1. We play to win
  2. Na'vi
Team navi mendapat tempat 1st.!
kalau top ten or top 5 xpe jgak..dapat 1st! dan bawa pulang Rm1200 serta hadiah sampingan..wow..ape2 pn taniah..hamper tu kite kongsi same2 bukak dlm department nnti ye..

Soalan die bukan main susah..Contoh:
"Seorang lelaki menunjukkan arah disini"
Jawapan: Papan Tanda Jalan Iman
kenapa? sbb seorang lelaki = 1 Man.. disambung menjadi IMAN..susah bukan..

"Hitler's army lost thier head here"
Jawapan: Gerai Azi Coner
sbb Hitler's Army= Nazi
lost head..huruf N kan kepala die..so tinggal Azi..

Kepada semua ahli team aku.Shahrul.KQue.Akub.Ila.Ann.
Aku mengucapkan setinggi2 terima kasih atas team work yg diberi..
ini penglibatan aku yg terakhir dlm program anjuran Freescale..
Lepasni aku bukan warga freescale lg..sob sob diucapkan..
Dibawah ni ada sedikit gamba2 utk kita kongsi bersama..



Ini Plan Taman Pertanian Malaysia
Mendengar taklimat sbelom bermula


Team kami dh mulakan strategi
Babi Hutan yg terperangkap

Would u be my horse?

men confuse in the village

Canggih betul rumah melaka ni ade fire extinguisher


Team take 5..mengkaji balik soalan dan jawapan

Pegi rumah iklim..Saleem iklim xde pn dlm tu
Bertembung dgn team yg kini bergelar juara..xnak share jwapn..!



Rumah Saleem Iklim
Kaum Hawa team kami
Cycling

Berkayak!
mcm org nk berkhutbah je
Mendengar taklimat..KQue garu kepala xpaham
Ayuh ila..mulakan pelayaran kite!

Dh sampai ke kampung pinang sebatang
KQue n Shahrul..sesat kejap

kami dh dapat bendera itu!
Out of time apabila menjadi group terakhir yg main batu seremban
Cuba teka bentuk ape ni..ini la bentuk T.P.M..mcm hantu cine dah 2org tu

Scorpion kaler ape? scopion kalerjengking..ini dh kena lenyek mcm ayam penyet
Team Na'vi mendapat 1st place dan merangkul RM1200 bersama hamper.