Enjin kereta akan menghasilkan banyak haba apabila ia sedang berjalan, dan perlu disejukkan secara berterusan untuk mengelakkan kerosakan enjin.
Secara umumnya ini dilakukan dengan mangalirkan cecair penyejuk biasanya air bercampur dengan cecair coolant melalui saluran penyejukan khas. Sesetengah enjin disejukkan oleh udara mengalir di atas sarung silinder bersirip.
Sistem Penyejuk Berasaskan Air
Terdapat saluran penyejuk yg mengalir diantara Engine block dan silinder head. Di bahagian atas kepala silinder semua saluran berkumpul ke single outlet.
Sebuah pam, didorong oleh pulley dan belt daripada crankshaft, mendorong penyejuk panas daripada enjin ke radiator, yang merupakan satu bentuk penukar haba.
Haba yang tidak diingini dipindahkan dari radiator ke dalam aliran udara, dan cecair sejuk kemudian kembali untuk masuk satu di bahagian bawah blok dan mengalir semula ke dalam saluran lagi.
Biasanya pam menghantar penyejuk menerusi enjin dan ke bawah melalui radiator, mengambil kesempatan daripada hakikat bahawa air panas mengembang, menjadi lebih ringan dan naik di atas air sejuk apabila dipanaskan. Kecenderungan semulajadi adalah untuk mengalir ke atas, dan pam membantu peredaran air.
Radiator dihubungkan ke enjin dengan hos getah, dan mempunyai tangki atas dan bawah dihubungkan dengan kotak saluran air yg ada banyak tiub halus.
Tiub halus melalui lubang-lubang dalam saluran nipis sirip logam, supaya boleh kehilangan haba dengan cepat apabila udara sejuk melalui nya.
Gambar diatas adalah gambaran engine bersama sistem penyejuk air bersama heater blower. Dimana heater blower hanya digunakan dinegara2 bercuaca sejuk sahaja. Di Malaysia engine kereta kita dilengkapi dgn system aircond dimana akan dibicarakan dalam post yang lain.
Sekian ilmu basic dari saya.
Showing posts with label Aku dan Info. Show all posts
Showing posts with label Aku dan Info. Show all posts
Monday, September 9, 2013
Wednesday, October 3, 2012
Bersihkan Nama Rumah Anak Yatim At-Taqwa
Pada 6/10/2012 ini Kelab Kereta Lama (KKL) akan mengdakan satu acara konvoi ke Rumah Anak Yatim At-Taqwa Hulu Langat.
Saya sebagai pengendali konvoi ini banyak mendapat teguran dan persoalan dari sahabat2 yg terdekat mengenai isu Juruzon di madrasah at-taqwa ini.
Saya harap dgan bangkitnya suara dari Pengurusan rumah anak yatim ini dapat memberi sinar kembali kepada rumah anak yatim itu sekaligus menepis segala tomahan yg diberikan tanpa.
Bagi saya sendiri yg pernah pergi ke rumah anak yatim itu dan berjumpa dgn mereka berharap pihak Jais berhati2 sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan. Dakwaan sebelum menjalankan pemeriksaan adalah agak zalim.
Saya sebagai pengendali konvoi ini banyak mendapat teguran dan persoalan dari sahabat2 yg terdekat mengenai isu Juruzon di madrasah at-taqwa ini.
Saya harap dgan bangkitnya suara dari Pengurusan rumah anak yatim ini dapat memberi sinar kembali kepada rumah anak yatim itu sekaligus menepis segala tomahan yg diberikan tanpa.
Monday, September 24, 2012
Hasil Jualan Amal OMG4 - KKL Bertemu Anak Yatim At Taqwa Hulu Langat
Assalamualaikum.
Dalam usaha Kelab Kereta Lama(KKL) utk menghargai anak2 yatim. KKL telah melaksanakan satu program Jualan Amal di Olskool Mega Gathering(OMG) 4 di TBS 16 Sept 2012 yang lalu.
>>Link Detail Tentang Program<<
Duit yang terkumpul dari jualan amal berkenaan, jualan Baju dan kutipan tabung di booth KKL dan kutipan tabung di kedai Mars Phyzel untuk program Jualan Amal KKL di OMG4 adalah RM1250..
Disertakan dgn 2 Hamper dari Konichiwa Auto Parts Garage.
Dengan ini KKL ingin menjemput semua peminat kereta lama utk bersama2 kami ke Majlis serahan yang akan diadakan pada:
Hari: Sabtu
Tarikh: 06/10/2012
Berkumpul di Petronas Nanding
Jam: 2 Petang
Pakaian : Sopan/Menutup Aurat.
Contact Person:
Ijad 0124641821
Syafiq 0177773754
Ril 0123844564
* KKL Masih Menerima Sumbangan Dari Mana2 Pihak Sebelum Tarikh Penyerahan. Sila Contact Nama2 diatas.
Labels:
Aku dan Agama,
Aku dan Harian,
Aku dan Info,
Aku dan Kereta
Monday, September 10, 2012
DIY Install Tidy Tail on ER6N 2012 (Rear Fender Eliminator)
Beli After Market punya tidy tail kat ebay. 2 Bulan jugak menunggu nk lepas kastam dari Australia..tapi Alhamdulillah sampai jugak. Sekarang masa utk install. saya yg newbie ni ada snap beberapa gamba masa diy untuk dikongsi bersama. :
1. Unplug wire connection
(wire signal slalunya warna hijau & kuning. plate light plak merah & hitam)
letak label kalau tidak pasti
2. Remove Tail
Buka tiga skru diatas seperti yg dibulatkan
Buka 1 skru dibawah
Rupa beliau ketika tidak berekor.
3. Buka Signal dari standard tail
4. Pasang standard signal kat after market tidy tail
5. Plug balik wire connection and test semua function signal.
6. Install Tidy Tail
7. Test dan Selesai
Sekian sahaja perkongsian dari saya yg newbie.
Wednesday, September 5, 2012
Iklan Kereta Dulu Bersama Artis Malaysia
Datsun Pulsar - Mazuin Hamzah (1982)
Kereta berjenama Datsun pernah menjadi kereta pilihan ramai rakyat Malaysia sebelum kewujudan jenama tempatan Proton Saga pada 1985. Datsun diiklankan sebagai kereta "ekonomi" yang "menjimatkan". Penyanyi Mazuin Hamzah telah dipilih menjadi model bagi mempromosikan kereta Datsun Pulsar E-Type 1300 yang dipasarkan pada 1982. Mazuin telah dikenali dalam dunia hiburan sejak beliau kecil lagi apabila tampil merakamkan album bersama abangnya, Mazlan Hamzah pada sekitar pertengahan 1970-an. Mereka berdua kemudiannya menjadi popular sejak muncul dalam sebuah kumpulan muzik bernama Quinary M pada awal 1980-an. Sebelum itu Mazuin juga pernah berlakon dalam filem Ceritaku Ceritamu pada 1979. Dalam iklan kereta Datsun di atas, kelihatan Mazuin sedang melambaikan tangannya, mungkinkah beliau berkata "Hai! Belilah kereta Datsun!!"?
Nissan Stanza - Noreen Noor (1983)
Sekiranya pada 1982 penyanyi pop Mazuin Hamzah terpilih untuk mengiklankan kereta Datsun Pulsar, pada tahun berikutnya pelakon terkenal Noreen Noor pula terpilih untuk mengiklankan sebuah lagi jenama kereta. Nissan Stanza 1600 dikatakan sebagai "kereta masa depan" dengan ciri seperti "kotak gear 5 kelajuan yang comel" dan sebagainya. Sebelum terkenal melalui filem Talak pada 1984, Noreen merupakan seorang penyanyi, tetapi agak kurang terkenal. Dalam tahun 1983 juga Noreen telah mengeluarkan sebuah album berjudul Kepastian di mana syarikat pengedar kereta Tan Chong & Sons turut terlibat dalam merekabentuk kulit album itu yang menampilkan gambar Noreen melentikkan badannya di sisi sebuah kereta.
Monday, September 3, 2012
Taman Tema Mimaland (1971-1994)
Menonton Gila2 remaja pada hujung minggu lalu menarik minat aku utk mengetahui lebih lanjut tentang Mimaland Malaysia yg pernah popular pada era 80-an.
Cerita mengenai Mimaland. Nama Mimaland yang agak unik itu sebenarnya adalah singkatan daripada gabungan perkataan Malaysia In Miniature Land. Ia dibina di sebuah kawasan berbukit seluas 300 ekar di Ulu Gombak tidak jauh dari Kuala Lumpur.
Fasa pertama Mimaland yang siap dalam tahun 1970-an mengandungi 24 buah motel dan 5 buah chalet serta sebuah kolam renang. Antara tarikan utama Mimaland pada peringkat awalnya ialah 'taman haiwan prasejarah' yang mengandungi binaan model-model dinosaur bersaiz besar yang begitu mengagumkan para pengunjung ketika itu. Beberapa buah filem tempatan pernah membuat penggambaran di situ.Pada 1984 Mimaland memperkenalkan pula satu lagi tarikan terbarunya iaitu kolam renang yang dikatakan terbesar di Asia Tenggara, dan semestinya papan luncur air gergasi yang sangat tinggi yang begitu digemari oleh ramai pengunjung. Selain itu Mimaland juga mempunyai beberapa lagi bahagian lain, antaranya ialah sebuah tasik untuk aktiviti bersampan dan memancing, kawasan 'giant maze', serta kawasan untuk merentas rimba.
Ticket:
TRAGEDI
Sebelum Kejadian tanah runtuh
Selepas kejadian Tanah Runtuh
Pihak pengurusan Mimaland kemudiannya telah diseret ke mahkamah oleh beberapa pihak termasuk agensi kerajaan di atas beberapa dakwaan kesalahan, antaranya ialah kelemahan dalam kawalan keselamatan, serta menjadi punca kepada beberapa masalah alam sekitar. Sepanjang pendakwaan kes tersebut pihak mahkamah telah menghalang Mimaland daripada meneruskan operasinya. Akibat tidak dapat lagi bertahan tanpa beroperasi, Mimaland akhirnya terpaksa menutup terus pintunya buat selama-lamanya pada 1994. Kesan peninggalan Mimaland masih wujud hingga kini.
PENINGGALAN
MAP:
PINTU MASUK:
BUMPER CAR:
BUS STOP: Yang dulunya penuh dgn pengunjung.
TASIK:
Van Mimaland:
BASIKAL AIR:
INFO TAMBAHAN:
Info tambahan :
- Mimaland juga pernah dijadikan lokasi pengambaran filemTuan Besar (1980), Mekanik (1983), Gila-gila Remaja (1986), dan Tempo 88 (1987)
- Mimaland adalah dibawah pentadbiran Magnum Cooperation
- Genting sehingga kini berhasrat untuk membeli kawasan Mimaland tetapi tidak mahu dijual nya oleh Magnum.
- Pihak Magnum masih lagi menjaga Mimaland sebagai satu property mereka kerana 4 pengawal telah diletakkan untuk mengawal 24 jam dan dibekalkan dgn 4 ekor anjing pemburu.
- Tempat peninggalan Mimaland tidak mustahil menjadi tempat penginapan Jin2 kerana tempatnya yg pernah menjadi tempat popular dan ditinggalkan. Ditambah pula tempat yang pernah meragut nyawa.
- Pagar telah didirikan kerana untuk mengelakkan org awam mencerobohi kawasan mereka. Kerana mereka tidak mahu cerita-cerita negatif tentang Mimaland dibawa dari mulut ke mulut.
- Ramai pihak yg terkena tempias dari kesan penutupan Mimaland terutama penduduk setempat.
- Jika Mimaland wujud sehingga kini Sunway Lagoon pn kalah.
Thursday, August 16, 2012
Penjagaan Kereta Lama di MHI TV3
Pagi Selasa 14hb Aug 2012. Wakil MHI dari TV3 menelefon aku utk ditemuramah mengenai penjagaan dan pesediaan kereta lama utk balik beraya. Aku dioffice dan tak available. Datang office pun aku naik moto..
Aku cuba contact otai2 KKL contohnya seperti chef, syuk, safri dll semua xavailable..semua tgh bz abiskan kerja sebelum raya.
Terlintas difikiran utk mewakilkan basir. dia pn keja pomen dan mesti bole diinterview. Terus call dia suruh jadi wakil..dia pulak malu dan pass kat abang dia Hafiz. Mula2 nk guna kereta 910 basir utk MHI tu. Tapi TV3 cakap keta tu dh tak standard. Jadi terpaksa la import kereta Mamat. Hafiz plak wakil belakon sbagai owner kereta tu..hehe..Nice acting anyway.
Video dibawah aku record melalui camera aku ja. Pada sesiapa yg xsempat nk tgok. Bole la Tgok video tersebut.

Wednesday, July 25, 2012
Pengakuan Farid Ismeth Emir Isu Duda Rosmah
Aku rasa punca asal pak Ngah(Farid) dikaitkan dgn rosmah adalah dilaman wiki -rosmah mansor :- http://en.wikipedia.org/wiki/Rosmah_Mansor Pada awalnya tertulis Farid adalah suami kedua rosmah sebelom dato seri najib. Wiki ini adalah open source.. siapa2 bole masukkan dan update info didalamnya. Lalu ada yg mengaitkan farid dgn rosmah. Dan disebabkan sumber utama rujukan org ramai adalah wiki. Popular la cerita Farid adalah duda rosmah. Namun kebenarannya siapa lah tahu. Tak Tumbuh Tak Melata Tak Sungguh Orang Tak Kata. Mengapa pekara ini sudah berbelas tahun. Sehingga kesaat ini hampir dgn pilihanraya muncul pengakuan ini. Adakah pengakuan berbayar..Hanya Allah yg tahu..
Kalau dulu dlm wiki-rosmah tertulis nama Farid under Spouse.
Kalau dulu dlm wiki-rosmah tertulis nama Farid under Spouse.
Namun Sekarang Tidak Lagi..
Wednesday, July 4, 2012
Kisah Paypal Error Code #10486
Suatu hari pada hari ini..aku nak membuat payment barang yg dibeli dari ebay.
2 Item nk bayar serentak.. 1st item berjaya bayar dgn tiada masalah..
Time nk bayar 2nd item kluar error code #10486. 2 kali cuba still dapat error yg sama.
Dh clear history tukar browser pun xboleh.
Cari punya cari even error code tu xde list pn dlm paypal error codes list : https://cms.paypal.com/uk/cgi-bin/?cmd=_render-content&content_ID=developer/e_howto_api_nvp_errorcodes
Last2 terima call dari credit card center. Tanya aku ada cuba buat transaction utk bayar ke paypal ke..1 success 2 decline. Seterusnya bertanya kepada aku adakah aku nk proceed dgn payment kedua tu..aku cakap ya silakan..Sejurus selepas itu aku cuba buat sekali lg transaction tiada masalah.
Kisah ini dikongsi pada mereka yg munkin mempunyai masalah yg sama.. try2 xbole2..searching2 mana tau jumpa blog ini..maka inilah sedikit info dari saya..Kalau pihak card credit anda tidak menghubungi anda..sila hubungi mereka sendiri. Nombor call center slalu dibelakang card anda..

Sunday, March 25, 2012
Wednesday, February 8, 2012
Tram Service di Penang
Kalau hampa pi penang..lalu kat penang road mesti akan perasan Track lama Tram service yang pernah ada kat penang dlm 1930 dulu..
Sebelom ni track tram tu dah tertanam tahun demi tahun dengan perubahan yg berlaku kat penang. Sehingga lah tahun 2004 apabila kerajaan pulau pinang pada masa tu mengambil keputusan mengali semula track itu utk menghargai peninggalan lama ini.
Ini Electric Bas..electric bas pula muncul di penang selepas tram service..ianya mengunakan sumber electric yg sama cuma xguna track..guna tayar mcm bas2 biasa kita nampak skarang ni..

Kerja2 Mengali semula Tram Track di penang sekitar 2005.
Tram track ni boleh dijumpai kini di penang road..(jalan depan Line clear nasik kandar dan cinema lama cathay)
Subscribe to:
Posts (Atom)