Pages

Showing posts with label Aku dan Semasa. Show all posts
Showing posts with label Aku dan Semasa. Show all posts

Tuesday, September 11, 2012

Neng Neng Nong Neng

Lagu yg bertajuk Kuingin Kita Lama Pacaran Disini adalah ciptaan seorang perserta ujibakat Indonesia Idol yg bernama M.Ridho seorang penjual roti saksikan audition beliau disini:



Ahmad Dhani yg bijak menilai kualiti lagu sedangkan juri lain mengatakan tidak dgn berani membeli lagu beliau dgn harga 5Juta rupiah.
Kini lagu ciptaan beliau top di indonesia dgn diberi nafas baru oleh Ahmad Dhani:

Friday, July 13, 2012

Blog Lelaki Mengamuk di JPM

Lelaki yg ditembak dua das..satu dibwah ari2 satu lg di tgn kanan..


Facebook Beliau




Bila dibaca blog beliau..ada isi..dan ada dalil..apa yg aku tidak setuju cara carian dan maki..dan cara beliau bertindak di penghujung cerita..
Mungkin beliau tidak sanggup lagi menahan perasaan atau segala daya sebelom ini tidak berhasil..belia bertindak sebegitu..

BLOG Beliau: http://www.jayanegara1234.blogspot.com/2012/06/hidup-dan-mati-apa-yang-dipertaruhkan.html#comment-form

Tuesday, March 13, 2012

Najib Bukak Cafe di Penang

Ketika Lalu di Lebuh Bishop Penang ternampak Najib Cafe..
Ini je yg dia mampu miliki ditanah milik kerajaan lain..




Tapi yg tak tahan tu ada seorang apek yg perasan
aku tidak mahukan tangkapi gambar kau lah apek nye pun adoi..


Thursday, January 12, 2012

Wednesday, September 21, 2011

MALAYSIA VS JAPAN (FIRST LEG) 21 Sept 2011

Livesteaming malaysia U23 vs Japan U23, 21 september 2011(olympic qualify)

Sunday, May 22, 2011

Sumbangan ke Tabung Derma KKL utk Rumah Anak Yatim di Hulu Langat









KKL(Kelab Kereta Lama) sedang melancarkan satu tabung derma kilat utk Rumah Anak Yatim Hidayah, Madrasah Al-Takwa, Jalan Felcra Semungkus, Batu 14, Hulu Langat.

Pada mereka yg bukan dari ahli juga digalakkan utk menyumbang menerusi Tabung ini..
KKL berbangga menjadi medium anda utk menderma ke mangsa anak2 yatim ini..

Sumbangan anda amatlah diperlukan walaupun xseberapa..sikit2 bila dikumpulkan akan menjadi suatu yg amat bernilai buat mereka yg sgt memerlukan..

Sesungguhnya pahala menolong anak yatim amat lah besar..
Hadith Nabi SAW : “Hendaklah setiap orang Islam itu bersedekah, jika ia tidak mampu, hendaklah ia berusaha melakukan sesutu yang dapat memberi faedah kepada dirinya sendiri dan dengan demikian ia dapat bersedekah. Jika tidak mampu, maka hendaklah ia menolong orang susah yang memerlukan bantuan. Jika tidak mampu, maka hendaklah ia menyuruh orang lain melakukan kebaikan. Jika tidak mampu, maka hendaklah ia menahan dirinya daripada melakukan kejahatan, kerana yang demikian itu adalah dianggap suatu sedekah”. (riwayat Ahmad)


Bagi mereka yg ingin menderma.
Sumbangan boleh dibuat dari rupa
1. wang ringgit
2. barang2 makanan/baju/selimut dan lain2..

Sumbangan akan diberikan pada Ahad 5 June 2011. Kita akan adakan konvoi kesana insyaAllah



Sumbangan boleh dibuat ke account Bendahari Tabung..Mr.Panjang
Acc : Maybank
Acc No: 102036694123
Atas Nama : Mohamad Fesall Bin Mansor
Selepas Bank in sila SMS ke 0174769575 beserta detail dibawah.
a) Nama penderma
b) Jumlah bank in (derma)
c) No telefon
d) Tarikh bank in
e) Masa bank in


Bagi yg ingin memberi sumbangan Barang2 sila Hubungi Mohd Shuhaizad(Ijad) 0124641821

“Orang Islam itu bersaudara, tidak boleh menzalimi dan mengkhianatinya. Sesiapa yang menolong saudaranya, nescaya Allah akan menolongnya. Sesiapa yang menghilangkan kesusahan orang Islam nescaya Allah akan menghilangkan daripadanya kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menutup keaiban orang Islam nescaya Allah akan menutup keaibannya pada hari kiamat.”
(riwayat Ahmad)


Gambar diatas ini di ambil beberapa ketika sebelum kejadian tanah runtuh membabitkan anak-anak yatim & pelajar Madrasah At-Taqwa, Hulu Langat.



PERHATIAN KEPADA SEMUA KKLians..
KKL akan adakan satu KONVOI ke RUMAH ANAK YATIM ULU LANGAT
Mangsa Tragedi Tanah Runtuh Baru2 ini..

TEMPAT BERKUMPUL: PETRONAS NANDING
HARI: JUMAAT
JAM : 9 Mlm
Pakaian : Sopan/Berbaju Melayu/Menutup Aurat.

kita akan konvoi bersama Komuniti Pemilik Nissan Grand Livina kerana mereka pun membuat tabung kutipan.
Kita akan serahkan bersama2 dan setelah selesai aktivity penyerahan kita akan terus berTT di area sana bersama.

BAGI SESIAPA YG MAHU MEMBUAT SUMBANGAN. TABUNG MASIH LAGI DIBUKA

Tuesday, May 3, 2011

Osama Bin Laden Mati?

Heboh dalam berita hari ini..tak lupa juga dlm utube. Mengenai kematian Osama Bin Laden.
Pihak america pulak claim yang mereka berjaya membunuh Osama dan keadilan sudah tegakkan.
Kalau betul Osama mati, mana buktinya? dimana mayat osama?
Maka disebarlah gamba mayat Osama yang kononnya dalam keadaan teruk seperti yg kita semua boleh tgk dlm internet dan berita2.

Tetapi bila aku tgk balik gamba tu nampak sgt photoshoped.
Diambilnya gamba osama dan lakukan simple edit bersama mayat sape2 ntah.
Kalau nk menipu pon upahla editor yg terrer skit.
Aku cari2 aku jumpa gamba osama yg asli sebelom diedit..
Saksikan


Gambar Asli vs Gambar Edit


Gambar Bila di satukan

Obama dgn Yakin.."Kami dah bunuh Osama"

Friday, March 25, 2011

Hukum Bunuh Diri

Semalam 25hb March 2011 kita dikejutkan dgn berita seorang remaja 20an yg cuba membunuh diri..
Hari ini berita mengenainya banyak dimuatkan dlam akbar2 dan juga FB..


Bomba pujuk2

Aksi bomba grab pisau dari gadis tu

Berlaku pergelutan dan gadis tu merebahkan dirinya kebwah

Jatuh..nasib ada tilam

Tercipta peluang kedua..bertaubatlah


Image gadis berkenaan dgn lebih dekat

Apa dah jadi dgn anak muda zaman skarang ni..Agama kurang akal pendek..xpikir panjang dan menyusahkan org..
Ini la generasi yg tak belajar agama dan tak mengenal hukum.
Ingin aku memetik Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Abu Hurairah R.A. meriwayakan dari Nabi S.A.W
Maksudnya: “Sesiapa yang terjun dari bukit membunuh dirinya, dia akan terjun ke dalam neraka jahanam kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun membunuh diiri, racun itu akan berada di dalam gengamannya, dia akan menghirup racun itu di dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama-lamanya. Siapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka besi itu akan berada dalam gengamannya, dia akan menikamkannya di perutnya di dalam neraka jahannam, kekal di dalamnya selama-lamanya.”

Daripada Jundub bin Abdillah R.A
Maksudnya: “Dahulu dikalangan umat sebelum kamu ada seorang lelaki yang ada kecederaan (kemudian menjadi ulser), lalu dia tidak bersabar menanggung kesakitannya, lalu dia mengambil pisau dan memotong tangannya sehingga darah tidak berhenti sehinggalah dia mati. Firman Allah S.W.T.: “Tergesa-gesa hambaku kepadaKu (dengan membunuh diri), aku haramkan untuknya syurga.”


Membunuh diri adalah termasuk di dalam kesalahan dosa-dosa besar, Tapi Tidak termasuk di dalam perkara yang menyebabkan seseorang terkeluar daripada Islam (Murtad)
Nabi S.A.W. tidak melarang para sahabat dari menyembahyangkan jenazah orang yang membunuh diri. Namun baginda sendiri tidak menyembahyangkan jenazah orang yg mati sbb bunuh diri..
So, menjadi sunnah kepada para ulama dan orang yang dipandang mulia, tidak menyembahyangkan jenazah orang yang mati sbb bunuh diri sebagai mengikut perbuatan Nabi S.A.W. (sunnah nabi)
Walaubagaimanapun hukum semayang jenazah tetap menjadi fardu kifayah terhadap org yg bertanggungjwab keatas simati..

Moral kes awek nk bunuh diri ni kita perlu ambil perhatian yg secukupnya..Didik anak2/rakan2/kenalan ttg hukum dan akibat bunuh diri..Kekal didalam neraka dan Haram baginya syurga..tidakkah itu sama seperti org2 kafir.
Renung2kan..dan amal jgn xamal..


Friday, March 18, 2011

Miyabi Datang Indonesia Dalam Diam














Miyabi ataupun Maria Ozawa adalah P*rnStar Jepun ygterkenal..
Pada Awal 2010 Seorang producer dari indonesia telah menyatakan hasrat beliau utk membawa Maria ke indonesia dan belakon dlm filem beliau bertajuk Penculikan Miyabi..
Tetapi hasrat beliau dikecam kuat oleh organisasi dan pertubuhan bkan kerajaan indonesia yang menyebabkan kesemua slot2 filem Penculikan Miyabi dilakonkan diJepun..


Dan dalam diam2 pada sekitar Oct 2010..sebuah lagi filem indonesia iaitu "Hantu Tanah Kusir". Yang menampilkan sekali lagi actress P*rnStar ini dlm dunia layar indonesia..Kali ini Maria Ozawa dibawa secara diam2 ke indonesia..dan setelah habis dirakam babak2 yg melibatkan actress ini..barulah di warwarkan..

Persoalanya sekarang..Kenapa begitu ghairah nak amik pelakon symbol seks dari jepun ini..Di Indonesia sendiri sudah banyak Actress yang hot2 dari Maria Ozawa..
Tidak dinafikan mungkin ini marketing strategy production filem berkenaan..
Tapi jgn stategi ini memakan diri sendiri apabila ada yang boikot produksi berkenaan nanti..

*Lepas ni Hantu Kak Limah boleh amik Miyabi blakon..

Tampal Pada Kereta Lama Anda..

Bagi Memahami apa yang berlaku pada Harga Insurans Kereta..Print dan tampallah Poster diatas pada kereta Anda...

Baru2 ini aku renew insuran Datsun 120Y (1200cc) dikenakan RM250 utk insurans 3rd party tempoh setahun..xperlu aku dedahkan syarikat insuran berkenaan..itu baru insuran..xmasuk roadtax lagi..
Kemudian aku renew pula roadtax skyline (2000cc)..dikenakan RM300 bagi 6bulan..
Kalau dulu..insuran kereta lama ni dlam seratus dan bawah 100 pun boleh dapat..Tetapi apa yg berlaku sekarang sebaliknya..
Sedar tidak sedar..Kita sebagai pemilik kereta lama (melebihi 15tahun) menjadi mangsa dgn alasan kereta lama lebih berisiko berbanding kereta baru..
Ingin aku menekan disini encik2 syarikat insurans..diatas jalan raya..semua kerendaan mempunyai kebarangkalian yg sama utk terlibat dlam kemalangan..
Pemilik bukan sahaja perlu membayar harga insuran..malah pemilik juga perlu membayar loading kerana usia kereta melebihi 15 tahun. Loading adalah Kadar Premium Tambahan..
Iaini 150 peratus penambahan dari insuran kereta lain..Apa semua ini..
Sebagai contoh katanya, seorang pengguna yang membayar premium insurans pihak ketiga pada kadar RM72 setahun sebenarnya perlu membayar sehingga RM180 setahun akibat beban tambahan tersebut.
Itu baru 3rd party..Kalau 1st party paling murah 10K..Kereta pun harga 4K..Teeettt..(mencarut)
Kesemua pekara yang berlaku diatas adalah oleh kebenaran bank induk kita Bank Negara..
Disini saya wakil kereta2 lama meminta agar kerajaan mengutamakan rakyat..

Dalam kes ini..Pencapaian Sudah Diutamakan..Rakyat, Bila nk Didahulukan..??

Monday, December 27, 2010

Puisi Dian Sastrowardoyo version AFF Suzuki


Ketika tunas ini tumbuh
Serupa tubuh yang mengakar
Setiap Sorak yang terhembus adalah sia2
Angan, debur dan emosi
Bersatu dalam jubah kekalahan
Larian kita terikat
Gol kita dibolosin
Maka apa terdengar adalah ngauman siharimau
Ahh.. didlm itu pemain tempang diluar itu penyokong kecundang
Hanya wisel meniup saja
Lalu penyokong indon hilang tak ada
Tapi kita tetap menari
Tarian Jawa hanya kita yg tau
Jawa ini tandu maka duduk saja
Maka akan kita bawa
Semua
Karena..
Kita..
Adalah..
LOSER


_________________________________________________________




Kulari ke padang kemudian menyepakmu
Kulari ke refeeree kemudian teriakku
Kalah... kalah 3-0 aku benci
Ingin bingar aku lagi distadium
Bosan aku dengan garuda
Dibaham Harimau yg ligat
Seperti berjelaga jika kusendiri
Pecahkan saja pagarnya biar ramai
Biar mengaduh sampai gaduh
Ada penyokong malaysia menyuluh laser hijau dijaga gol indon
Kenapa tak bunyikan saja wiselnya biar terdera
Atau aku harus lari ke indon naik tongkang?


Friday, August 13, 2010

Bisikan Syaitan untuk Membunuh

Assalamualaikum.
Seperti yg kita maklum. Syaitan adalah musuh manusia yang nyata.
Syaitan mempunyai objektif mereka yang utama : Menyesatkan manusia, Mengkafirkan manusia, Memusyrikkan manusia, Menjadikan manusia penghuni neraka.
Syaitan tidak mampu melalukan sesuatu di bumi dan keatas manusia secara fizikal atau nyata seperti membunuh tetapi syaitan mampu melalukan itu semua atas pertolongan manusia dgn bisikannya terhadap manusia.
contohnya kes bunuh diri, pergaduhan, peperangan dsb.

Seperti kes yang aku baru baca pagi tadi tentang bisikan syaitan kepada seorang hamba Allah ini utk membunuh Bapa, Datuk, Nenek dan adiknya sendiri.
Mungkin manusia ini tidak waras ataupn waras tetapi tidak kuat imannya. wallahualam.




'Tulisan arah sembelih ahli keluarga'


Ibu Rasidi Ismail, Zaharah Atan (kiri) ditenangkan oleh salah seorang keluarganya di Mahkamah Tinggi, Seremban, semalam. - BERNAMA


SEREMBAN 12 Ogos - Rasidi Ismail yang menghadapi tuduhan membunuh empat ahli keluarganya mendakwa, dia kerap mendapat visual tulisan di dinding yang menjadi medium perhubungannya antara alam hidup dan alam mati.

Rasidi, 32, juga menyatakan, visual tulisan tersebut yang mengarahkan dia membunuh bapanya, Ismail Awang, 76; datuk, Atan Daud, 87; nenek, Sufiah Katas, 80; dan adik, Siti Khadijah, 22, pada awal Januari lalu.

Pengakuan itu dibuat olehnya ketika membela diri di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas tuduhan membunuh bapa, datuk dan neneknya di rumah tidak bernombor di Kampung Batang Rokan, Gemencheh antara pukul 7 pagi dan 11 pagi, 5 Januari lalu.

Tertuduh yang merupakan penganggur juga dituduh membunuh adiknya, Siti Khadijah, 22, di rumah bernombor 119, Kampung Batang Rokan pada masa dan tarikh yang sama.

Keempat-empat tuduhan itu dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Rasidi yang berbaju kemeja putih dan seluar hijau muda memberi keterangan membela diri dari kandang tertuduh dengan membacakan kenyataan yang ditaip di atas dua helai kertas.

Dalam keterangan tanpa bersumpah itu, Rasidi yang kelihatan tenang menyatakan, dia telah dimaklumkan terlebih dahulu tentang kematian bapa, ibu, abang dan adiknya.

"Visual tersebut memaparkan ayah saya telah diangkat ke langit dan ibu saya terperanjat lalu meninggal dunia manakala abang kedua saya menjadi batu dan adik saya meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya," katanya.

Ujarnya, walaupun ahli keluarganya telah meninggal dunia tetapi dia masih boleh berhubung dengan mereka melalui perbualan dari hati ke hati.

Menceritakan kejadian itu, Rasidi berkata, dia pulang ke kampung pada 4 Januari lalu tetapi pada sebelah malamnya, dia tidak dapat tidur kerana tulisan di dinding memberitahu syaitan dan dajal telah keluar di negara ini.

"Setelah hari siang, saya mendapat arahan daripada tulisan di dinding menyuruh saya membunuh dajal yang telah memasuki badan nenek saya dan membunuh syaitan yang memasuki badan datuk saya.

"Saya telah pergi ke rumah datuk dan mendapat arahan agar menikam nenek saya menggunakan pisau yang berada di lantai sebelum menikam datuk saya," ujarnya.

Selepas membunuh kedua-dua mangsa, kata Rasidi, dia pulang ke rumah untuk membasuh tangan dan pisau tersebut.

"Tiba-tiba ayah saya keluar dan tulisan di dinding itu mengarahkan saya menyembelih ayah dan mengambil kepalanya untuk dibawa ke Thailand.

"Selepas itu saya terus masuk ke dalam rumah dan berjumpa adik saya. Tulisan di dinding itu kemudian mengarahkan saya menikam adik saya untuk menyelamatkannya daripada dirasuk dajal dan syaitan," jelasnya.

Kata pemuda itu, dia membawa kepala bapanya dengan menaiki motosikal ke pekan Tampin dan dari situ dia menaiki teksi ke Seremban sebelum ke ibu negara dengan menaiki bas.

"Di Kuala Lumpur saya menyewa bilik di sebuah hotel bajet di Jalan Petaling dan pada malam itu saya telah diadili oleh Tuhan atas pembunuhan yang saya lakukan serta dijatuhi hukuman pancung.

"Pada waktu pagi saya pergi ke Penjara Pudu untuk menjalani hukuman gantung tetapi saya dapati ia sudah ditutup. Saya kemudian pergi ke mahkamah berdekatan Dataran Merdeka tetapi mahkamah itu sudah berpindah," katanya.

Rasidi memberitahu, dia kemudian pergi ke Masjid Jamek dan mendengar banyak suara menyuruhnya menyerang anggota polis agar mereka menembaknya sekali gus melaksanakan hukuman pancung yang dijatuhkan terhadapnya.

"Saya kemudian mengambil sebilah pisau dari sebuah kedai makan berdekatan Masjid Jamek lalu berjalan mencari balai polis berhampiran.

"Tiba-tiba saya terjumpa dua anggota polis bantuan yang sedang meronda di stesen LRT Masjid Jamek dan saya telah mengacukan pisau tadi kepada mereka dengan harapan mereka akan menembak saya," ujarnya.

Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam Hanif Hassan berkata, anggota polis berkenaan tidak melepaskan tembakan sebaliknya mereka mengejar dan memberkasnya.

Bekas tunang tertuduh, Mysharah Mohammad Ali, 29, yang turut dipanggil sebagai saksi pembelaan memberitahu, dia dihubungi oleh tertuduh pada 3 Januari lalu dan dimaklumkan mengenai ibu, bapa, abang dan adik lelaki tertuduh telah meninggal dunia.

"Saya tanya tertuduh... betul ke, takkan semua mati serentak. Kemudian tertuduh kata betul sebab dia (Rasidi) adalah Rasulullah," katanya.

Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Nasfy Yasin bersambung 30 Ogos ini.



Wednesday, August 4, 2010

Elaun Cola Untuk Kakitangan Swasta 1 Sept 2010



Petikan Berita dari Ultusan Online:
Terima kasih kerajaan…rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan.

Datuk Seri Najib berucap kepada pemberita


PENGUMUMAN BARU OLEH PM (Elaun Sara Hidup)
Putrajaya 3 Ogos Kerajaan bersetuju memberikan Elaun Sara Hidup (COLA) tanpa
mengira pangkat dan tempat bertugas semua pekerja awam dan swasta sebanyak
RM500.00 sebulan berkuatkuasa September 2010 bagi menampung kenaikan harga minyak dan
barang-barang.
Elaun COLA ini boleh dituntut di semua Pejabat Pos dan BSN di seluruh negara mulai
jam 1 pm hingga 4 pm pada setiap hari kecuali hari Jumaat, Sabtu dan Ahad serta
hari-hari kelepasan am.
Kakitangan awam & swasta perlu menunjukkan kad pengenalan diri Jabatan untuk
mendapatkan borang permohonan dan wang akan dibayar selepas penyerahan borang yang
lengkap beserta dengan syarat2 berikut :-
1. SuratPerlantikan Kerja - Original
2. SuratPengesahan Kerja- Original
3. SuratAkuan Majikan - (Tempat terakhir masih bertugas)

dan......























80 penutup botol Coca-Cola... ...... Baru sesuai dengan namanya Elaun Cola!
Haaaahahaha! !!! Dah! Pergi sambung kerja.... kalau pasal duit semua mata besar
belaka ekk......
Whuawhuawhuawhuaaaa??..
aku takmo terkono sorang2?.. so aku share ler dgn korang.... huhu
just for fun... :)

Thursday, July 15, 2010

Harga Minyak Naik Mulai Esk


AKu sekarang berada di tingkat 12 KLCC tatkala semua org petronas dah balik..
Dh la ramai org cerita seram2 kat dlm tower KLCC ni..
Bomoh bawak 2 3 bijik bas hantu pegi buang la ape la..
Tp jgn peduli semua itu..yg penting
Aku disini utk standby fuel price change utk system petronas ni
Kena monitor harga minyak yang akan bertukar angka mulai esk..
AKu dpt tau dari ptg td dah
Cuma xboleh nk post kt blog atas sbb PnC
skarang dh boleh sbb dh umum kepada umum
berikut adalah jenis minyak dan harga

RON97 : RM2.05 -> RM2.10 seliter
RON95 : RM1.80 -> RM1.85 seliter
Diesel : RM1.70 -> RM1.75 seliter


Harus diingat minyak maybe akan dinaikkan 3 4 kali dalam sebulan!
Peningkatan secara berperingkat..
Adakah ini dapat mengurangkan kesensaraan rakyat
Jika dibandingkan dgn naik secara mengejut
Yang sakitnya team aku la..
nk standby setiap kali price change!


Monday, July 12, 2010

Jimmy Jump Masuk Padang Lagi

Ada kenal dgn Jimmy Jump?
Die ni terkenal dan popular sebagai pitch invader..
mcm spiderman yg panjat KLCC tu..
golongan ni suka jadi femes dgn cara yg tidak sah..
Kalau Spiderman suka panjat menara2 dan bangunan2
Jimmy Jump pula suka menceroboh event2 live..
Jimmy Jump ni dah banyak event2 sukan dia ceroboh..
tenis, rugby, F1, konsert dan yg paling banyak event bola sepak..



Dan Baru2 ini utk world cup 2010.
Skali lg jimmy buat come back terbaru beliau
dgn berlari ke arah world cup utk menyarung snow cap jimmy jump keatas world cup
Jimmy berjaya sampai didepan world cup tetapi gagal menyarung snow cap itu.
Next time jimmy!





Anda boleh search dlm You tube pasal Jimmy Jump.
Jimmy siap ade website : http://www.jimmyjump.com

Sunday, July 11, 2010

Udang AKu pn nK Predict World cup

Aku mempunyai udang galah yang nk teringin nk jadi femes macam paul..
Ada 3 ekor kesemuanya dari baka yang sama..
Masing2 bernama Milah,Paplah dan Junilah..
Milah (mama galah)
Paplah(papa galah)
Junilah(junior galah)



Utk mengotakan harapan mereka menjadi femes macam paul..
Rumah mereka yg merupakan botol jem telah dilebelkan dgn bendera Belanda dan SPain..
Sambil menjerit go paplah go..
Ternyata Paplah Memilih Belanda untuk worldcup kali ini..
Hahahaha..

Tuesday, July 6, 2010

Sotong predict Match German



Seekor sotong kurita di Jerman menjadi bahan uji ramalan utk setiap game german di worldcup 2010.
Nama sotong ni Paul.
Ia nya telah meramalkan setiap game german dan kesemuanya tidak tersasar..
Sgt mensyirikkan jika percaya..
Org sotong buat makan..derang buat ramalan..
Kalau sotong pegi kat bendera jerman derang suke..
Kalau x mesti kena makan wat sotong goreng kicap or sotong kangkong..emmm dap eerr dep err..

Paul meramal sebelom pelawanan German vs Serbia
Kemudian German kalah 1-0


Paul meramal sebelom pelawanan German vs England
Kemudian German menang 4-1

Paul meramal sebelom pelawanan Argentina vs German
Kemudian German menang 4-0


Semalam mereka meramalkan German vs Spain
Malangnya sotong ini lebih memihak kepada Spain.


Dari pemerhatian saya..
Adakah sotong ini suka pada benda yg berwarna merah?
sama2 kita saksikan perlawanan pada awal pagi esk.

atau nasib paul akan menjadi seperti ini dibawah?



Prediction Terbaru oleh Paul!