Pages

Wednesday, December 29, 2010

Lagu Wonderpet Version Harimau Malaya


Wisell.. Wisell berbunyiii…
Wisell.. kami datangg..
Wisell.. Wisell berbunyiii…
Ade haiwan dalam bahaya.. ade haiwan dalam bahaya…
Ade haiwan dalam bahaya disana..

Anak Garuda...Terpatah sayapp..
Garuda..terpatah sayangnya..disanaa..
Kesian Garuda..Matanya buta..
Matanya Buta terkena laser..

Harimau, Malaya, kami datanggg..
Membaham binatang dalam kesusahan ..
Kami tak besar dan kami tak kuat..
Bile bekerjasama kami jadi kuat…
Heyy.. Malaysia.. Yeyyyy

Apa yg penting ,,,kerja sama,,,
Apa yg penting ,,,kerja sama,,,

Monday, December 27, 2010

Harimau Ratahlah Sang Garuda Hingga Lumat!






Sang Harimau Mengamuk di Bukit Jalil
Sang Garuda ter Patah Sayapnya..
Kecundang Lalu Terhempas diTerkam Sang Harimau..
Harimau Membaham dan Meratah Lazat Sang Garuda Hingga Lumat!
Si Bambang Sudah Bimbang..Si Gonzalez Tiada Berguna..
Si Markus Pelakon utama drama pementasan sayang si buta..
Malaysia tiada star seperti mereka..
Tapi bila Harimau Malaya ini Gabung Beraksi ianya menyinarkankan satu Bintang..
Dan Bintang itu tersemat indah di Jalur Gemilang..







Ayuh Harimau..tingkatkan prestasi..Tajamkan kuku..Asahlah taring mu..
Agar Meratah Hingga Kecebisan Terakhir.!


Dan Kami disini Tak Pernah Lelah dan Letih Menabur Sokongan yg Tak Terhingga..
Kami Tak Minta Wang Ringgit..Kami Tak Mintak Dikenali..Kami Tak Pohon Sanjungan..
APA YANG KAMI MAHUKAN ADALAH KEMENANGANN!!!























Puisi Dian Sastrowardoyo version AFF Suzuki


Ketika tunas ini tumbuh
Serupa tubuh yang mengakar
Setiap Sorak yang terhembus adalah sia2
Angan, debur dan emosi
Bersatu dalam jubah kekalahan
Larian kita terikat
Gol kita dibolosin
Maka apa terdengar adalah ngauman siharimau
Ahh.. didlm itu pemain tempang diluar itu penyokong kecundang
Hanya wisel meniup saja
Lalu penyokong indon hilang tak ada
Tapi kita tetap menari
Tarian Jawa hanya kita yg tau
Jawa ini tandu maka duduk saja
Maka akan kita bawa
Semua
Karena..
Kita..
Adalah..
LOSER


_________________________________________________________




Kulari ke padang kemudian menyepakmu
Kulari ke refeeree kemudian teriakku
Kalah... kalah 3-0 aku benci
Ingin bingar aku lagi distadium
Bosan aku dengan garuda
Dibaham Harimau yg ligat
Seperti berjelaga jika kusendiri
Pecahkan saja pagarnya biar ramai
Biar mengaduh sampai gaduh
Ada penyokong malaysia menyuluh laser hijau dijaga gol indon
Kenapa tak bunyikan saja wiselnya biar terdera
Atau aku harus lari ke indon naik tongkang?


Sunday, October 31, 2010

Selamat Tinggal Pamela

Keadaan Pamela Pada Awal2 Zaman Unta dahulu..



Sekarang:


Nak tulis Panjang2 sedih..
Cuma disini nk bgtau dan share dgn korang..
Aku dah Letgo Pamela (Datsun B310 aku) kepada Pemilik yang lain..

Bagi sesiapa yang ada FB aku..
tgk2 la sejarah Pamela dari Mula hingga Akhirnya..: http://www.facebook.com/album.php?aid=127871&id=631009330



Monday, August 23, 2010

Jom Main Car Town



Aku ternampak seseorg membeli hakosuka dlm game facebook.
Wah ade ke game seumpama ini dlm facebook..
Boleh beli2 keta..
aku pn mencuba add game ini dan mengexplore..
baru tahap beginner nk mengenali game ini..
tp apa yg boleh aku kongsi game ini seperti membina garage..
cara nk earn point adalah dgn memcuci kereta2 yg dtg, hantar pizza dan race.
yg bestnye tiba2 kawan dtg depan garage ajak race..haha
tp jgn takut kita boleh upgrade engine kasi power..
biar luar stenderd engine power
korang akan tau dgn lebih lanjut lg jika explore sendiri..
apa yg menarik perhatian aku adalah kita boleh membeli kereta2 sendiri dan boleh masuk autoshow..boleh tukar rim customize body sumer..
autoshow ini akan dijudge oleh org lain..
jadi..selamat mencuba..game ini dlm fb korang
jgn lupa add aku..
disini aku sertakan snapshop game berkenaan..


Garage

Service yg kita boleh provide


Customize pekerja

Race!

Jadi judge utk Autoshow


240Z!!

AE 86



Hakasuko!


Menghantar Pizza


Bila garage dh besar

Upgrade

Race result




Thursday, August 19, 2010

Left hand drive with Right hand dashboard



Hahaha...
Ini la penangan tukar Engine right hand drive ke kereta left hand drive..
dh nak cari left hand drive punya dashboard susah untuk engine ni atau mungkin tiada..
Dan owner ini mengambil jalan mudah dgan terus pakai dashboard asal engine tu..

Wednesday, August 18, 2010

Solat Sunat Terawih


Maksud
Tarawih bermaksud duduk untuk istirahat setelah mengerjakan sembahyang empat rakaat.
Setiap empat rakaat dinamakan tarawih adalah sebagai majaz.
Erti Tarawih ialah duduk bersenang-senang atau beristirahat.
Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya'.
Biasanya jemaah duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat Tarawih dan membaca zikir ataupun doa sebelum disambung semula dengan empat rakaat lagi, sehingga cukup 8 ataupun dua puluh rakaat.
Tarawih itu disebut juga dengan Qiyamu Ramadan.
Sembahyang Tarawih dikerjakan setelah mengerjakan sembahyang Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam.


Dalil
Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang Tarawih.
Abu Hurairah berkata; “Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang tarawih sekali pun beliau tidak mewajibkannya.”
Beliau bersabda: “Sesiapa yang mengerjakan Qiyamu Ramadan semata-mata kerana iman dan mengharap ganjaran dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang lampau.”
Qiyamu Ramadan ialah menghidupkan malamnya dengan mengerjakan sembahyang.

Sejarah solat sunat Tarawih ini dimulai oleh Rasulullah s.a.w. di Masjid Nabawi.
Menurut baginda Rasulullah s.a.w. mengerjakan solat Tarawih ini di masjid, lalu para sahabat mengikutnya.
Pada malam berikutnya baginda mengerjakan lagi solat Tarawih di masjid, dan para sahabat semakin ramai datang dan mengikutnya.

Pada malam yang ketiganya lebih ramai lagi para sahabat telah sedia menunggu ketibaan Rasulullah s.a.w. di masjid.
Tetapi baginda tidak hadir. (Baginda mengerjakan solat Tarawih itu di rumah).
Esoknya Rasulullah s.a.w. bersabda kepada mereka: “Sesungguhnya aku melihat sambutan daripada kamu. Aku tidak hadir pada malam itu hanya kerana takut solat itu diwajibkan ke atas kamu.”
Jika solat Tarawih itu difardhukan, tentulah sangat memberati umat Islam.
Dan peristiwa itu terjadi pada bulan Ramadan.


Hukum
Hukum mengerjakan sembahyang tarawih adalah sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) secara berseorangan atau berjemaah.
Sembahyang tarawikh lebih afdal dikerjakan secara berjemaah di masjid, sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.

Mereka yang mengerjakan ibadat puasa tetapi tidak mengerjakan solat sunat Tarawih pada malamnya, seolah-olah menjadi tawar dan hambar; berjaya tetapi tidak cemerlang. Sesungguhnya sangatlah ruginya mereka yang berpuasa Ramadhan tetapi tidak melengkapkannya dengan solat sunat Tarawih.


Panduan Solat Terawih

Saturday, August 14, 2010

Baju KE70 Version Hitam dah sampai





Price: RM28
Saiz = S - XXXL
Material: Cotton
Pembayaran:
1. COD
2. Cash Transfer/Bank In -> Post ke rumah
Call/SMS = Ijad 0124641821

Friday, August 13, 2010

Bisikan Syaitan untuk Membunuh

Assalamualaikum.
Seperti yg kita maklum. Syaitan adalah musuh manusia yang nyata.
Syaitan mempunyai objektif mereka yang utama : Menyesatkan manusia, Mengkafirkan manusia, Memusyrikkan manusia, Menjadikan manusia penghuni neraka.
Syaitan tidak mampu melalukan sesuatu di bumi dan keatas manusia secara fizikal atau nyata seperti membunuh tetapi syaitan mampu melalukan itu semua atas pertolongan manusia dgn bisikannya terhadap manusia.
contohnya kes bunuh diri, pergaduhan, peperangan dsb.

Seperti kes yang aku baru baca pagi tadi tentang bisikan syaitan kepada seorang hamba Allah ini utk membunuh Bapa, Datuk, Nenek dan adiknya sendiri.
Mungkin manusia ini tidak waras ataupn waras tetapi tidak kuat imannya. wallahualam.




'Tulisan arah sembelih ahli keluarga'


Ibu Rasidi Ismail, Zaharah Atan (kiri) ditenangkan oleh salah seorang keluarganya di Mahkamah Tinggi, Seremban, semalam. - BERNAMA


SEREMBAN 12 Ogos - Rasidi Ismail yang menghadapi tuduhan membunuh empat ahli keluarganya mendakwa, dia kerap mendapat visual tulisan di dinding yang menjadi medium perhubungannya antara alam hidup dan alam mati.

Rasidi, 32, juga menyatakan, visual tulisan tersebut yang mengarahkan dia membunuh bapanya, Ismail Awang, 76; datuk, Atan Daud, 87; nenek, Sufiah Katas, 80; dan adik, Siti Khadijah, 22, pada awal Januari lalu.

Pengakuan itu dibuat olehnya ketika membela diri di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas tuduhan membunuh bapa, datuk dan neneknya di rumah tidak bernombor di Kampung Batang Rokan, Gemencheh antara pukul 7 pagi dan 11 pagi, 5 Januari lalu.

Tertuduh yang merupakan penganggur juga dituduh membunuh adiknya, Siti Khadijah, 22, di rumah bernombor 119, Kampung Batang Rokan pada masa dan tarikh yang sama.

Keempat-empat tuduhan itu dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Rasidi yang berbaju kemeja putih dan seluar hijau muda memberi keterangan membela diri dari kandang tertuduh dengan membacakan kenyataan yang ditaip di atas dua helai kertas.

Dalam keterangan tanpa bersumpah itu, Rasidi yang kelihatan tenang menyatakan, dia telah dimaklumkan terlebih dahulu tentang kematian bapa, ibu, abang dan adiknya.

"Visual tersebut memaparkan ayah saya telah diangkat ke langit dan ibu saya terperanjat lalu meninggal dunia manakala abang kedua saya menjadi batu dan adik saya meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya," katanya.

Ujarnya, walaupun ahli keluarganya telah meninggal dunia tetapi dia masih boleh berhubung dengan mereka melalui perbualan dari hati ke hati.

Menceritakan kejadian itu, Rasidi berkata, dia pulang ke kampung pada 4 Januari lalu tetapi pada sebelah malamnya, dia tidak dapat tidur kerana tulisan di dinding memberitahu syaitan dan dajal telah keluar di negara ini.

"Setelah hari siang, saya mendapat arahan daripada tulisan di dinding menyuruh saya membunuh dajal yang telah memasuki badan nenek saya dan membunuh syaitan yang memasuki badan datuk saya.

"Saya telah pergi ke rumah datuk dan mendapat arahan agar menikam nenek saya menggunakan pisau yang berada di lantai sebelum menikam datuk saya," ujarnya.

Selepas membunuh kedua-dua mangsa, kata Rasidi, dia pulang ke rumah untuk membasuh tangan dan pisau tersebut.

"Tiba-tiba ayah saya keluar dan tulisan di dinding itu mengarahkan saya menyembelih ayah dan mengambil kepalanya untuk dibawa ke Thailand.

"Selepas itu saya terus masuk ke dalam rumah dan berjumpa adik saya. Tulisan di dinding itu kemudian mengarahkan saya menikam adik saya untuk menyelamatkannya daripada dirasuk dajal dan syaitan," jelasnya.

Kata pemuda itu, dia membawa kepala bapanya dengan menaiki motosikal ke pekan Tampin dan dari situ dia menaiki teksi ke Seremban sebelum ke ibu negara dengan menaiki bas.

"Di Kuala Lumpur saya menyewa bilik di sebuah hotel bajet di Jalan Petaling dan pada malam itu saya telah diadili oleh Tuhan atas pembunuhan yang saya lakukan serta dijatuhi hukuman pancung.

"Pada waktu pagi saya pergi ke Penjara Pudu untuk menjalani hukuman gantung tetapi saya dapati ia sudah ditutup. Saya kemudian pergi ke mahkamah berdekatan Dataran Merdeka tetapi mahkamah itu sudah berpindah," katanya.

Rasidi memberitahu, dia kemudian pergi ke Masjid Jamek dan mendengar banyak suara menyuruhnya menyerang anggota polis agar mereka menembaknya sekali gus melaksanakan hukuman pancung yang dijatuhkan terhadapnya.

"Saya kemudian mengambil sebilah pisau dari sebuah kedai makan berdekatan Masjid Jamek lalu berjalan mencari balai polis berhampiran.

"Tiba-tiba saya terjumpa dua anggota polis bantuan yang sedang meronda di stesen LRT Masjid Jamek dan saya telah mengacukan pisau tadi kepada mereka dengan harapan mereka akan menembak saya," ujarnya.

Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam Hanif Hassan berkata, anggota polis berkenaan tidak melepaskan tembakan sebaliknya mereka mengejar dan memberkasnya.

Bekas tunang tertuduh, Mysharah Mohammad Ali, 29, yang turut dipanggil sebagai saksi pembelaan memberitahu, dia dihubungi oleh tertuduh pada 3 Januari lalu dan dimaklumkan mengenai ibu, bapa, abang dan adik lelaki tertuduh telah meninggal dunia.

"Saya tanya tertuduh... betul ke, takkan semua mati serentak. Kemudian tertuduh kata betul sebab dia (Rasidi) adalah Rasulullah," katanya.

Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Nasfy Yasin bersambung 30 Ogos ini.