Hutan Rekreasi Kuala Woh dipilih menjadi tempat rasmi event gathering KKL pada awal tahun 2012.
Terletak 13 km dari Pekan Tapah, amat sesuai memandangkan Tapah adalah titik tgh antara utara dan semenanjung Malaysia.
Mandi dari sumber air bukit yang sejuk dan pasir nya pula suam..
Ditebing2 sungai pula air panas yang terkumpul dan bergerak pelahan menjadikan suhunya yang panas boleh dijadikan heater semulajadi..
Boleh merendam telur dlm pasir hingga masak..Boleh juga bertungku diatas batu2 sungai..
Jadi pengunjung tidak perlu risau mandi sungai dlm kesejukan..
Gambar hiasan..:)
Anda juga dapat melihat kupu-kupu spesis "Rajah Brooks" di dalam habitat semulajadi mereka. Besar dan jinak..
Selain itu jambatan gantung sepanjang 30 meter yang merentasi Sungai disitu membolehkan pengunjung menikmati pemandangan yang menarik daripada bahagian atas jambatan menjadi satu daya penarik yang unik bagi hutan rekreasi ini.
Kemudahan chalet juga disediakan selain tapak-tapak perkhemahan.
Dgn adanya kemudahan Astaka/Hall di dalam tempat penginapan ini memudahkan pihak KKL menjalankan aktiviti seperti penyampaian hadiah/BBQ/Karaoke.
Jadi ramai2 lah kita bersama beriadah disana bersama KKL..
untuk keterangan lanjut layari www.keretalama.com
atau hubungi Ijad 0124641821
syok nya...nk p
ReplyDeletejiwa kacau la plak...huwaaahaha
ReplyDelete