Pages

Monday, September 3, 2012

Taman Tema Mimaland (1971-1994)



Menonton Gila2 remaja pada hujung minggu lalu menarik minat aku utk mengetahui lebih lanjut tentang Mimaland Malaysia yg pernah popular pada era 80-an.


Sampai kena marah ngan isteri sbb asyik nyanyi lagu ni dlam kereta. Sebab dia tak tahu lagu apa. Orang tengok Gila-gila remaja dia tidur.

Cerita mengenai Mimaland. Nama Mimaland yang agak unik itu sebenarnya adalah singkatan daripada gabungan perkataan Malaysia In Miniature Land. Ia dibina di sebuah kawasan berbukit seluas 300 ekar di Ulu Gombak tidak jauh dari Kuala Lumpur.



Fasa pertama Mimaland yang siap dalam tahun 1970-an mengandungi 24 buah motel dan 5 buah chalet serta sebuah kolam renang. Antara tarikan utama Mimaland pada peringkat awalnya ialah 'taman haiwan prasejarah' yang mengandungi binaan model-model dinosaur bersaiz besar yang begitu mengagumkan para pengunjung ketika itu. Beberapa buah filem tempatan pernah membuat penggambaran di situ.





Pada 1984 Mimaland memperkenalkan pula satu lagi tarikan terbarunya iaitu kolam renang yang dikatakan terbesar di Asia Tenggara, dan semestinya papan luncur air gergasi yang sangat tinggi yang begitu digemari oleh ramai pengunjung. Selain itu Mimaland juga mempunyai beberapa lagi bahagian lain, antaranya ialah sebuah tasik untuk aktiviti bersampan dan memancing, kawasan 'giant maze', serta kawasan untuk merentas rimba.


Ticket:


VIDEO:




TRAGEDI
Setelah bertahun-tahun Mimaland menceriakan hidup ramai orang, sesuatu yang tidak diingini berlaku juga. Satu kemalangan telah terjadi di kawasan papan luncur air gergasi Mimaland pada Januari 1993 yang menyebabkan kematian seorang warganegara Singapura berusia 27 tahun. Kejadian malang itu mengejutkan orang ramai hingga memaksa pihak Mimaland menutup sementara kawasan yang terlibat iaitu kolam renang dan papan luncurnya bagi dilakukan kerja-kerja penambahbaikan. Pada Mei 1994 pula, berlaku kerosakan pada dinding kolam renang yang sama yang berpunca daripada kejadian kecil tanah runtuh hingga menyebabkan air lumpur memasuki kolam renang tersebut. Sekali lagi, kawasan tersebut ditutup kepada orang ramai.

Sebelum Kejadian tanah runtuh

Selepas kejadian Tanah Runtuh


Pihak pengurusan Mimaland kemudiannya telah diseret ke mahkamah oleh beberapa pihak termasuk agensi kerajaan di atas beberapa dakwaan kesalahan, antaranya ialah kelemahan dalam kawalan keselamatan, serta menjadi punca kepada beberapa masalah alam sekitar. Sepanjang pendakwaan kes tersebut pihak mahkamah telah menghalang Mimaland daripada meneruskan operasinya. Akibat tidak dapat lagi bertahan tanpa beroperasi, Mimaland akhirnya terpaksa menutup terus pintunya buat selama-lamanya pada 1994. Kesan peninggalan Mimaland masih wujud hingga kini.


PENINGGALAN
MAP:



PINTU MASUK:


BUMPER CAR:

BUS STOP: Yang dulunya penuh dgn pengunjung.


TASIK:

Van Mimaland:


BASIKAL AIR:


INFO TAMBAHAN:


Info tambahan :
  • Mimaland juga pernah dijadikan lokasi pengambaran filemTuan Besar (1980), Mekanik (1983), Gila-gila Remaja (1986), dan Tempo 88 (1987)
  • Mimaland adalah dibawah pentadbiran Magnum Cooperation
  • Genting sehingga kini berhasrat untuk membeli kawasan Mimaland tetapi tidak mahu dijual nya oleh Magnum.
  • Pihak Magnum masih lagi menjaga Mimaland sebagai satu property mereka kerana 4 pengawal telah diletakkan untuk mengawal 24 jam dan dibekalkan dgn 4 ekor anjing pemburu.
  • Tempat peninggalan Mimaland tidak mustahil menjadi tempat penginapan Jin2 kerana tempatnya yg pernah menjadi tempat popular dan ditinggalkan. Ditambah pula tempat yang pernah meragut nyawa.
  • Pagar telah didirikan kerana untuk mengelakkan org awam mencerobohi kawasan mereka. Kerana mereka tidak mahu cerita-cerita negatif tentang Mimaland dibawa dari mulut ke mulut.
  • Ramai pihak yg terkena tempias dari kesan penutupan Mimaland terutama penduduk setempat.
  • Jika Mimaland wujud sehingga kini Sunway Lagoon pn kalah.

5 comments:

  1. jom kita repeat pegi tempat peninggalan dia..

    ReplyDelete
  2. saya tak penah pergi..saya baru tahu ada mimaland..sebab saya baru tinggal dekat dengan mimaland tu...bila tengok gambar2 sejarah ni..rasa sedih sebab tak dapat menikmati suasana di mimaland...

    ReplyDelete
  3. Best la..tp syg dh tutup..zaman aku kecik2 dulu...

    ReplyDelete