Pages

Thursday, August 12, 2010

Hadith Doa Jibril Menjelang Ramadhan




Assalamualaikum.
Di sini saya nk kongsi satu lg hadith palsu..

Ptg td saya ade terima satu email yg memushkilkan..Lalu aku cuba mencari kesahihannya,
Ternyata hadith berkenaan adalah hadith palsu..

Email nya yg bertulis:


Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:- Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);- Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;- Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya. "
Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.


*****Hadis diatas ini telah dipalsukan buktinya diterangkan dibawah*****

_____________________________________________________________________

RIWAYAT YANG ASAL (HADIS SAHIH)

آمين، فلما ارتقى الدّرجَة الثالثة قال: آمين، فلما نزل، قلن: يا رسولَ الله لقَدْ سمعنَا مِنْكَ الْيَوْمَ شَيْئاً ما كُنَّا نَسْمَعُه! قال: إن جِبْريلَ عليه السلام عَرضَ لِي فقال: بَعُدَ منْ أدرَكَ رمَضَانَ فَلِمْ يُغْفَرْلَهُ قلت: آمين، فلما رقيت الثانية قال: بَعُدَ منْ ذكرت عنده فلم يصلّ عَلَيْكَ فقلت آمين، فلما رقيت الثالثة قال: بَعُدَ مَنْ أَدرَكَ أبويهِ الكبر عنده أو أَحَدَهُمَا فلم يُدْخِلاَهُ الْجنَّةَ قلْتُ: آمين

Maksud hadis:

Dari Ka'ab Bin 'Ujrah (ra) katanya:

Rasulullah S.A.W bersabda: Berhimpunlah kamu sekalian dekat dengan mimbar. Maka kamipun berhimpun. Lalu beliau menaiki anak tangga mimbar, beliau berkata: Amin. Ketika naik ke anak tangga kedua, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika menaiki anak tangga ketiga, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika beliau turun (dari mimbar) kamipun bertanya: Ya Rasulullah, kami telah mendengar sesuatu dari tuan pada hari ini yang kami belum pernah mendengarnya sebelum ini.

Lalu baginda menjawab:
Sesungguhnya Jibrail (as) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu. Lalu aku pun mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam surga. Lalu aku pun mengaminkannya

Hadits Riwayat Bazzar dalam Majma'uz Zawaid 10/1675-166, Hakim 4/153 disahihkannya dan disetujui oleh Imam Adz-Dzahabi dari Ka'ab bin Ujrah, diriwayatkan juga oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 644 (Shahih Al-Adabul Mufrad No.500 dari Jabir bin Abdillah)]



Dari Abu Hurairah ra. berkata :-

"Sesungguhnya Nabi saw telah naik ke mimbar dan berkata : Amin, Amin, Amin. Seorang bertanya kepada dia : Ya Rasulullah, Apa yang engkau lakukan ini? Baginda menjawab : Telah berkata Jibril kepadaku : Hambanya yang sombong, sempat bersama ibu-bapanya atau salah seorang darinya, tidak akan masuk syurga (kerana kesombongan terhadap mereka), Aku berkata : Amin, kemudian berkata malaikat: hambanya yang sombong apabila masuk Ramadhan tidak akan diampun dosanya (oleh Allah), Maka Aku berkata : Amin. Kemudian malaikat berkata : Seseorang yang sombong dimana nama engkau (Nabi saw) disebut kepadanya akan tetapi dia tidak berselawat kepada engkau, maka aku berkata : Amin."
[Hadith Riwayat al-Bukahri didalam Adabul Mufrad].

=============
Keterangan dan pengajaran:

Hadith ini memberi amaran dan pengajaran agar :-

a. berbuat baik kepada kedua ibu-bapa semasa mereka masih hidup.

b. lakukan amalan-amalan yang baik dan mohon banyak2 agar Allah mengampunkan dosa2 kita didalam bulan Ramadhan dengan melakukan ibadat dengan ikhlas, jangan sombong.

c. seseorang yang apabila disebut Nabi saw kepadanya. langsung tidak berselawat kepada baginda; maka inilah dikatakan orang yang berhidung tinggi/sombong!!


Sesiapa yang terlibat menyebarkan hadis palsu ini silalah hentikannya ia adalah kerana.....

Dalil Pertama
Barangsiapa yang dengan sengaja berdusta ke atas aku, maka tersedialah baginya tempat duduk dari api neraka.
[ Hadis Sahih (Mutawattir): Dikeluarkan Imam al-Bukhari, Imam Muslim, Ibn Majah, ad-Darimi dan lain-lain. Lihat Sahih al-Bukhari, hadis no 109 (Kitab al-Ilm, Bab dosa berdusta keatas Nabi shallallahu ?alaihi wasallam). Dikeluarkan Imam Muslim di dalam Sahih Muslim, hadis no 3 dan 4 (Muqaddimah - Bab berdusta keatas Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam).]

Dalil Kedua
Barangsiapa yang menceritakan dariku satu hadis yang ia sangka, sesungguhnya hadis tersebut dusta/palsu, maka ia termasuk salah seorang dari para pendusta.
[ Hadis Sahih: Dikeluarkan Muslim, Ibnu Majah, Tirmidzi, Ahmad. Lihat Muqaddimah Sahih Muslim. Lihat juga Musnad Ahmad (Hadis Daripada Samuroh Bin Jundud radhiallahu 'anh) dengan lafaz yang sedikit berbeza.]

Semoga kita dapat keberkatan dalam menyebarkan msg ini...... Wassalam...

Tuesday, August 10, 2010

Fadilat Solat Terawih Pada Malam Bulan Ramadhan


Dimulakan dgn Bismillah..Segala Puji bagi Allah..
kita semua sama..Ilmu hanya dari Al-Quran dan Hadith..
Didunia kita berkongsi pada telunjuk yg satu..

Selamat berpuasa pembaca2 dan disini aku ingin berkongsi satu info tentang Hadith fadzilat terawih pada malam2 ramadhan.
Jangan salah paham dan tertipu dgn hadith ini kerana sehingga kini masih belom dapat disahkan lagi sumber hadith ini..dari mana dtg hadith ini..
Kalau tuanpuan pernah terbaca Hadith ini yg tertulis seperti dibawah:

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :

Malam 1 : keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2 : diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3 : berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 : memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5 : Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

DiJelaskan hingga la malam ke-30

Kalau dulu setiap hari bulan ramadhan akan disiarkan fadilat ini di kaca TV..sekarang tidak lg..mungkin ada yg menegurnya..

Setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanahair tentang kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil?, semuanya tidak dapat diberi penjelasan.

Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah (Hadith2 Sahih) dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui.
Kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini.

Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini.

Oleh itu, hendaklah kita jauhkan dari mempercayai Hadith ini dan berhenti menyebarnya..
Cukuplah bagi kita dengan hadis yang SAHIH dari Rasulullah saw berkenaan menghidupkan malam Ramadhan yang bermaksud : “Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah, maka diampunkan dosa-dosanya yang lalu”. (Al-Bukhari)

Kepada media, Jika hendak mengalakkan umat islam beribadat. Pastikan diambil dari Hadith yg muktabar.

Fadhilat sembahyang Tarawih yang ada disebut dalam hadis-hadis yang terkandung dalam kitab-kitab sunan yang muktabar hanyalah secara umum sahaja tanpa menyebut fadhilat 30 malam Ramadhan itu.

Antaranya ialah hadis yang diriwayatkan daripada abu Hurairah Radhiallahu a’nhu, sabda Rasullullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya: “Sesiapa yang mendirikan sembahyang di bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan (pahala daripada Allah), diampunkan baginya dosa-dosanya yang terdahulu.”
Hadis seumpama ini turut diriwayatkan oleh Muslim, Tirmidzi, abu daud, Imam Ahmad dan lainnya…

Rujukan: Soal Jakim

Jadi, beribadatlah dibulan Ramadhan walaupn ganjaran seperti dlm fadzilat itu tidak benar. Pasti Allah menyediakan ganjaran yg lumayan bagi mereka yang beribadat.
Sekian, Yang Baik dan Buruk utk kita ditentukan oleh Allah.




Monday, August 9, 2010

Kena Saman Dgn Polis n Thief


Ahad lalu aku ke rumah kakak aku di kajang.
Nk amik parents hantar ke stesen bas.
Aku just parking di depan rumah kakak aku tu dan rasanya xhalang laluan kereta depan jalan tu..
xsampai 10 minit masuk amik beg pegi kat keta..
aku nampak nota terselit kat wiper keta aku..
'sape pulak nk cari pasal ni'
Aku bace die tulis 'lain kali jgn parking tgh jalan'
aku terus royokkan ketas tu dan campak ketepi..
Dalam hati berkata 'Ala kereknye jiran2 kat sini' sbb aku rasa jiran2 yg tulis tu.
tp bile toleh balik..nampak apsal semua keta kat tepi2 ni pn ade letak note yg sama mcm aku dpt..
aku cuba kutip semula ketas yg aku buang tu dan baca betul2..


Sekali ade tulis Polis kat bawah tu siap dgn sign skali..
Laa..budak2 taman ni main polis n tree rupanya..
tp nape aku kena saman? aku xmain pn!..
Klu aku main pn aku nk jadi polis jgak!

Wednesday, August 4, 2010

Elaun Cola Untuk Kakitangan Swasta 1 Sept 2010



Petikan Berita dari Ultusan Online:
Terima kasih kerajaan…rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan.

Datuk Seri Najib berucap kepada pemberita


PENGUMUMAN BARU OLEH PM (Elaun Sara Hidup)
Putrajaya 3 Ogos Kerajaan bersetuju memberikan Elaun Sara Hidup (COLA) tanpa
mengira pangkat dan tempat bertugas semua pekerja awam dan swasta sebanyak
RM500.00 sebulan berkuatkuasa September 2010 bagi menampung kenaikan harga minyak dan
barang-barang.
Elaun COLA ini boleh dituntut di semua Pejabat Pos dan BSN di seluruh negara mulai
jam 1 pm hingga 4 pm pada setiap hari kecuali hari Jumaat, Sabtu dan Ahad serta
hari-hari kelepasan am.
Kakitangan awam & swasta perlu menunjukkan kad pengenalan diri Jabatan untuk
mendapatkan borang permohonan dan wang akan dibayar selepas penyerahan borang yang
lengkap beserta dengan syarat2 berikut :-
1. SuratPerlantikan Kerja - Original
2. SuratPengesahan Kerja- Original
3. SuratAkuan Majikan - (Tempat terakhir masih bertugas)

dan......























80 penutup botol Coca-Cola... ...... Baru sesuai dengan namanya Elaun Cola!
Haaaahahaha! !!! Dah! Pergi sambung kerja.... kalau pasal duit semua mata besar
belaka ekk......
Whuawhuawhuawhuaaaa??..
aku takmo terkono sorang2?.. so aku share ler dgn korang.... huhu
just for fun... :)

Wednesday, July 28, 2010

SMS dari Mak

Mak: Ada rumah dah ka? Mak pening sgt. Makan panadol. la dok boh ayaq asam lega skit dari semalam. Doa anak2 mak aminkan..solat jad.

Me: Ya Mak, jad dah kat rumah ni..jad sentiasa doa mak dlm setiap solat..jad tension la..keja banyak..laptop plak tiba2 rosak. Macam2! xtahan la.. mcamana nk buat keja.!

Mak : Xpa, pasang surut hidup. ucap Alhamdulillah. ada org lg susah. Allah sayang la Dia uji. macam mak ni asyik sakit perut bila muntah mak ucap Alhamdulillah..sakit pening mak ucap Alhamdulillah..mak redha..tidoq awai..mak sayang jad mak doa tiap2 solat kat anak2.


Biar la org nk ckp aku anak mak..
tp aku ada dia saja kat dunia ni..
aku ada satu mak dan bg aku tidak ada seorg ibu pn sehebat beliau..
Alhamdulillah utk ujian Allah..
Alhamdulillah Dia kurniakan ibu yang hebat utk aku...

Tuesday, July 27, 2010

Nuri Dini dh pandai membaca




Ini anak sedara aku
Nama dia Tengku Nuri Dini bt Tengku Hazman
umur die 3Tahun
skarang dh pandai membaca ye..
kakak aku kasi link utube ni suruh aku bukak
tibe2 tgk teringatnyee kat dini,,uhuhu
xjemu aku play berkali2..
mcm nk nangis punya rindu



Ni gamba2 die yang aku ade..hehe





Friday, July 23, 2010

Melawat Tanjung Rambutan

Video2 Dibwah ini bukan lah utk diketawakan semata2
Sekali tgk mmg la lawak.. perilaku org gila mmg kadang2 lawak..
kite yg normal ni mmg suka menyakat golongan macamni..
but we never discover what is inside them.
sbenarnye klu kita nilai derang ni..
1st daya ingatan mereka tertumpu kepada sesuatu benda je
derang akan hafal dan ingat..otak derang xdigunakan sgt dlm hari2 mereka
tonton saja video dibawah ni..
macam tu punya cekap pakcik tu hafal maksud dissebalik nama rokok
makcik tu plak siap buat remix lagu2 melayu lama..
yg last skali tu bonus track. layan..~









Thursday, July 22, 2010

Tshirt Weber DGV and DCOE

Ade Dua Design :
1. DGV
2.DCOE
Front
DGV Back

DCOE Back


Price: RM28
Saiz = S - XXXL
Material: Hi-Grade Cotton
Pembayaran:
1. COD
2. Cash Transfer/Bank In -> Post ke rumah

Call/SMS = Ijad 0124641821

T-shirt Toyota Corolla KE70





Price: RM28
Saiz = S - XXXL
Material: Hi-Grade Cotton
Pembayaran:
1. COD
2. Cash Transfer/Bank In -> Post ke rumah
Call/SMS = Ijad 0124641821

T-shirt 510 Station Wagon










Price: RM28
Saiz = S - XXXL
Material: Hi-Grade Cotton
Pembayaran:
1. COD
2. Cash Transfer/Bank In -> Post ke rumah
Call/SMS = Ijad 0124641821