Pages

Tuesday, August 10, 2010

Fadilat Solat Terawih Pada Malam Bulan Ramadhan


Dimulakan dgn Bismillah..Segala Puji bagi Allah..
kita semua sama..Ilmu hanya dari Al-Quran dan Hadith..
Didunia kita berkongsi pada telunjuk yg satu..

Selamat berpuasa pembaca2 dan disini aku ingin berkongsi satu info tentang Hadith fadzilat terawih pada malam2 ramadhan.
Jangan salah paham dan tertipu dgn hadith ini kerana sehingga kini masih belom dapat disahkan lagi sumber hadith ini..dari mana dtg hadith ini..
Kalau tuanpuan pernah terbaca Hadith ini yg tertulis seperti dibawah:

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :

Malam 1 : keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2 : diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3 : berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 : memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5 : Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

DiJelaskan hingga la malam ke-30

Kalau dulu setiap hari bulan ramadhan akan disiarkan fadilat ini di kaca TV..sekarang tidak lg..mungkin ada yg menegurnya..

Setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanahair tentang kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil?, semuanya tidak dapat diberi penjelasan.

Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah (Hadith2 Sahih) dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui.
Kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini.

Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini.

Oleh itu, hendaklah kita jauhkan dari mempercayai Hadith ini dan berhenti menyebarnya..
Cukuplah bagi kita dengan hadis yang SAHIH dari Rasulullah saw berkenaan menghidupkan malam Ramadhan yang bermaksud : “Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah, maka diampunkan dosa-dosanya yang lalu”. (Al-Bukhari)

Kepada media, Jika hendak mengalakkan umat islam beribadat. Pastikan diambil dari Hadith yg muktabar.

Fadhilat sembahyang Tarawih yang ada disebut dalam hadis-hadis yang terkandung dalam kitab-kitab sunan yang muktabar hanyalah secara umum sahaja tanpa menyebut fadhilat 30 malam Ramadhan itu.

Antaranya ialah hadis yang diriwayatkan daripada abu Hurairah Radhiallahu a’nhu, sabda Rasullullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya: “Sesiapa yang mendirikan sembahyang di bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan (pahala daripada Allah), diampunkan baginya dosa-dosanya yang terdahulu.”
Hadis seumpama ini turut diriwayatkan oleh Muslim, Tirmidzi, abu daud, Imam Ahmad dan lainnya…

Rujukan: Soal Jakim

Jadi, beribadatlah dibulan Ramadhan walaupn ganjaran seperti dlm fadzilat itu tidak benar. Pasti Allah menyediakan ganjaran yg lumayan bagi mereka yang beribadat.
Sekian, Yang Baik dan Buruk utk kita ditentukan oleh Allah.




No comments:

Post a Comment