Pages

Wednesday, August 31, 2011

Tree Top Walk Sungai Sedim

Hari raya kedua aku dan sedara pegi Sg Sedim utk merasa berjalan di 'Tree Top Walk'

Seperti nama yang diberi..bagaikan berjalan dipuncak pokok2 dlm hutan sedim..macam monyet daa..
Tidak digalakkan bg org yang gayat..

Titian 950 meter di Taman Rekreasi Sungai Sedim ini merupakan titian terpanjang di dunia dan 30meter dari tanah. Ianya terletak 30km dari pekan Kulim Kedah.Kalau dari KL gunakan Lebuhraya Utara-Selatan (NSE) dan ambil susur keluar di Seberang Jaya, menuju ke Lebuhraya Butterworth-Kulim (NKE) dan pandu terus menuju ke Mahang.

RM10 dikenakan utk dewasa dan RM6 utk kanak2 bwah 7tahun



















Thursday, August 25, 2011

Ucapan Selamat Hari Raya 2011

Disini saya mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya..
Maaf Zahir Batin..



Tuesday, August 23, 2011

Resipi Bujang - Cekodok Pisang

Sorry la puasa2 ni aku penuhkan blog aku dgn resipi2 bujang ni..
Sekadar berkongsi dibulan ramadhan ni..

Bahan2:
Pisang (berangan/pisang emas/febret aku psang rastali)
Tepung Gandum
Gula
Secubit garam
Minyak masak

Cara2:
1. Sediakan pisang yg ranum..ataupn pisang dibawa belayar.
2. Gaul bersama Tepung + Gula dan secubit garam..masukkan air sedikit..ramas..(utk pompuan klu kasi laki makan pasti lekat rumah laki2 anda itu..)
3. Panaskan minyak..dan goreng..wat jemput2 masuk dlm kuali..kasi jadi bulat2..kalau nk buat bentuk love pn boleh..
4. Dah tukar jadi kaler sedap..angkat dan sediakan..

Selamat mencuba..








Thursday, August 18, 2011

Resipi Bujang - Sotong Goreng Tepung

Sotong goreng tepung adalah resipi yang ringkas dan sedap.
Kalau xmau pakai sotong pn bole digantikan dgn udang..
Cepat dan Sedap. Selamat Mencuba

Bahan2:
Sotong 2-4 ekor
Tepung Gandum
Tepung Beras
Serbuk Kuncit
Serbuk Kari
Garam


Cara2:
1. Rendam Sotong yg dihiris dlm Air Panas/Suam  yg diletak Gula dan Garam
2. Satukan Tepung Gandum + Tepung Beras + Sedikit Serbuk Kunyit + Serbuk Kari + Sedikit Garam
3. Masukkan air perlahan2 dan gaul. Jgn Cair Sgt.
4. Sediakan berasingan Telur yg dipukol
5. Sejat Sotong2 tadi dan masukkan dlm telur..
6. Panaskan Kuali
7. Amik satu2 sotong tadi tu gaul dlm campuran tepung dan Goreng
8. Angkat dan Tos. Siap






Resipi Bujang - Murtabak Megi

Bujang dan meggi mmg tidak bole dipisahkan.
Kalau tak makan megi dlm masa sebulan mmg xsah..melainkan bujang yg pocket lebat
buat bujang yg banyak utang macam aku..meggi adalah alternative terdekat.
Tapi sampai bila nk makan megi kosong berkuah tu je..
Mari kita lainkan menu harian bujang kita dgn menyediakan murtabak megi.

Bahan2:
1pack Meggi
3-4 biji telur
Daging dicincang
bawang kecil yg dihiris
cili yg dihiris
serbuk kari@perencah megi
garam

Cara2:

1. Rendam Megi dlm air panas dh agak kembang tos kan.
2. Pukol telur dan masukkan bawang,daging , sedikit garam dan rencah megi dan pukol lg...
3. Satukan megi dan bahan2 yg dipukol tadi.
4. Goreng aja atas kuali..Siap



Wednesday, July 6, 2011

Saksikan Remaja @ TV9. JUMAAT INI 8 JULY 2011 6:30ptg

Buat Pertama Kalinya Kelab Kereta Lama (KKL) masuk TV.
Video promo dibwah disediakan oleh produksi Remaja @ TV9 tapi tarikh dlm video tersebut silap.
Video ini adalah video sebelom diedit utk promo kat TV9.
Jgn lupa tonton tv9 jumaat ini 630 Ptg!

Tuesday, July 5, 2011

Datsun 510 Shooting dlm Transformers 3



Datsun 510 adalah salah satu model kereta yg terpilih utk digunakan sebagai kereta Hero dlm filem Transformers 3 ini. Sebagai owner Datsun 510 ini juga aku berasa bangga kerana kereta ini diangkat utk digunakan dlm movie ini. Walauapapun peranan kereta ini dlm filem transformers 3. Ribuan taniah kepada director filem ini dan juga crew mereka kerana membuat pilihan kereta yg bijak..ehehehe



















Thursday, June 16, 2011

Majlis Serahan Wang Anak2 Yatim Hulu Langat






Alhamdulillah.
Jumaat, 10 June 2011. Kelab Kereta Lama bersama gabungan Pemilik Nissan Grand Livina telah bersama2 konvoi utk menyerahkan sumbangan kepada Rumah Anak Yatim Hidayah, Madrasah Al-Takwa. Mereka kini ditempatkan sementara dipenempatan YADIM.

Jumlah kutipan dari KKL adalah dianggarkan RM1200.
Berserta Barang2 Belakalan seperti Beras,Gula,Bihun,Tepung.

KKL membatalkan hasrat memberi baju2/pakaian utk anak2 yatim.
Apa yg patut kita belajar.
Hukum menjaga anak2 yatim adalah diwajibkan dlm kaum muslim.
Malah kita mesti mengutamakan kebajikan anak2 yatim ini. Mereka seperti anak2 seluruh kaum islam disekitar mereka. Justeru itu. Kelebihan utk anak2 yatim ini harus diberi.

Misalnya Jika kita tidur tilam 1 inchi. Anak yatim ini harus diberi tidur tilam 2inchi.
dan begitula kita lihat kalau nk memberi bantuan dari segi pakaian, ramai yg nk memberi pakaian terpakai dan tidak mahu digunakan lg.
Selalu pakaian xnak pakai ni org buat kain buruk, xkan kita nk beri kain2 setaraf kain buruk ini kpda anak2 yatim.
Kalau anak kita pn kita beri dgn pakaian baru dan cantik. Begitulah diharuskan utk anak2 yatim.
Semoga ini menjadi pengajaran buat semua.

Tuesday, June 7, 2011

TABUNG Anak Yatim KKL Dilanjutkan


PERHATIAN KEPADA SEMUA KKLians..
KKL akan adakan satu KONVOI ke RUMAH ANAK YATIM ULU LANGAT
Mangsa Tragedi Tanah Runtuh Baru2 ini..

TEMPAT BERKUMPUL: PETRONAS NANDING
HARI: JUMAAT 10 June 2011
JAM : 9 Mlm
Pakaian : Sopan/Berbaju Melayu/Menutup Aurat.

kita akan konvoi bersama Komuniti Pemilik Nissan Grand Livina kerana mereka pun membuat tabung kutipan.
Kita akan serahkan bersama2 dan setelah selesai aktivity penyerahan kita akan terus berTT di area sana bersama.

BAGI SESIAPA YG MAHU MEMBUAT SUMBANGAN. TABUNG MASIH LAGI DIBUKA> http://shuhaizad.blogspot.com/2011/05/sumbangan-ke-tabung-derma-kkl-utk-rumah.html