Pages

Tuesday, July 10, 2012

Sedim 2.0 By KKL

Enjoy the Video..
Nk join Kami?

Friday, July 6, 2012

Iklan Alpinestars Vika

Smart jgak iklan Vika dari Alpinestars ni..





Wednesday, July 4, 2012

Kisah Paypal Error Code #10486

Suatu hari pada hari ini..aku nak membuat payment barang yg dibeli dari ebay.
2 Item nk bayar serentak.. 1st item berjaya bayar dgn tiada masalah..
Time nk bayar 2nd item kluar error code #10486. 2 kali cuba still dapat error yg sama.
Dh clear history tukar browser pun xboleh.
Cari punya cari even error code tu xde list pn dlm paypal error codes list : https://cms.paypal.com/uk/cgi-bin/?cmd=_render-content&content_ID=developer/e_howto_api_nvp_errorcodes

Last2 terima call dari credit card center. Tanya aku ada cuba buat transaction utk bayar ke paypal ke..1 success 2 decline. Seterusnya bertanya kepada aku adakah aku nk proceed dgn payment kedua tu..aku cakap ya silakan..Sejurus selepas itu aku cuba buat sekali lg transaction tiada masalah.

Kisah ini dikongsi pada mereka yg munkin mempunyai masalah yg sama.. try2 xbole2..searching2 mana tau jumpa blog ini..maka inilah sedikit info dari saya..Kalau pihak card credit anda tidak menghubungi anda..sila hubungi mereka sendiri. Nombor call center slalu dibelakang card anda..

Monday, June 25, 2012

Masa untuk Bercucuk Tanam

Weekend baru2 ni mula bercucuk tanam setelah tertangguh sekian lama.
hasrat nk dapat rumah tepi xdapat..dapat lot seken last..
ada tanah pn sekang-kang anak kera disusukan..
Aku mengunakan tanah yg ada utk tanam pokok skit..
Dengan mengunakan kayu buat pagar utk tanah..
Tanam pokok bunga buat permulaan..
Dengan minat yg ada dan sedikit pengalaman menanam waktu main farmville dlu..
Akan bertambah la pokok2 kan rumah aku nanti..
Balik keja ni nk singgah lg kedai pokok2..hehe..







Wednesday, April 18, 2012

MAKLUMAT DARI JPJ 2012

SURAT PEKELILING BAHAGIAN KEJURUTERAAN AUTOMOTIF
Bilangan 1 Tahun 2012

Senarai Lapan (8) Permohonan Teknikal Bahagian Kejuruteraan Automotif Yang Digugurkan

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas

2 Untuk makluman pihak tuan, di bawah Seksyen 12(D) Akta Pengangkutan Jalan 1987 telah menggariskan bahawa pemilik kenderaan memaklumkan kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan sekiranya terdapat perubahan maklumat selepas pendaftaran yang melibatkan berat, dimensi, ciri ciri pembinaan, warna butir butir pengenalan atau tempat duduk. Berdasarkan seksyen ini, Bahagian Kejuruteraan AUtomotif telah melakukan pelbagai transaksi yang melibatkan pengubahsuaian teknikal yang melibatkan identiti dan ciri ciri keselamatan sesebuah kenderaan

3 Namun begitu, bagi tujuan memudahkan orang awam berurusan dengan pihak JPJ, beberapa permohonan teknikal ini AKAN DIGUGURKAN DAN AKAN DIGANTIKAN dengan satu buku garis panduan berkenaan pengubahsuaian kenderaan persendirian. Garis panduan ini penting terutamanya bagi tujuan penguatkuasaan dan akan dikemaskinikan dari semasa ke semasa oleh Bahagian Kejuruteraan Automotif. Senarai permohonan teknikal yang akan digugurkan adalah seperti berikut :

1 Permohonan pemasangan sunroof/moonroof
2 Permohonan bawa tangga/bot/surfboard/basikal
3 Permohonana tukar gear manual / automatik
4 Permohonan memasang kanopi
5 Permohonan memasang kanvas
6 Permohonan menambah aksesori (winch, spotlight, kangaroo bar, snorkel)
7 Permohonan memasang roof-rack (para bumbung)
8 Permohonan membina badan bas baru

4 Sehubungan dengan itu, semua pengubahsuaian kenderaan persendirian yang melibatkan permohonana di atas TIDAK PERLU lagi memohon kelulusan daripada Bahagian Kejuruteraan Automotif dan menjalankan pemeriksaan di PUSPAKOM. Sebarang pertanyaan berkenaan ini boleh dirujuk kepada Bahagian Kejuruteraan Automotif, Ibu Pejabat JPJ.

Sekian, terima kasih

"MESRA, CEKAP, TELUS"

Saya yang menurut perintah

IR HAJI MOHAMAD BIN DALIB

Friday, March 16, 2012

For a Birthday Girl

 Specially for Her Birthday





Saya sayang awak bukan sebab Awak sayang saya..

Saya sayang awak sbb..
Awak xbanyak cerewet bila bersama saya..
Malah awak paham setiap apa yg saya buat dan nak buat..

Awak xkecik hati pun bila awak sorang yg cakap awak sayang saya..
Tapi saya xcakap pun saya sayang awak

Awak xputus asa cakap awak cinta saya
Walaupun saya dah tahu semua itu

Awak xjemu cakap awak rindu saya
Sedangkan saya xbalas pun cakap saya rindu awak

Awak xberhenti2 sms saya
walaupun saya xselalu reply sms awak

Awak tahu tak..
Saya sayang awak sangat2 walau saya tak cakap saya sayang awak
Saya rindu awak hari2 walaupn awk xpernah dagar saya cakap saya rindu awak
Saya ada awak sorang2 je walau awak nampak ramai yang datang

Walaupun awak selalu tertipu dgn sms dari Maxis yg awak ingat sms dari saya
Tapi saya selalu ingat kat awak..sbb awak adalah satu didunia ini..

Saya senyum kat awak..
Saya sayang kat awak..
Saya Rindu kat awak..

Tuesday, March 13, 2012

Najib Bukak Cafe di Penang

Ketika Lalu di Lebuh Bishop Penang ternampak Najib Cafe..
Ini je yg dia mampu miliki ditanah milik kerajaan lain..




Tapi yg tak tahan tu ada seorang apek yg perasan
aku tidak mahukan tangkapi gambar kau lah apek nye pun adoi..


Tuesday, February 21, 2012

TT Combine KKL Utara di Bertam


Mari beramai2 Penuhkan kerusi di TT Combine Utara Kelab Kereta Lama. (KKL)

Tempat : Restoran AZ Idaman,Kiosk Bertam,Kepala Batas..
Masa : 8mlm hingga larut malam.
Tarikh: 25hb Febuari 2012
Topik utama : Karnival KKL 3 dan jerai highland chalenger!!



View Larger Map