Pages

Wednesday, October 5, 2011

Masuk Rumah Baru

Dimulakan dgn

Bismillahirrahmanirrahim

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Dgn langkah kanan aku dh pindah rumah sendiri pada 01 10 11.
Ingat lg x dgn post http://shuhaizad.blogspot.com/2010/06/acara-membeli-rumah.html
Time tu aku booking rumah tu..blan Jun tahun lepas..dapat kunci Jun tahun ini dan sekarang blan Oct 2011 aku dh masuk pn rumah baru ni.
Serba serbi kekurangan..tanpa perabot dan perhiasan..aku secara solo a.k.a bujang akan upgrade skit2 rumah ni.
Seronok bila dapat dok rumah sendiri dan modified ikut cita rasa kita..mcm modified keta jgak..puas bila tgk.
Ini barang2 dari rumah sewa aku..







Fatin yg merasmikan rumah tu..



Tuesday, September 27, 2011

Kutuk Mengutuk dan Menegur

Jika kita lihat dizaman nabi dan khalifah terdahulu. Jika dapat tahu kita dikutuk dan diumpat..mereka akan memberi hadiah dn siap doakan utk orang yg kutuk mereka itu dirahmati Allah SWT.
Mampukah kita buat begitu.. Kalau bole nk g lempang..abis kuat cari geng chatting counter attack kutuk balik.

Sekarang mari kita ubah cara pemikiran kita.. Jika mereka kutuk kita itu tanda prihatin(tgn dibahu mata diatas)..
Tenang, sabar , segera maafkan mereka dan doakan utk mereka..semoga Allah beri kesejahteraan, pedoman dan pengampunan..Lagipun ujian itu taklah seberat kutukan yang nabi pernah terima dahulu kan…

Tradisi kutuk mengutuk ini bukan saja wujud dikalangan kita malah wujud dikalangan para nabi lagi..cuma makin lama tradisi ini makin menular seperti penyakit..Ianya menyerang kaum2 yang leka dan bangsa2 yang selalu salahkan org lain tanpa melihat pada diri sendiri..Maaf jika terlanjur kita perlu terima yang bangsa Melayu paling kuat dlm penyakit ini di negara kita tak kira lelaki ataupun perempuan. Cuma cara mengutuk itu lain. Kaum perempuan akan berusaha menjual cerita utk memburukkan org lain sehingga kalau boleh setiap sudut tempat ingin diberi tahu..Dan kaum lelaki mengutuk sesama sendiri kalau boleh org yang dikutuk tu dapat tahu supaya membakar2 perasaan si penerima kutukan sehingga berlakunya pergaduhan.

Tradisi kutuk mengutuk ini kurang menular dlm kaum lain..ini bole dilihat jika kita berada dikelompok pekerja2 berbilang bangsa dgn jika kita berada di kalangan kelompok pekerja2 yg ramai melayu..mahu xmahu kita perlu terima hakikat yang bangsa kita paling kuat mengata orang..Mungkin kepuasan yang dicari, menegakkan sesuatu dgn cara yang salah , menunding jari kepada org lain atau ini suatu hobi. Kadang2 mengunakan alasan utk menegur tetapi bercerita seluruh pelusuk.

Lebih baik kita guna mulut utk berselawat dari mengunakan nya utk mengumpat.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. "Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad) 

Pahala org yg mengumpat akan ditransfer kepada org yg diumpat, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat.

Bukan nk berlagak pandai..Hanya nk menyampai..
Ijad.

Wednesday, September 21, 2011

MALAYSIA VS JAPAN (FIRST LEG) 21 Sept 2011

Livesteaming malaysia U23 vs Japan U23, 21 september 2011(olympic qualify)

Monday, September 12, 2011

Suitable Rim Color with Black Car

Color yang mana satu suitable utk kereta yang bewarna hitam.. Dalam imaginasi aku yang tak seberapa ni.. Aku nampak ade empat color ni je..

Putih
white

Merah
merah

Gold
gold

Gangsa
bronze

Friday, September 2, 2011

Sticker Oldschool Toyota Japan & Datsun Japan Aug 2011





Datsun Japan
Height 4inchi
RM12


Datsun Japan
Height 4inchi
RM10


Call/Sms Me Ijad 0124641821
Postage/COD

Wednesday, August 31, 2011

Tree Top Walk Sungai Sedim

Hari raya kedua aku dan sedara pegi Sg Sedim utk merasa berjalan di 'Tree Top Walk'

Seperti nama yang diberi..bagaikan berjalan dipuncak pokok2 dlm hutan sedim..macam monyet daa..
Tidak digalakkan bg org yang gayat..

Titian 950 meter di Taman Rekreasi Sungai Sedim ini merupakan titian terpanjang di dunia dan 30meter dari tanah. Ianya terletak 30km dari pekan Kulim Kedah.Kalau dari KL gunakan Lebuhraya Utara-Selatan (NSE) dan ambil susur keluar di Seberang Jaya, menuju ke Lebuhraya Butterworth-Kulim (NKE) dan pandu terus menuju ke Mahang.

RM10 dikenakan utk dewasa dan RM6 utk kanak2 bwah 7tahun



















Thursday, August 25, 2011

Ucapan Selamat Hari Raya 2011

Disini saya mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya..
Maaf Zahir Batin..



Tuesday, August 23, 2011

Resipi Bujang - Cekodok Pisang

Sorry la puasa2 ni aku penuhkan blog aku dgn resipi2 bujang ni..
Sekadar berkongsi dibulan ramadhan ni..

Bahan2:
Pisang (berangan/pisang emas/febret aku psang rastali)
Tepung Gandum
Gula
Secubit garam
Minyak masak

Cara2:
1. Sediakan pisang yg ranum..ataupn pisang dibawa belayar.
2. Gaul bersama Tepung + Gula dan secubit garam..masukkan air sedikit..ramas..(utk pompuan klu kasi laki makan pasti lekat rumah laki2 anda itu..)
3. Panaskan minyak..dan goreng..wat jemput2 masuk dlm kuali..kasi jadi bulat2..kalau nk buat bentuk love pn boleh..
4. Dah tukar jadi kaler sedap..angkat dan sediakan..

Selamat mencuba..