Pages

Tuesday, September 27, 2011

Kutuk Mengutuk dan Menegur

Jika kita lihat dizaman nabi dan khalifah terdahulu. Jika dapat tahu kita dikutuk dan diumpat..mereka akan memberi hadiah dn siap doakan utk orang yg kutuk mereka itu dirahmati Allah SWT.
Mampukah kita buat begitu.. Kalau bole nk g lempang..abis kuat cari geng chatting counter attack kutuk balik.

Sekarang mari kita ubah cara pemikiran kita.. Jika mereka kutuk kita itu tanda prihatin(tgn dibahu mata diatas)..
Tenang, sabar , segera maafkan mereka dan doakan utk mereka..semoga Allah beri kesejahteraan, pedoman dan pengampunan..Lagipun ujian itu taklah seberat kutukan yang nabi pernah terima dahulu kan…

Tradisi kutuk mengutuk ini bukan saja wujud dikalangan kita malah wujud dikalangan para nabi lagi..cuma makin lama tradisi ini makin menular seperti penyakit..Ianya menyerang kaum2 yang leka dan bangsa2 yang selalu salahkan org lain tanpa melihat pada diri sendiri..Maaf jika terlanjur kita perlu terima yang bangsa Melayu paling kuat dlm penyakit ini di negara kita tak kira lelaki ataupun perempuan. Cuma cara mengutuk itu lain. Kaum perempuan akan berusaha menjual cerita utk memburukkan org lain sehingga kalau boleh setiap sudut tempat ingin diberi tahu..Dan kaum lelaki mengutuk sesama sendiri kalau boleh org yang dikutuk tu dapat tahu supaya membakar2 perasaan si penerima kutukan sehingga berlakunya pergaduhan.

Tradisi kutuk mengutuk ini kurang menular dlm kaum lain..ini bole dilihat jika kita berada dikelompok pekerja2 berbilang bangsa dgn jika kita berada di kalangan kelompok pekerja2 yg ramai melayu..mahu xmahu kita perlu terima hakikat yang bangsa kita paling kuat mengata orang..Mungkin kepuasan yang dicari, menegakkan sesuatu dgn cara yang salah , menunding jari kepada org lain atau ini suatu hobi. Kadang2 mengunakan alasan utk menegur tetapi bercerita seluruh pelusuk.

Lebih baik kita guna mulut utk berselawat dari mengunakan nya utk mengumpat.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. "Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad) 

Pahala org yg mengumpat akan ditransfer kepada org yg diumpat, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat.

Bukan nk berlagak pandai..Hanya nk menyampai..
Ijad.

1 comment: