Pages

Tuesday, July 31, 2012

Cerita Balik Kampung naik ER6N 2012 bersama Isteri

PERJALANAN BALIK KAMPUNG


Jumaat, 27 July 2012 bersamaan 8 Ramadhan 1433. Saya dan isteri mengambil keputusan utk pulang ke Kampung Halaman kami di Penang menaiki ER6N yg baru lepas pantang..
Perjalanan dari rumah kami di Pajam ke Bayan Baru memerlukan jarak sejauh 397KM.



Berikut adalah Rangkuman gambar sepanjang perjalanan kami pergi dan pulang.

Jumaat 27/7 6:30pm di depan rumah ku.

Isteri mana? Isteri ni ha tolong bok minyak.Isi mula RM25

1st destinasi Gerak ke RnR Sg Buloh Utk berbuka puasa.

7:05pm Setelah meredah jem kat KL kami sampai ke RnR Jejantas Sg Buloh. Beratur beli berger King dan berbuka kat luaq area parking RnR.


8:15pm bermula perjalanan ke next destinasi RnR Tapah
9:30pm tiba di RnR Tapah..rilex2 sat hilangkan kebas2 badan.

10pm bergerak dari RnR tapah ke next RnR Semanggol
11pm tiba di RnR Semanggol. Mengantuk pulak..lelap kejap.


Isi minyak lg RM25 kat Gunung Semanggol. (penggunaan minyak keseluruhan dianggarkan RM35-40 dari Pajam-Penang)

11:30pm gerak ke destinasi seterusnya.
Akhirnya pkol 12:15am berjaya sampai ke Tol Juru.

Kemudian bergerak ke rumah aku di Bayan Baru.
Pkol 12:40 sampai ke Petronas Bayan Baru.Alhamdulillah.



Sabtu 28 July 2012 , kat Rumah Bayan baru dan balik rumah mertua kat Teluk Kumbar.
tak buat apa sgt cuci moto je dan bwak jalan2 pi tepi laut..





PERJALANAN BALIK PAJAM


Ahad, 29 July 2012 bersamaan 10 Ramadhan 1433. Adalah perjalanan pulang kami dari Bayan Baru ke Pajam.

Keluar rumah pkol 2:40. Sampai atas jambatan 3pm.
Sempat berenti dan amik gambaq dlu..(Peringatan Dilarang berhenti diatas jambatan kecuali kecemasan)
Aku xpa anak penang ada share ngan penang Bridge..hehe.
Sempat lg ushar Z750 lintas kat sebelah..siapalah gerangan ownernya..
 4:30pm kami sampai ke Persinggahan Gua Tempurung. tempat ni best sbb sejuk dan ada air terjun kat blakang dia. Sesuai utk rilekskan badan yg kebas2.


Sejam lebih jugak rileks kat perhentian ni sbb menunggu Ajis dan Azizi datang join perjalanan balik ibu kota ni..Kami cadang nk bukak puasa sekali.
550pm Akhirnya mereka sampai jgak dgn menaiki sebuah Proton Waja.. Aku jadi keliru mana satu Ajis dan mana Azizi..sebab depa ni kembar seiras.

6pm Kami pn memulakan perjalanan ke Restoran jenjantas sg Buloh utk berbuka bersama2.

Berikut adalah beberapa gambar yg sempat diambil dlm perjalanan kami ke RnR sg Buloh.








7:20pm kami tiba di RnR Jejantas sg buloh utk berbuka bersama2.



Selesai solat semua kami pulang ke destinasi masing2.
Aku dan isteri pulang ke rumah dan tiba jam 940pm.

Memang tepat angaran jarak google map dan moto aku..397KM.


Sekian Alhamdulillah. Jumpa lagi dilain destinasi.
Doakan perjalanan kami. Amin..

Wednesday, July 25, 2012

Pengakuan Farid Ismeth Emir Isu Duda Rosmah

Aku rasa punca asal pak Ngah(Farid) dikaitkan dgn rosmah adalah dilaman wiki -rosmah mansor :- http://en.wikipedia.org/wiki/Rosmah_Mansor Pada awalnya tertulis Farid adalah suami kedua rosmah sebelom dato seri najib. Wiki ini adalah open source.. siapa2 bole masukkan dan update info didalamnya. Lalu ada yg mengaitkan farid dgn rosmah. Dan disebabkan sumber utama rujukan org ramai adalah wiki. Popular la cerita Farid adalah duda rosmah. Namun kebenarannya siapa lah tahu. Tak Tumbuh Tak Melata Tak Sungguh Orang Tak Kata. Mengapa pekara ini sudah berbelas tahun. Sehingga kesaat ini hampir dgn pilihanraya muncul pengakuan ini. Adakah pengakuan berbayar..Hanya Allah yg tahu..

Kalau dulu dlm wiki-rosmah tertulis nama Farid under Spouse.


Namun Sekarang Tidak Lagi..

Friday, July 13, 2012

Blog Lelaki Mengamuk di JPM

Lelaki yg ditembak dua das..satu dibwah ari2 satu lg di tgn kanan..


Facebook Beliau




Bila dibaca blog beliau..ada isi..dan ada dalil..apa yg aku tidak setuju cara carian dan maki..dan cara beliau bertindak di penghujung cerita..
Mungkin beliau tidak sanggup lagi menahan perasaan atau segala daya sebelom ini tidak berhasil..belia bertindak sebegitu..

BLOG Beliau: http://www.jayanegara1234.blogspot.com/2012/06/hidup-dan-mati-apa-yang-dipertaruhkan.html#comment-form

Wednesday, July 11, 2012

Yang Ditunggu Sudah Tiba ER6N 2012

3 Bulan tunggu..dari sebelom kawin mengidam...
Dah selesai kawin baru dapat pegang kunci..
Akhirnya dapat jgak..


Mula2 booked WXA510..
Pastu Resit hilang...Terpaksa tunggu WXB510..
walaupn moto dh menunggu kat kedai..



Kini Datsun 510 (Fatin) aku berteman..
ER6N 2012 yg bernombor 510 jgak..hehe


Doakan Aku Ride dlm Selamat..
Amin..

Tuesday, July 10, 2012

Sedim 2.0 By KKL

Enjoy the Video..
Nk join Kami?

Friday, July 6, 2012

Iklan Alpinestars Vika

Smart jgak iklan Vika dari Alpinestars ni..





Wednesday, July 4, 2012

Kisah Paypal Error Code #10486

Suatu hari pada hari ini..aku nak membuat payment barang yg dibeli dari ebay.
2 Item nk bayar serentak.. 1st item berjaya bayar dgn tiada masalah..
Time nk bayar 2nd item kluar error code #10486. 2 kali cuba still dapat error yg sama.
Dh clear history tukar browser pun xboleh.
Cari punya cari even error code tu xde list pn dlm paypal error codes list : https://cms.paypal.com/uk/cgi-bin/?cmd=_render-content&content_ID=developer/e_howto_api_nvp_errorcodes

Last2 terima call dari credit card center. Tanya aku ada cuba buat transaction utk bayar ke paypal ke..1 success 2 decline. Seterusnya bertanya kepada aku adakah aku nk proceed dgn payment kedua tu..aku cakap ya silakan..Sejurus selepas itu aku cuba buat sekali lg transaction tiada masalah.

Kisah ini dikongsi pada mereka yg munkin mempunyai masalah yg sama.. try2 xbole2..searching2 mana tau jumpa blog ini..maka inilah sedikit info dari saya..Kalau pihak card credit anda tidak menghubungi anda..sila hubungi mereka sendiri. Nombor call center slalu dibelakang card anda..

Monday, June 25, 2012

Masa untuk Bercucuk Tanam

Weekend baru2 ni mula bercucuk tanam setelah tertangguh sekian lama.
hasrat nk dapat rumah tepi xdapat..dapat lot seken last..
ada tanah pn sekang-kang anak kera disusukan..
Aku mengunakan tanah yg ada utk tanam pokok skit..
Dengan mengunakan kayu buat pagar utk tanah..
Tanam pokok bunga buat permulaan..
Dengan minat yg ada dan sedikit pengalaman menanam waktu main farmville dlu..
Akan bertambah la pokok2 kan rumah aku nanti..
Balik keja ni nk singgah lg kedai pokok2..hehe..







Wednesday, April 18, 2012

MAKLUMAT DARI JPJ 2012

SURAT PEKELILING BAHAGIAN KEJURUTERAAN AUTOMOTIF
Bilangan 1 Tahun 2012

Senarai Lapan (8) Permohonan Teknikal Bahagian Kejuruteraan Automotif Yang Digugurkan

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas

2 Untuk makluman pihak tuan, di bawah Seksyen 12(D) Akta Pengangkutan Jalan 1987 telah menggariskan bahawa pemilik kenderaan memaklumkan kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan sekiranya terdapat perubahan maklumat selepas pendaftaran yang melibatkan berat, dimensi, ciri ciri pembinaan, warna butir butir pengenalan atau tempat duduk. Berdasarkan seksyen ini, Bahagian Kejuruteraan AUtomotif telah melakukan pelbagai transaksi yang melibatkan pengubahsuaian teknikal yang melibatkan identiti dan ciri ciri keselamatan sesebuah kenderaan

3 Namun begitu, bagi tujuan memudahkan orang awam berurusan dengan pihak JPJ, beberapa permohonan teknikal ini AKAN DIGUGURKAN DAN AKAN DIGANTIKAN dengan satu buku garis panduan berkenaan pengubahsuaian kenderaan persendirian. Garis panduan ini penting terutamanya bagi tujuan penguatkuasaan dan akan dikemaskinikan dari semasa ke semasa oleh Bahagian Kejuruteraan Automotif. Senarai permohonan teknikal yang akan digugurkan adalah seperti berikut :

1 Permohonan pemasangan sunroof/moonroof
2 Permohonan bawa tangga/bot/surfboard/basikal
3 Permohonana tukar gear manual / automatik
4 Permohonan memasang kanopi
5 Permohonan memasang kanvas
6 Permohonan menambah aksesori (winch, spotlight, kangaroo bar, snorkel)
7 Permohonan memasang roof-rack (para bumbung)
8 Permohonan membina badan bas baru

4 Sehubungan dengan itu, semua pengubahsuaian kenderaan persendirian yang melibatkan permohonana di atas TIDAK PERLU lagi memohon kelulusan daripada Bahagian Kejuruteraan Automotif dan menjalankan pemeriksaan di PUSPAKOM. Sebarang pertanyaan berkenaan ini boleh dirujuk kepada Bahagian Kejuruteraan Automotif, Ibu Pejabat JPJ.

Sekian, terima kasih

"MESRA, CEKAP, TELUS"

Saya yang menurut perintah

IR HAJI MOHAMAD BIN DALIB