Thursday, September 6, 2012
T Shirt KKL GOLD KILAT
Design Tshirt Ini pernah dikeluarkan pada 2010. Namun Kini diberi nafas baru dgn Color Gold Reflect bila terkena cahaya..
Price: RM30
Post +RM5
Siapa Berminat contact sms Ijad 0124641821
Wednesday, September 5, 2012
Iklan Kereta Dulu Bersama Artis Malaysia
Datsun Pulsar - Mazuin Hamzah (1982)
Kereta berjenama Datsun pernah menjadi kereta pilihan ramai rakyat Malaysia sebelum kewujudan jenama tempatan Proton Saga pada 1985. Datsun diiklankan sebagai kereta "ekonomi" yang "menjimatkan". Penyanyi Mazuin Hamzah telah dipilih menjadi model bagi mempromosikan kereta Datsun Pulsar E-Type 1300 yang dipasarkan pada 1982. Mazuin telah dikenali dalam dunia hiburan sejak beliau kecil lagi apabila tampil merakamkan album bersama abangnya, Mazlan Hamzah pada sekitar pertengahan 1970-an. Mereka berdua kemudiannya menjadi popular sejak muncul dalam sebuah kumpulan muzik bernama Quinary M pada awal 1980-an. Sebelum itu Mazuin juga pernah berlakon dalam filem Ceritaku Ceritamu pada 1979. Dalam iklan kereta Datsun di atas, kelihatan Mazuin sedang melambaikan tangannya, mungkinkah beliau berkata "Hai! Belilah kereta Datsun!!"?
Nissan Stanza - Noreen Noor (1983)
Sekiranya pada 1982 penyanyi pop Mazuin Hamzah terpilih untuk mengiklankan kereta Datsun Pulsar, pada tahun berikutnya pelakon terkenal Noreen Noor pula terpilih untuk mengiklankan sebuah lagi jenama kereta. Nissan Stanza 1600 dikatakan sebagai "kereta masa depan" dengan ciri seperti "kotak gear 5 kelajuan yang comel" dan sebagainya. Sebelum terkenal melalui filem Talak pada 1984, Noreen merupakan seorang penyanyi, tetapi agak kurang terkenal. Dalam tahun 1983 juga Noreen telah mengeluarkan sebuah album berjudul Kepastian di mana syarikat pengedar kereta Tan Chong & Sons turut terlibat dalam merekabentuk kulit album itu yang menampilkan gambar Noreen melentikkan badannya di sisi sebuah kereta.
Monday, September 3, 2012
Taman Tema Mimaland (1971-1994)
Menonton Gila2 remaja pada hujung minggu lalu menarik minat aku utk mengetahui lebih lanjut tentang Mimaland Malaysia yg pernah popular pada era 80-an.
Cerita mengenai Mimaland. Nama Mimaland yang agak unik itu sebenarnya adalah singkatan daripada gabungan perkataan Malaysia In Miniature Land. Ia dibina di sebuah kawasan berbukit seluas 300 ekar di Ulu Gombak tidak jauh dari Kuala Lumpur.
Fasa pertama Mimaland yang siap dalam tahun 1970-an mengandungi 24 buah motel dan 5 buah chalet serta sebuah kolam renang. Antara tarikan utama Mimaland pada peringkat awalnya ialah 'taman haiwan prasejarah' yang mengandungi binaan model-model dinosaur bersaiz besar yang begitu mengagumkan para pengunjung ketika itu. Beberapa buah filem tempatan pernah membuat penggambaran di situ.Pada 1984 Mimaland memperkenalkan pula satu lagi tarikan terbarunya iaitu kolam renang yang dikatakan terbesar di Asia Tenggara, dan semestinya papan luncur air gergasi yang sangat tinggi yang begitu digemari oleh ramai pengunjung. Selain itu Mimaland juga mempunyai beberapa lagi bahagian lain, antaranya ialah sebuah tasik untuk aktiviti bersampan dan memancing, kawasan 'giant maze', serta kawasan untuk merentas rimba.
Ticket:
TRAGEDI
Sebelum Kejadian tanah runtuh
Selepas kejadian Tanah Runtuh
Pihak pengurusan Mimaland kemudiannya telah diseret ke mahkamah oleh beberapa pihak termasuk agensi kerajaan di atas beberapa dakwaan kesalahan, antaranya ialah kelemahan dalam kawalan keselamatan, serta menjadi punca kepada beberapa masalah alam sekitar. Sepanjang pendakwaan kes tersebut pihak mahkamah telah menghalang Mimaland daripada meneruskan operasinya. Akibat tidak dapat lagi bertahan tanpa beroperasi, Mimaland akhirnya terpaksa menutup terus pintunya buat selama-lamanya pada 1994. Kesan peninggalan Mimaland masih wujud hingga kini.
PENINGGALAN
MAP:
PINTU MASUK:
BUMPER CAR:
BUS STOP: Yang dulunya penuh dgn pengunjung.
TASIK:
Van Mimaland:
BASIKAL AIR:
INFO TAMBAHAN:
Info tambahan :
- Mimaland juga pernah dijadikan lokasi pengambaran filemTuan Besar (1980), Mekanik (1983), Gila-gila Remaja (1986), dan Tempo 88 (1987)
- Mimaland adalah dibawah pentadbiran Magnum Cooperation
- Genting sehingga kini berhasrat untuk membeli kawasan Mimaland tetapi tidak mahu dijual nya oleh Magnum.
- Pihak Magnum masih lagi menjaga Mimaland sebagai satu property mereka kerana 4 pengawal telah diletakkan untuk mengawal 24 jam dan dibekalkan dgn 4 ekor anjing pemburu.
- Tempat peninggalan Mimaland tidak mustahil menjadi tempat penginapan Jin2 kerana tempatnya yg pernah menjadi tempat popular dan ditinggalkan. Ditambah pula tempat yang pernah meragut nyawa.
- Pagar telah didirikan kerana untuk mengelakkan org awam mencerobohi kawasan mereka. Kerana mereka tidak mahu cerita-cerita negatif tentang Mimaland dibawa dari mulut ke mulut.
- Ramai pihak yg terkena tempias dari kesan penutupan Mimaland terutama penduduk setempat.
- Jika Mimaland wujud sehingga kini Sunway Lagoon pn kalah.
Sunday, August 26, 2012
T Shirt Datsun 510 BRE
FRONT
BACK
PRICE = RM30
POST = RM5
SIZE AVAILABLE :
(Update 26 Aug 2012)
2XL = 3
XL = 2
L = 3
M = 3
S = 4
XS = 1
Contact Ijad = 0124641821
Friday, August 24, 2012
Sticker Official KKL
Kepada yg berminat bole sms Ijad: 012 4641821
Harga seperti yg tertera.
Sila nyatakan jenis sticker yg anda inginkan.
Thursday, August 16, 2012
Kelab Kereta Lama (KKL) Dalam Remaja TV9
Rancangan ini disiarkan di TV9 pada 8 JULY 2011.
Dalam Keadaan baru baik demam aku diinterview. So tak kluar banyak info sgt.
Nway Thanks remaja kerana sudi meninterview KKL.
untuk join KKL layari: www.keretalama.com
Dalam Keadaan baru baik demam aku diinterview. So tak kluar banyak info sgt.
Nway Thanks remaja kerana sudi meninterview KKL.
untuk join KKL layari: www.keretalama.com
Penjagaan Kereta Lama di MHI TV3
Pagi Selasa 14hb Aug 2012. Wakil MHI dari TV3 menelefon aku utk ditemuramah mengenai penjagaan dan pesediaan kereta lama utk balik beraya. Aku dioffice dan tak available. Datang office pun aku naik moto..
Aku cuba contact otai2 KKL contohnya seperti chef, syuk, safri dll semua xavailable..semua tgh bz abiskan kerja sebelum raya.
Terlintas difikiran utk mewakilkan basir. dia pn keja pomen dan mesti bole diinterview. Terus call dia suruh jadi wakil..dia pulak malu dan pass kat abang dia Hafiz. Mula2 nk guna kereta 910 basir utk MHI tu. Tapi TV3 cakap keta tu dh tak standard. Jadi terpaksa la import kereta Mamat. Hafiz plak wakil belakon sbagai owner kereta tu..hehe..Nice acting anyway.
Video dibawah aku record melalui camera aku ja. Pada sesiapa yg xsempat nk tgok. Bole la Tgok video tersebut.
Aku cuba contact otai2 KKL contohnya seperti chef, syuk, safri dll semua xavailable..semua tgh bz abiskan kerja sebelum raya.
Terlintas difikiran utk mewakilkan basir. dia pn keja pomen dan mesti bole diinterview. Terus call dia suruh jadi wakil..dia pulak malu dan pass kat abang dia Hafiz. Mula2 nk guna kereta 910 basir utk MHI tu. Tapi TV3 cakap keta tu dh tak standard. Jadi terpaksa la import kereta Mamat. Hafiz plak wakil belakon sbagai owner kereta tu..hehe..Nice acting anyway.
Video dibawah aku record melalui camera aku ja. Pada sesiapa yg xsempat nk tgok. Bole la Tgok video tersebut.
Monday, August 13, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)
























