Pages

Wednesday, June 9, 2010

Raja Seluar Dalam Wanita Di Cekup



Lagi Berita Pelik aku terbaca harini..berkenaan raja seluar dalam wanita dicekup..apa yg menariknya disini..asas polis mengeledah rumah beliau adalah nk cari dadah. sbb org ni penagih dadah.
org ini juga memiliki hobi seperti org lain..
org lain kumpul setem kumpul, syiling lama, kumpul kasut la ape..die ni kumpul seluar dalam wanita. kalau nk kumpul tu kumpul je la..tp die suke kumpul yg second hand punye..so kena la mencuri seluar dalam org..entah sape2 punya seluar dalam die curi.
sudah la mencuri..dipakai nya plak..so klu nk curi kena test ukur kat leher dlu sbb nk tgk saiz..
klu saiz mengena..sapu laa..
disini ada dua kemungkinan..

1. mungkinkah die ni xde duit sbb die penagih lalu curi seluar dlm utk dipakai,tetapi kenapa seluar dlm wanita je? mungkin sbb die ni dua alam..nk jadi pompuan..
2. atau dia ni mmg mempunyai hobi kumpul seluar dalam wanita instead of mengumpul setem..

Orang sibuk nk jadi Raja Lawak..die sibuk nk jadi Raja Spenda

Baca lah berita kat bawah ni..
Tu polis tu siap mintak org ramai yg kehilangan spenda g report kat balai..
korang ade hilang ke? cuba kira balik..
klu ada hilang..
pegi ke balai lalu cakap : "Encik..saya ada hilang seluar dalam..nk buat report ni"



http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Rajaseluardalamdicekup/Article

Oleh Hadzlan Hassan
Harian Metro
2010/06/09
KUALA TERENGGANU: Serbuan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Marang ke sebuah rumah di Kampung Rawai, Alor Limbat, Marang, untuk memberkas pengedar dadah membawa penemuan mengejutkan apabila bukan dadah yang ditemui, sebaliknya kira-kira 400 seluar dan baju dalam wanita terpakai. Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi kelmarin itu, polis yang menyerbu rumah itu untuk urusan pertuduhan kes dadah menahan seorang lelaki berusia 39 tahun yang bertugas sebagai pembantu kesihatan awam. Difahamkan, suspek yang pernah bertugas di Dungun dan Marang sebelum ini didapati dua kali positif ujian dadah jenis methamphetamine, malah ketika serbuan dan pemeriksaan di rumahnya, lelaki itu didapati memakai seluar dalam wanita. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Terengganu, Superintendan Roslan Abd Wahid berkata, lelaki itu mengaku mencuri semua pakaian dalam berkenaan daripada ampaian rumah penduduk sekitar Marang dan Dungun. Menurutnya, ‘raja seluar dalam’ itu penagih pil kuda dan gemar memakai pakaian dalam wanita sejak di bangku sekolah menengah, malah dikatakan mempunyai minat pelik dengan mengumpul pelbagai jenis pakaian dalam wanita. “Dia pernah bertugas di Dungun dan Marang mengaku mengumpul semua 400 pakaian terpakai itu sejak tahun lalu ketika berkhidmat di kedua-dua daerah berkenaan,” katanya. Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai khususnya wanita yang tinggal sekitar dua daerah berkenaan yang mungkin kehilangan pakaian dalam supaya segera membuat laporan polis bagi memudahkan siasatan. “Kami sedang bekerjasama dengan Bahagian Siasatan Jenayah di kedua-dua daerah berkenaan untuk mengesan kemungkinan terdapat mangsa yang membuat laporan berhubung kehilangan pakaian berkenaan,” katanya. Sementara itu, dalam operasi sama kira-kira jam 5.30 pagi semalam, polis menahan empat individu termasuk seorang wanita berusia antara 19 hingga 23 tahun di sebuah rumah di Alor Limbat, Marang. Penahanan dibuat selepas polis menemui 60 pil kuda bernilai RM2,400 daripada kumpulan berkenaan dan mereka kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun jika sabit kesalahan.

3 comments:

  1. polis tu senyum2 semacam..nk try gak ke ape? atau dah cilok sehelai senyap2 tu?
    'pandai' betul polis2 ni nk suruh org gi wat report.bertuah la cik abg oiii..ape igt ade ke org nk dtg balai gtau suar dlm depa ilang n wat kawat cam suar dalam mana satu diorg punya yg ilang tu??
    kaum2 wanita tu pun..malu2 la sikit..agak2 la sikit nk jemur tu..cari port2 baek punya...yg kene matahari tapi masyarakat tak nmpk jelas. ini tak 1km dah nmpk suar dlm depa. tu kat kg.kat kl lak ada yg pandai hang kat hanger gantung kat tingkap. rumah dah la tepi jln..agak2 la..kalo dah tau 'terpakai' dah tu agak2 la..isk3...wanita kene ada 'malu' sikit. baru la betul...

    ReplyDelete
  2. hahaha..pegi balai polis pilih mana satu aku punya ni.."haa..ni saya punya incik"
    yela atie, kena la jemur kat bwah matahari..nnti bau kepam klu jemur kat dalam..

    ReplyDelete
  3. gamba seluar dalam yg depan tuh cam saiz aku jek.. lol..

    ReplyDelete