Setiap kerja memerlukan fokus dan tumpuan yang begitu tinggi.
Tahap fokus kerja akan menentukan tahap penghasilan kerja.
Tinggi nya fokus akan menjamin tingginya hasil kerja kita.
Aku yang sedang cuba utk fokus dlm membuat kerja ini telah menyenaraikan beberapa Cara untuk fokus dalam kerja.
Semoga cara yang aku tulis ini dgn scara tidak langsung menjadi panduan utk diri aku sendiri.
10 Cara untuk fokus dlm membuat kerja:
1. Menjauhkan diri dari pengunaan internet yang tidak kena mengena dgn kerja
-seperti aku ni..ape yg aku tgh buat ni? blogger..facebook..forum..hentikan yer..fokus-fokus..
2. Berehat dgn cukup di waktu tidak bekerja.
-balik rumah lepas kerja rehat dan jgn main game,tenet,sibok nak masak..lepak luar
-tido awal
-research mengatakan baca buku or tgk tv pon guna otak..so ape yg perlu buat supaya xguna otak..tido je
3. Makan dgn cukup
-makan breakfast sebelom buat keje, tp jgn bantai nasik beriani plak..nanti keja xsiap..nk tido je
4. Workout n senaman
-Pagi2 sebelom dtg kerja buat light workout supaya badan dn otak ready nk buat kerja
5. Abaikan call/sms yg boleh menganggu fokus
-abaikan call dari credit card agent atau bank
-abaikan sms awek merengget dan xpaham org nk keja
-abaikan call dari awek yg nk ngorat kite
-jgn abaikan sms/call dari boss plak
6. Ketepikan hal peribadi
-anggap diri kita seperti org lain jika didlam office.
-meskipon anda mempunyai masalah yg bertimbun diluar sana. dlam office anda bukanlah org yg mempunyai masalah itu..masalah itu milik anda semasa diluar kerja shja.
7. Mandi
-dan xlupa juga anda perlu mandi..kalau xmandi bukan anda je xleh buat kerja, org sebelah turut mendapat tempiasnya
8. Buat satu task dlm satu waktu
-ini lah kunci fokus sebenarnya. ramai org nk buat semua kerja dlm satu waktu. mcmana nk fokus.
9. Sediakan timeline dan timesheet
-setiap kerja yg nk fokus memerlukan plan iatu timeline
-nk fokus kepada next task memerlukan timesheet supaya kita keep trak apa yg sudah dilakukan dan apa yg belom
10. Supplement
-ambillah suppliment seperti Bcomplex supaya menjadikan minda kita ini cerdas dan tubuh yg ready utk membuat apa.
Setakat ini dulu tips yang aku ada utk fokus dalam kerja.
kalau anda mempunyai tips2 tambahan sila sumbangkan.
apa yang anda sedang buat sekarang?
internet? stop! kalau ada kerja yang pending..tp xpe klu nk layari blog aku ni..
boleh release otak utk fokus dlm kerja seterusnya..
No comments:
Post a Comment