Pages

Tuesday, July 31, 2012

Cerita Balik Kampung naik ER6N 2012 bersama Isteri

PERJALANAN BALIK KAMPUNG


Jumaat, 27 July 2012 bersamaan 8 Ramadhan 1433. Saya dan isteri mengambil keputusan utk pulang ke Kampung Halaman kami di Penang menaiki ER6N yg baru lepas pantang..
Perjalanan dari rumah kami di Pajam ke Bayan Baru memerlukan jarak sejauh 397KM.



Berikut adalah Rangkuman gambar sepanjang perjalanan kami pergi dan pulang.

Jumaat 27/7 6:30pm di depan rumah ku.

Isteri mana? Isteri ni ha tolong bok minyak.Isi mula RM25

1st destinasi Gerak ke RnR Sg Buloh Utk berbuka puasa.

7:05pm Setelah meredah jem kat KL kami sampai ke RnR Jejantas Sg Buloh. Beratur beli berger King dan berbuka kat luaq area parking RnR.


8:15pm bermula perjalanan ke next destinasi RnR Tapah
9:30pm tiba di RnR Tapah..rilex2 sat hilangkan kebas2 badan.

10pm bergerak dari RnR tapah ke next RnR Semanggol
11pm tiba di RnR Semanggol. Mengantuk pulak..lelap kejap.


Isi minyak lg RM25 kat Gunung Semanggol. (penggunaan minyak keseluruhan dianggarkan RM35-40 dari Pajam-Penang)

11:30pm gerak ke destinasi seterusnya.
Akhirnya pkol 12:15am berjaya sampai ke Tol Juru.

Kemudian bergerak ke rumah aku di Bayan Baru.
Pkol 12:40 sampai ke Petronas Bayan Baru.Alhamdulillah.



Sabtu 28 July 2012 , kat Rumah Bayan baru dan balik rumah mertua kat Teluk Kumbar.
tak buat apa sgt cuci moto je dan bwak jalan2 pi tepi laut..





PERJALANAN BALIK PAJAM


Ahad, 29 July 2012 bersamaan 10 Ramadhan 1433. Adalah perjalanan pulang kami dari Bayan Baru ke Pajam.

Keluar rumah pkol 2:40. Sampai atas jambatan 3pm.
Sempat berenti dan amik gambaq dlu..(Peringatan Dilarang berhenti diatas jambatan kecuali kecemasan)
Aku xpa anak penang ada share ngan penang Bridge..hehe.
Sempat lg ushar Z750 lintas kat sebelah..siapalah gerangan ownernya..
 4:30pm kami sampai ke Persinggahan Gua Tempurung. tempat ni best sbb sejuk dan ada air terjun kat blakang dia. Sesuai utk rilekskan badan yg kebas2.


Sejam lebih jugak rileks kat perhentian ni sbb menunggu Ajis dan Azizi datang join perjalanan balik ibu kota ni..Kami cadang nk bukak puasa sekali.
550pm Akhirnya mereka sampai jgak dgn menaiki sebuah Proton Waja.. Aku jadi keliru mana satu Ajis dan mana Azizi..sebab depa ni kembar seiras.

6pm Kami pn memulakan perjalanan ke Restoran jenjantas sg Buloh utk berbuka bersama2.

Berikut adalah beberapa gambar yg sempat diambil dlm perjalanan kami ke RnR sg Buloh.








7:20pm kami tiba di RnR Jejantas sg buloh utk berbuka bersama2.



Selesai solat semua kami pulang ke destinasi masing2.
Aku dan isteri pulang ke rumah dan tiba jam 940pm.

Memang tepat angaran jarak google map dan moto aku..397KM.


Sekian Alhamdulillah. Jumpa lagi dilain destinasi.
Doakan perjalanan kami. Amin..

9 comments:

  1. Tahniah..mesti seronok dengan pengalaman baru... B-)

    ReplyDelete
  2. salam,
    ok ka ER6N tu ? duk pikiaq nk sambaq gak since budget tak cukup nk sambaq z750.. so nk tanya pendapat abang er6n 2012 tu pueh hati ka? terima kasih..

    ReplyDelete
  3. salam,
    ok ka ER6N tu ? duk pikiaq nk sambaq gak since budget tak cukup nk sambaq z750.. so nk tanya pendapat abang er6n 2012 tu pueh hati ka? terima kasih..

    ReplyDelete
  4. Setakat ini ER6 ni tidak mendatangkan apa2 masalah lg bg saya..
    kalau en Azmir ada budget lebih xperlu amik Z750..terus upgrade ke Z800 sbb lg murah dari Z7.

    ReplyDelete
  5. salam.. nak tny bpe lju bawak moto tu... murah minyak kalo rm40 je..

    ReplyDelete
  6. azmir: salam. saya pemilik er6n 2012. setakat ini minyak kira2 17km seliter. saya selalu berulang alik ke Ipoh, Seremban, Kuala Lumpur.saya menggunakan er6 setiap hari pergi tempat keje. kalau kita speed 130km keatas minyak sudah tidak jimat lagi. handling ok.pickup ok. konering ikut hati. saya barupakai selama kira2 5 bulan, jarakperjalanana sudah menjangkau 20 000 km. kalau nak beli sediakan duit untuk motor ni (beku) dalam rm 2 - 3 ribu. alat ganti mahal.

    tukar minyakitam setiap 3- 3.5 ribu km sebanyak RM 154.00. tayar kira2 rm 540.00 ( yang murah). rantai dalam 400 hengget. saya sebulan lebih sikit ganti minyak itam. setakat ini dulu Tel saya:0194215774 - khirel

    ReplyDelete
  7. Teluk Intan ke Seremban sejauh 250km- minyak sebanyak RM 30.00.

    ReplyDelete
  8. zaini: salam....saya juga pemilik er6 2012 dh 7 bln...saya setuju dgn en.azmir tu mmg betul semua harga servis yg telah saya buat di kuantan...jumlah sama di sini..setiap minggu beulang alik ke besut,trg...minyak itam pakai 15w50 motul..

    ReplyDelete
  9. masih pakai lagi ke ER6N nie? sy baru nak angkat...Dengarnya ER6N tiada keluaran lagi....

    ReplyDelete