Pages

Monday, April 26, 2010

Fatwa Dr Yusuf Qardhawi Berkenaan Surat berantai


Assalamualaikum wbt.
Sudah tiba masanya untuk menghentikan penyebaran surat berantai ini akibat kejahilan umat Islam.
Sila forwardkan kepada mereka2 yang telah forwardkan surat berantai ini kepada anda. Saya pon baru terima melalui FB dan menarik minat untuk mengupas perkara ini..
Kepercayaan kepada surat berantai ini boleh menjejaskan aqidah anda!!
Berikut terjemahan fatwa syeikh yusuf al qaradhawi tentangnya.
wallahua'lam,

Fatwa Dr Yusuf Qardhawi Berkenanaan Surat berantai :
Surat berantai (wasiat Syeikh Ahmad adalah palsu) Penterjemah: zain y.s
[note: Berikut ini adalah terjemahan fatwa Dr. Yusof al-Qardhawi mengenai masalah surat berantai yg mengandungi wasiat Syeikh Ahmad. Sumber asal terjemahan ini akan disebutkan pada akhir fatwa ini. Diharap fatwa ini disebarkan kepada seluruh umat Islam terutama di senarai mail, atau diterbitkan di laman-laman web.]

Soalan: Suatu ketika saya menerima sepucuk surat yang isinya membingungkan saya. Saya memohon jasa baik ustaz untuk memberi penjelasan tentang isikandungan surat berkenaan apakan benar ataupun dusta.
Di dalamnya terkandung wasiat Syeikh Ahmad pemegang kunci makam Rasulullah s.a.w. yg ditujukan kepd seluruh kaum muslimin timur dan barat.
Wasiat berkenaan mengandungi beberapa nasihat. Dan pada akhir surat berkenaan ada disebut: "Di Bombay terdapat seorang yang membuat salinan wasiat ini dan dibahagikan/dikirimkan kepada 30 orang. Dan kemudian Allah mengurniakannya sejumlah wang 25,000.00 Rp. Terdapat juga orang yang berbuat hal yg sama, dan Allah mengurniakannya sebanyak 6000.00 rp.
Sebaliknya, ada orang yg tidak percaya akan wasiat ini, lalu dia kehilangan (kematian) anaknya pada hari itu juga. Surat berkenaan mengatakan juga, sesiapa yang menerima surat ini dan membacanya, kemudian tidak menyebarkannya kepada orang lain, dia akan ditimpa musibah besar. Apakah pandangan ustaz mengenai masalah ini... Apakah ia benar atau dusta?

Jawab: Memang ramai yang bertanya kepada saya mengenai wasiat berkenaan. Pada hakikatnya, surat wasiat berkenaan bukanlah wujud sehari dua ini, malah saya telahpun melihatnya sejak puluhan tahun yang lalu. Surat berkenaan dinisbahkan kepada seorang lelaki terkenal yang digelar Syeikh Ahmad, pemegang kunci makam Rasulullah s.a.w. Untuk memastikan kebenaran hal ini, saya pernah bertanya kepada orang- orang di Madinah dan Hijaz. Saya mencari maklumat tentang orang yang disebut sbg Syeikh Ahmad ini, serta kegiatan apakah yg dilakukannya. Namun, dari maklumat yang saya terima, tidak seorangpun dari mereka yang pernah melihat atau mendengar tentang Syeikh Ahmad. Dan, amat disayangkan sekali kerana surat wasiat berkenaan telah tersebar ke serata negara2 umat Islam.
Wasiat berkenaan dan apa sahaja yg terkandung di dalamnya samasekali tidak mempunyai nilai dan ertinya di dalam agama. Di antara kandungan wasiat berkenaan ialah fakta yg diperolehi olehSyeikh Ahmad melalui mimpi. Fakta berkenaan bila dilihat, memang tak perlu kepada mimpi untuk mengetahui kebenarannya. Syeikh Ahmad mendakwa telah bermimpi bertemu dgn Rasulullah s.a.w. Antara perkara yg diperolehi melalui mimpi berkenaan ialah hari kiamat sudah hampir. Malah lebih hampir dari dua hujung busur panah. Fakta ini tidak perlu kepada mimpi, samada mimpi Syeikh Ahmad atau Syeikh Umar.
Kerana al-Quran telah menjelaskannya: "..Barangkali hari kebangkitan itu sudah hampir waktunya" (al-Ahzab:63) Terdapat juga di dalam hadis Rasulullah s.a.w.: "Aku dan hari kiamat diutus seperti ini.." (sambil memberi isyarat dengan jari telunjuk dan jari tengah - menunjukkan kiamat sudah hampir) Muttafaq alaih, dari Anas dan Sahl bin Sa'ad. Antara isikandungan wasiat berkenaan ialah, bahawa kaum wanita sekarang sudah ramai yang keluar dari rumah serta ramai yg tidak berpegang kepada agama. Hal ini juga sebenarnya tidak perlu kepada sumber mimpi, kerana kita sudah mempunyai kitabullah dan sunah Rasulullah s.a.w. Ia sudah memadai utk dijadikan pedoman.
Firman Allah: "Pada hari ini Kusempurnakan utkmu agamamu, dan Ku cukupkan nikmatKu ke atasmu, dan telah Ku redhai islam itu sebagai agamamu.." (al-Maidah:3) Mereka yg telah menganggap bahawa agama Islam itu telah disempurnakan Allah, namun masih memerlukan penjelasan/hujah/keterangan dari wasiat orang yg tidak dikenali ini, bermakna dia telah meragui akan kesempurnaan Islam.
Islam telahpun lengkap dan sempurna, ia tidak memerlukan kepada satu wasiat apa. Beberapa kandungannya jelas memperlihatkan kebohongan dan kepalsuan wasiat berkenaan. Kerana penulisnya mengancam umat Islam dan menakut- nakutkan mereka, seandainya ia tidak disebarkan maka musibah akan datang menimpa mereka, anak mereka akan mati dan harta mereka akan habis. Hal-hal semacam ini tidak pernah dikatakan oleh manusia yg betul otaknya terhadap kitab Allah dan sunah rasulNya. Tidak terdapat perintah bahawa orang yang membaca al-Quran hendaklah menulisnya (menyalinnya kembali) kemudian mestilah disebarkan.
Dan lagi, tidak ada juga perintah bahawa sesiapa yg membaca kitab sahih al-Bukhari hendaklah menulisnya semula dan kemudian wajib disebarkan..Jika tidak musibah akan menimpanya.. Sedangkan terhadap al-Quran tidak ada perintah begitu, apatah lagi wasiat palsu ini. Seorang muslim yg baik kefahaman Islamnya sudah tentu tidak akan mempercayai isikandungan wasiat berkenaan.
Terdapat juga di dalam wasiat palsu berkenaan bahawa si fulan dari sebuah negara tertentu telah menyebarkan wasiat ini dan kemudian telah dikurniakan rezeki sebanyak berpuluh-puluh ribu rp. Semua ini sesat dan khurafat yang dapat membawa orang Islam ke jalan yang tidak benar. Ia juga membawa manusia lari dari mengikut sunnah dan peraturan alam ini. Untuk mendapatkan rezeki, ada sebab musabab dan jalannya. Manakala pegangan bahawa rezeki itu diperolehi bersandarkan kepada perkara2 khayalan dan khurafat seperti ini adalah satu usaha utk menyesatkan dan menyelewengkan akan fikiran umat Islam.
Kita hendaklah menjaga orang Islam lain agar tidak mempercayai kepada khurafat seperti ini. Agar mereka tidak beranggapan bahawa menyebarluaskan wasiat ini akan mendapat syafaat dari nabi s.a.w. spt yg didakwa oleh pembuat wasiat ini.
Memang syafaat nabi s.a.w. ada terhadap umatnya yg pernah melakukan dosa besar. Ia ada disebutkan di dalam hadis sahih: "Orang yg paling bahagia yg akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat ialah orang yg telah mengikrarkan La ilaha illallah dengan penuh ketulusan dari lubuk hatinya. Kami memohon kepada Allah taala agar memberi kefahaman kepada umat Islam tentang agamanya. Semoga mereka diberi petunjuk dan bimbingan agar tidak mempercayai perkara2 khurafat dan kebatilan. Terjemahan oleh zain y.s dari buku fatawa-moasera, Yusof al-Qardhawi.

Sama2 kita ambil pedoman dan sebarkan..insyaAllah
Bagi Aku:
Islam Telah Lengkap, Al-Quran dan Hadis adalah panduan yang lengkap. Tidak perlu wasiat dari mimpi dan tidak pula Al-Quran menyatakan akan ada petunjuk mimpi atau kita perlu berpegang pada petunjuk mimpi.

1 comment: