Sunday, May 16, 2010
BerKata2 sama Hati..
Andai dapat aku mencetak semua apa yang terpendam dihati
Aku sendiri org pertama yang ingin membaca nya
Apa yang kau rasa hati?
Sampai bila dan mengapa kau siksa aku
Apa lagi yang kau tak puas hati
Engkau segumpal darah yang mampu merosakkan seluruh badan aku
Engkau lebih bijak dari otak lebih kuat dari otot
Hentikan semua ini datanglah kedamaian
Aku tak perlu kenangan
Tak perlu kau cerita semua
Kenangan adalah sesuatu yang kau simpan untuk aku tontonkan bukan?
Mengapa kau sengaja mempertontonkan semua itu
Sedangkan aku hanya mahu kau tenang disini
Simpan semua dan jangan kau cerita
Yakin kan aku utk terus Bersatu dgn mu
Kau mulakan semua ini kau juga rosakkan semua
Engkau pn tak mampu mepertahankan aku
Dengan siapa lagi harus aku bertanya
Kau sini untuk apa
Berikan aku kata mu yang sebenar
Andai dapat aku kembalikan kita kemasa lalu
Akan kujadikan kau hati yang berperanan
Aku amat suka peranan kau semasa itu hati
Hati yang suci sarat dgn ketebalan ujian
Kalau dulu aku dapat membaca kata mu hati
Sekarang bagai aku tak mampu Zahirkan apa yang Batin
Aku tak mampu Suratkan apa yang Tersirat
Kau menang Hati..Kau Menang..
Sedangkan aku dalam kehancuran..
Puas Hati kau Hati..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
err..ijad chill la okai? huhu.. wisau tgk ijad cenggini..
ReplyDelete:~) chill..thanks azx..
ReplyDelete