Pages

Monday, May 31, 2010

Cerita Pontianak Di Balai Polis


Sesuatu Yang menarik di Metro hari ini adalah berkenaan cerita polis takut pontianak.
Dalam zaman yg serba moden dgn ilmu ni pun ade lg org nk tulis berkenaan cerita mcmni.
ni la teknik nk jual paper bg laku

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pontianakbalaipolis/Article
Pontianak balai polis
Oleh Alias Abd Rani
lias@hmetro.com.my
2010/05/31

BETONG: Kelibat wanita berpakaian putih dan berambut panjang yang dikaitkan dengan pontianak didakwa sering mengganggu anggota dan pegawai polis bertugas pada waktu malam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) baru Betong di sini, sejak sebulan lalu.
Ia berlaku beberapa hari selepas IPD berkenaan berpindah ke lokasi barunya iaitu kira-kira dua kilometer dari Jalan Kuek Huat Wee bersebelahan Stadium Betong, April lalu. Betong terletak kira-kira 150 kilometer dari Kuching.
Sejak itu, satu demi satu kejadian menyeramkan dialami anggota bertugas apabila mereka mendakwa ternampak wanita misteri dalam lokap di IPD baru berkenaan.
Malah, kejadian itu berlarutan beberapa hari selepas itu dengan anggota lain turut mendakwa melihat kelibat lembaga terbabit ‘menyamar’ rakan setugas mereka.
Menurut sumber, lembaga terbabit kelihatan berlegar-legar di IPD itu namun tidak menjawab apabila ditegur.
“Wajahnya sama dengan seorang anggota bertugas di sini. Apabila ditegur untuk diberikan tugas seperti diarahkan pegawai atasan, ‘anggota’ terbabit hanya mendiamkan diri,” katanya.
Beliau berkata, anggota polis berkenaan hanya menyedari jelmaan itu selepas menghubungi rakannya untuk memaklumkan tugas yang perlu diselesaikan.
“Kejadian seumpama itu kerap berlaku sejak IPD berpindah ke sini. Ada anggota polis memberitahu ketika bertugas pada waktu malam, mereka diganggu seorang wanita yang menjelma dengan berpakaian serba putih dan berambut panjang.
“Malah, ia turut dilihat berada di kerusi pegawai atasan dan ada anggota hampir pengsan apabila mereka disergah makhluk halus itu,” katanya.
Dalam kejadian terbaru minggu lalu, seorang anggota penyiasat hampir pengsan dan terpaksa melompat dari tingkap dua bangunan berkenaan selepas melihat lembaga itu berdiri di depannya.
“Ketika itu, saya hendak keluar dan mengunci pintu kaca di pejabat. Tiba-tiba saya nampak seseorang berlari di belakang saya. Saya nampak jelas menerusi pintu kaca dan terus beristighfar.
“Ketika mahu membuka suis lampu berdekatan, tiba-tiba lembaga itu berdiri di depan saya dengan rambut berjuntai ke lantai,” katanya.
Difahamkan, pihak IPD terpaksa mendapatkan khidmat seorang ustaz untuk ‘menangkap’ lembaga terbabit.
Menurutnya, ustaz berkenaan memaklumkan lembaga terbabit ‘tidak tenteram’.
“Kami dimaklumkan, tempat ini pernah menjadi tempat pembunuhan yang menyebabkan lembaga itu melakukan gangguan. Ketika hayatnya, lembaga itu dipercayai dirogol dan dibunuh di sini,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superintendan, Mohd Bukhori Saffai ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Beliau berkata, tiga anggotanya diganggu lembaga itu sejak bulan lalu dengan kali terakhir berlaku minggu lalu.
“Saya akui perkara ini berlaku dan kami sudah berikhtiar untuk memulihkan keadaan. Kami memanggil seorang ustaz dengan harapan ia tidak berulang,” katanya.




bukan ckp takabur atau xpercaya tetapi benda ni melibatkan agama.
Pontianak tu ape? tulis je jin atau syaitan yg menyerupai perempuan.
Jin & syaitan kat mana2 pn ade..xyah kat balai polis..kat klcc kat mid valley kat sunway semua tempat pn ade..cuma mereka dialam lain.mereka nampak kita kita xnampak mereka..tp mereka boleh control klu nk jelmakan diri bg kita nampak..
Semuanya xlain xbukan hendak menyesatkan kita anak2 Nabi Adam..itu sumpah mereka..Kenapa jarang kita dgar org kafir nampak pocong..nampak pontianak..
sbb mereka dah kafir buat apa syaitan2 ni nk pesongkan mereka lg.
Kisah metro ni sedikit sebanyak akan menjatuhkan martabat kaum melayu yg suka menceritakan tentang roh xtenteram. kalau mcm cerita hantu jepun..kan ade perempuan kena rape pastu hantu tu cuba bg hint utk tangkap penjenayah..lepas penjenayah tu kene tangkap roh dh xkacau dah..Tidak ada suatu lorong pon yg menghubungkan alam roh dgn alam manusia yg masih hidup melainkan doa dan amalan org yg masih hidup.
Berita ni jugak merendahkan martabat polis yg dikenali sebagai berani dan tegas..tempat utk org bergantung dan mengadu..klu dh nampak lembaga pn polis sanggup terjun dari tingkat dua..camna org nk bergantung kat polis?
So bersama kita renungkan apa yg berlaku kat balai polis ni dan cuba kaitkan dgn apa yg cuba dilakukan oleh syaitan2 ini.


7 comments:

  1. hehe..polis takut hantu..tapi x takut amik rasuah..bile ade hantu, panggil ustaz..kalo ustaz pun takut hantu, ustaz nk panggil sape? bomba?? atau panggil uncle seekers?

    ReplyDelete
  2. die panggil tolong..tolong..~
    nape die x acu pistol ckp..angkat tgn! pasti hantu tu kasi rasuah..

    ReplyDelete
  3. haha...tu la..kalo antu xde duit nk byr rasuah, pukul je hantu tu ngan cota..hahaha...ikat kat tiang balai.. :D

    ReplyDelete
  4. bosan2 kat balai tu..nmpk hantu rambut pjg sgt, tolongla jalin rambut hantu tu..ikat due ke ala2 ogy ahmad daud dlm citer azura tu.. kan ade gak aktiviti nk wat mlm2..daripada duk main dam je

    ReplyDelete
  5. ko ckp besar ek atie..ko ingat hantu xbaca blog ke?

    ReplyDelete
  6. apa lagik
    kalu ader ati nak beristerikan wanita yg cantik
    bawak arr paku
    kah kah kah

    ReplyDelete
  7. aku rasa polis tu mesti buat hal geli-geli dgn hantu tu..la ni hantu tu pulak nak manja-manja..apalagi...layan je laaaa......

    ReplyDelete