Monday, March 22, 2010
Hamba
Aku yg dipanggil hamba
Bernafas aku seorang hamba pada 11 Jun 1983
Hamba yang asas kosong pada asalnya
Hanya ditiupkan azan oleh ayahanda
Tidak diuji tidak dipesong
Merangkak aku seorang hamba
Mengenal dunia dari suara2 ibu
Berdiri aku sebagai hamba
Hamba yang telah disi dgn pentunjuk mu
Diberi satu cahaya untuk dituju
Pada arah yg sama kami berdiri
Pada air yang sama aku dicuci
Pada takbir yang sama aku didengarkn
Pada doa yang sama kami menadah
Tapi kini bagaikan bersila di tepi kerusi
Sia2 pergorbananmu tidak diterima
Dosa dan pahala aku bercampur
Mungkin aku lupa pada asalnya
Betapa perit utk membawa senaskah pesananMU
Dan mungkin aku akan bertanya
Benarkah aku manusia
Apakah tujuan aku disini
Berdiri aku seorang hamba
Berukuk aku seorang hamba
Bersujud aku seorang hamba
Tidak ku mahu di mati selain dari tunjukMu
Pada mereka yang Engkau beri
Berikanlah jua pada diri ini
Bermula aku seorang hamba dgn takbir namaMu
Semoga terakhir nafas ku dgn menyebut namaMu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
dari dia kita datang..kepada dia kita kembali.perjuangan seorang manusia dalam jalan Allah tidak mudah.kerana itu, kita diberi dosa dan pahala.dosa supaya tidak berterusan sesat, pahala ganjaran kepada yang berusaha mengikut jalan yang ditetapkan.semoga kita sama-sam diberkati dan beroleh rahmat dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.Insya-Allah.. =)
ReplyDelete