Pages

Thursday, April 22, 2010

Macam2 - Terima Dokumen dari Rasulullah

Berita ini menarik perhatian aku pada hari ini..



Dokumen dari Rasulullah

Oleh Syarifah Dayana Syed Bakri
dayana@hmetro.com.my
2010/04/22
PUTRAJAYA: Gara-gara mengaku mendapat pembantu seramai 550 trilion daripada Rasulullah (s.a.w) selain mendakwa tanah perkuburan Islam di Presint 20, Putrajaya dijaga roh arwah penyanyi kumpulan Rabbani, Asri, seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, semalam.


Abdul Rajab Ahmad, 50, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan mengikut Seksyen 4(1) dan Seksyen 6(B) serta tiga pertuduhan tambahan mengikut Seksyen 6(B) dan Seksyen 11(1), Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997. Hakim Nassir Abdul Aziz menetapkan 10 Jun ini sebagai tarikh perbicaraan untuk kesalahan mengikut Seksyen 4(1) serta 30 Jun 2010 untuk kesalahan mengikut Seksyen 11 (1) dan 6 Julai 2010 bagi kesalahan mengikut Seksyen 6(A) dan 6(B).





Tertuduh yang berbaju kemeja hijau hadir di mahkamah semalam, ditahan di sebuah apartmen di Presint 17, jam 1.30 pagi, 10 Februari lalu, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.


Jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 4 (1) akta berkenaan, tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau tidak melebihi enam kali sebatan atau mana-mana kombinasi hukuman itu, manakala Seksyen 6(B) pula boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali Mengikut Seksyen 11(1), jika sabit kesalahan Abdul Rajab boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.


Mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin warga Malaysia bagi setiap pertuduhan mengikut Seksyen 6(A), Seksyen 6(B) dan Seksyen 11(1) akta terbabit.


Pendakwaan dijalankan Pendakwa Syarie, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Putrajaya, Mohd Hafiz Idris.


Dalam pertuduhan dibacakan, Abdul Rajab mendakwa Allah menurunkan kepadanya 20 bilion pembantu dan Nabi Muhammad memberikannya 550 trilion pembantu, namun hanya mengambil 20 trilion saja.


Dia juga mendakwa Nabi Muhammad memberi tempoh kepadanya menyiapkan dokumen ajaran yang dikurniakan baginda untuk dihantar ke Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong.



Astagfirullah..sebenarnya gejala ajaran sesat ni bermula dari zaman Rasullullah lg..selepas Rasullullah berjaya menyebarkan Islam..sebelom tu mmg la banyak..
Ingin aku memetik satu kisah oleh Musaylamah al-Kazzab dari Bani Hanifah yang juga mendakwa dirinya menjadi nabi.
Musaylamah telah menulis surat kepada Rasulullah s.a.w. menyatakan bumi ini dibahagi dua. Separuh darinya adalah miliknya dan separuh yang lain adalah milik Rasulullah s.a.w.. Baginda Rasulullah s.a.w. menjawab surat tersebut dan memberitahu kepadanya bahawa bumi ini sebenarnya adalah milik Allah s.w.t. yang diamanahkan kepada sesiapa sahaja yang Allah s.w.t. kehendaki dari kalangan hamba-hamba-Nya dan kesudahan yang baik itu adalah untuk orang-orang yang bertakwa.

Kesimpulannya, setiap Muslim sewajibnya kembali kepada ajaran al-Quran dan Sunnah Rasulullah yang merupakan khazanah yang tiada ternilai yang berupaya memimpin umat Islam ke arah kebenaran dan seterusnya menyelamatkan mereka dari lembah kesesatan.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara jika kamu berpegang teguh kepada kedua-duanya, kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya; iaitu Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya. (Hadis riwayat Imam Malik)

Dalam riwayatnya menyatakan dia meninggalkan dan tidak menyebut akan kembali menyampaikan dlm apa2 bentuk lagi kerana jelas al-Quran dan hadis sangat cukup dan complete sebagai panduan manusia sampai hari akhirat. Tidak ada keraguan baginya lagi.
Maka benda yg jelas dan nyata ini pun tidak dapat dilihat dari pemikiran penganut ajaran sesat. Apa lagi istilah yg perlu kita gelar mereka selain berdoa supaya mereka ini bertaubat.
Jgan mudah terpengaruh dgn hasutan syaitan macam kisah Barbisa (akan aku kupaskan nanti2).
Syaitan akan berusaha mengubah2 sesuatu sehingga kita kufur kepada Allah. Si laknat ini boleh merupai siapa2 sahaja.

Justeru, setiap Muslim diwajibkan oleh Islam supaya menimba ilmu Islam dari sumbernya yang tulen iaitu al-Quran dan Hadis Rasulullah.

1 comment: