Pages

Thursday, April 15, 2010

Perempuan Mudah Masuk Syurga

Aritu aku ade post tentang hadis yg mengatakan perempuan adalah penghuni paling ramai di neraka..
Dan kali ni aku post tentang hadis yg mengatakan perempuan juga mudah utk masuk syurga..dgn melaksanakan pekara2 tertentu yg ada diantara ibadah yg xperlu perempuan kerjakan seperti lelaki kerjakan utk mendapat jalan ke syurga.

Bagi isteri hanya 4 syarat untuk mereka ke syurga
“Apabila seorang isteri mengerjakan solat 5 waktu, mengerjakan puasa sebulan, memelihara kehormatannya (aurat) serta mentaati suaminya, nescaya dia akan masuk syurga”. (Riwayat Imam Bazzar melalui Anas r.a)

Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
“Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Perempuan tidak perlu keluar berjihad atau berperang, cukup sekadar mengerjakan haji atau umrah bagi yang cukup syaratnya.

Daripada Aishah r.a. katanya, aku berkata,
“Ya Rasulullah, kita mengetahui bahawa jihad adalah sebaik-baik amalan. Oleh itu apakah kami kaum wanita tidak boleh ikut berjihad?”
Baginda terus menjawab:
“Bagi kamu semua (kaum wanita) jihad yang paling baik ialah mengerjakan haji dan mendapatkan haji mabrur."

Rasulullah SAW bersabda:
”Jihad orang yang tua, lemah dan wanita ialah menunaikan haji” (an-Nasa’i)”

Pernah Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
“Jikalau sekiranya ada perintah dari Allah SWT untuk menyuruh manusia sujud kepada manusia nescaya aku suruh isteri sujud kepada suaminya.”

Utk renungan sendiri..

Aku bukan blagak pandai..
Tetapi hanya nk menyampai..

No comments:

Post a Comment