Pages

Friday, April 30, 2010

Bila nk Settle?

Norizan bt Salleh (30 tahun) merupakan wanita Malaysia yang mendakwa ditembak oleh polis pada 30 Oktober 2009 . Dia adalah ibu tunggal yang masih menganggur, dan mempunyai seorang anak berumur 10 tahun. Polis masih menyiasat kes ini.

Sekitar jam 3.00 pagi, beliau duduk di kerusi belakang kereta Proton Waja bersama seorang wanita lain. Sementara dua lelaki duduk di hadapan sebagai pemandu dan pemumpang. Ada 4 orang dalam kereta Waja itu. Beliau dari rumah kawan pulang ke rumahnya di Segambut, Kuala Lumpur. Mereka melalui lebuh raya MRR2. Di pertengahan jalan, sebuah kereta MPV memintas dari sebelah kiri dan melepaskan tembakan dengan pistol ke arah keretanya.

Peluru menembusi kereta mereka, malah lima tembakan dilakukan ke arah dirinya, dengan salah satu terkena pada dada, sehingga darah mengalir tanpa berhenti. Mereka panik dan tidak apa-apa. Mata Norizan mula kabur, dan tidak sedar di mana keretanya berhenti. Tiba-tiba, pintu kereta dibuka, dan polis menghalakan pistol ke arahnya. Kaki pemandu kereta juga tercedera kerana tembakan pistol.

Dia meminta tolong tetapi dibalas pula dengan tendangan polis. Beliau merangkak keluar dan ditendang oleh polis yang sama, sebelum dipijak belakangnya, yang berakhir dengan retaknya dua tulang rusuknya. Lebih 10 anggota polis mengepung mereka.Dia dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dirawat. Empat hari kemudian (4 November 2009), beliau dihantar ke Institut Jantung Negara. Sejumlah 11 hari beliau tinggal di hospital di bawah pemantauan polis. Setelah keluar, dia dikehendaki membayar RM20,000 sebagai kos rawatan, ditanggung sendiri, dan bukan polis yang mencederakannya kerana polis memberitahu hospital bahawa Norizan ditimpa kemalangan jalan raya.

Berita Sun - http://www.thesundaily.com/article.cfm?id=43172








Sampai Bila Issue ni nk settle?
Saya tak mahu komen kalau Norizan ini bersalah atau tidak..
Kalau betul polis mempunyai sebab dan alasan bertindak sedemikian terhadap Norizan. Sila lah kehadapan dan perjelaskan logik tindakan tersebut.
Disini rakyat dimahu menyalahkan pihak polis tetapi meminta sedikit keadilan.
Mengapa dan Kenapa ini terjadi.
Kalau betul tindakan ini perlu terhadap norizan dan betul beliau patut dikenakan sebegitu. Tampil dan jelaskan.

Wahai Kerajaan dan Pihak2 berkuasa:
Hampir setengah tahun pekara ini tidak diambil peduli oleh kamu2 semua.
Pikirkanlah kalau pekara ini terjadi kepada isteri2 anda..anak2 perempuan anda..janda2 anda..ibu2 anda..
Apa yg mereka akan lakukan adalah seperti norizan ini juga.
Lihat saja beliau seperti tiada lagi tempat untuk membela dirinya.
Ya..ini lah satu Malaysia..Taniah.

3 comments:

  1. mungkin 2 laki depan tu wanted oleh UTK kot...takkan polis suka2 ati nak tembak org awam...

    ReplyDelete
  2. penjelasan itu yg norizan perlukan..beliau tidak pn dikenakan sebarang tindakan undang2 selepas ditembak..maknanya beliau tidak bersalah..xkan xde insurans atau perlindungan apa2..

    ReplyDelete
  3. kepada yang menzalimi, mahkamah dunia mungkin lepas, mahkamah sana nanti, sendiri jawab. kepada yang dizalimi, bykkan berdoa, antara org yang diangkat hijabnya dengan Allah, ialah org yang dizalimi... ingatlah, manusia merancang, Allah juga merancang, tetapi perancangan Allah lah yang paling baik.

    ReplyDelete